Saturday 28 March 2009

Cornwall: Eden Project & St. Mawes Castle

MACAM biasa jam 5.15am lagi aku dah bangun pastu dah tak boleh tido sebab dah nak mula terang. Jam 6 pagi sat lagi kakak & adik pun mula la bangun... Kat rumah dan kat sini sama ja trend bangun tido dua beradik ni. Tido di caravan ni selesa juga, duvet dia bagi extra dan bila bukak tingkap sinaran suria beransur terang & terus terpancar masuk ke ruang tamu . Di dada langit terlihat burung2 camar terbang melayang mencari rezeki di awal pagi. Embun membasahi rumput di luar caravan. Keadaan sekitar sungguh sunyi dengan sesekali terdengar deruan angin kencang yg menyisir ranting2 pohon berdekatan. Aku rasa kami ja yg bangun awal, caravan2 lain masih bertutup sahaja langsirnya.
.

Ya, di Polborder House lah letaknya Caravan kami di Looe ini...
.
Hari ni kami plan nak pi ke Eden Project. Kawasan Eden Project ni kalau dulu, hanyalah sebuah kawasan yg barren ~ yang tandus dan tak subur. Bila kita park keta dan kita jalan kat situ ada poster2 yang menunjukkan progress Eden Project ni dr mula sampai la ni. So memang salute la camna dia boleh convert tempat tu jadi the biggest Green House in the world. Aku rasa Mr. Tim Smit, the founder and CEO of the Eden Project tu, mesti kaya giler. Dah la tempat ni dikenakan caj yang agak mahal, dah tu ada pulak ramai yang donate untuk project dia walaupun aku tahu nak mantain benda benda ni bukanlah murah. But, still!
.

Atok merenung kawasan Eden Project yang sungguh lah luasnya...
.
Green House tu di buatnya bentuk macam bola sepak yang gigantic sekali. Dalam tu banyak lah tumbuh2an yang dia select ikut iklim sesebuah negara. Dulu kita ada bukit cerakah kan, camtu la lebih kurang conceptnya if i must compare, walau pun tak ter-compare sebenarnya. Kami sampai awal so tak ramai lagi orang, nasib... kalau tak kena park jauh giler. Masuk2 tak sempat nak baca map terus bergambar. Tak kasi can betoi!
.

Prince, King and Princess... :)

Ni kat satu ruang lain... tatau apa nama dia, tak ingat... kakak was trying to match her palm print with the one on the wall...
.
Kami mulakan dgn iklim negara barat dulu... so masuk2 ja tengok bunga2 dah mekar dengan banyaknya. Daffodils & tulips di letakkan berderet deretan... anggun sekali dengan kaler yg bewarna warni! Cam kat Amsterdam lak rasanya. Nenek dan Mummy terus berposing, atuk pun terus on hp dan tangkap gambar dengan banyaknya aku tengok. Adik & kakak bebas berlari sampai tak larat nak mengawalnya. Risau pulak tak pasal2 dipetiknya bunga tu... Sebab sibuk sangat berkejar mengikut kerenah dua beradik ni aku pun tak baca sangat description2 kat situ. Mungkin kebetulan time kami pi ni memang dah nak spring, tu la ada bunga2 ni, kalau pi time lain tatau la ada ka dak??
.

Mummy membuat lambaian ala ala Miss World! Ada berani???

Wanita & bunga tak dapat di pisah kan... cheeewah!
.
Cumanya bila aku lalu kat kawasan tumbuh tumbuhan Afrika aku terkejut tengok pokok African Strawberry dia... betoi ka ni? Pokok dia besar macam pokok kari tu... se tahu aku pokok strawberry renek2 melata... Pastu ada pokok lemon, punya la besar nak mampos buahnya. Ada lah sebesar buah kelapa gading yg kaler kuning tu.. tergezutttt aku menengoknya. Tapi bila balik baru aku sedar takde gambar yg diambik di situ, huhuhuuu...
.

Di Carlifornia area... motor tu nampak realkan? Kepalanya aja yg betoi, yg badannya tu cuma lukisan, hahahaaa...

I want to take picture with this rock, kata kakak... kaktus tu cantik dah berbunga.
.
Dah puas pusing kawasan tu kami pi pulak kawasan Asia. Angin menderu bila masuk tang situ, makin lama makin paneh! Memang dah agak dah, so kakak & adik memang dah dipakaikan baju lengan pendek siap2. Seronok pulak tengok sungai dan merasa mist from the water fall... Tapi cuaca yang panas dan lembab tu menyebabkan aku berpeluh2, apatah lagi bila kekadang kena dukung kakak atau adik yang dah mula nak meragam.
.
Adik yang seronok bebas... bawah jambatan ada sungai...
Tu dia waterfall... rasa nak terjun! Gedebussshhhhh....
.
Jalan punya jalan... tup tup... sampai lah kami di sebuah pondok buruk yang berdindingkan sekerat zink sekerat tikar mengkuang yang macam tak siap dan terkoyak2. Atap pula dari nipah. Baca description, dia tulis apa tau: Malaysia - Orang dan Kebun. Oyoyo... Oh, Malaysiaku... kesiannya aku tengok! Apakah begini compang camping sekali rumah Malaysia...?? huhuhu... sodih pokcik, sodih!
.
Rumah negara mana ni? Alamak... negara aku daaaa!!!! huhuhuuu....
.
Apa la yang depa pi amik rumah orang Sabah nu yang sangat daif di letakkan di tempat pelancongan yang terkenal di sini ni. Bukannya takde rumah orang Sabah yang decent? Melambak. Pastu tepi rumah tu ada di creditkan pada orang2 yang pergi buat research tentang rumah ni dan ada nama melayu pulak kat situ! Atok kata, pondok deroyan pun elok lagi... nenek pun mengiakan, hahaha... kami tergelak2. Aku pun lebih setuju kalau diambik rumah tradisional papan yang cam rumah melaka ka, negori ka atau rumah orang perak yang clasic dan cantik tu... Tapi jangan memain, ada tv tau dalam rumah tu, tv warna lagi! hahahaaa... Patut la mat Salleh yg tak penah dtg Mesia ingat kita ni masih dok atas pokok lagi, huhuhuu... Ciannnn. Kat situ pun ada pokok pandan yg tumbuh merimbun. Rasa nak petik ja bawak balik boleh mummy masak nasi lemak, hahahaaa.... pokok pisang pun ada, tapi tu bukan Malaysia punya.
.

Atok ngan selamba memetik daun sirih pastu suh mummy rasa, hahahaaa...

Kakak, cuba tengok tv dlm tu... ada rancangan Disney Club House tak?
.
Pandai jugak orang yg buat Eden Project ni, dia tahu tempat ni panas dan pengunjung akan dehydrate sebab berpeluh2, elok pulak dia sediakan water cooler. Lega... Tapi sebaik sahaja lepas kawasan Malaysia- Orang dan Kebun ini, kakak mula meragam. Suasana semakin panas dan kakak mula la menangis ngalah kan anak mat Salleh. Its too hot for me!!! its too hot for me!!! katanya sambil menangis dengan kuat sekali & tak hirau orang kiri kanan. Mat Salleh situ senyum ja tengok gelagat dan komen komen kakak yg tak henti henti tu. Aku pun terpaksa bawak kakak jalan laju laju untuk keluar bila nangis kakak makin menjadi2, hish kakak ni... lawak pun ada aku rasa.
.

Kakak membuat jeritan batinku, adik menikmati keindahan mentari, daddy berposing ngan signboard lori balak!
Di penghujung area tu ada di letak hasil kraftangan dan tanaman penduduk di sini... betik pun ada.
.
Dah habis tu kami keluarlah. Tengok jam pun dah pukul 1pm dah. So cepat cepat kami amik Land Train dia untuk kembali ke entrance tadi. Kalau nak menapak, mamposss... tak larat nak naik banyak anak tangga. Bess la Eden Project ni, so memang recommended. Apart from rumah/pondok Malaysia yang aku rasa could be better, it is worth visiting this place.
.

A giant bee di luar greenhouse... di hias dengan pokok2 bunga...

Land train menuju puncak!
.
Dari sini kami terus ke St. Mawes Castle. Takde dalam plan sebenarnya, plan asal nak ke Polperro tapi lokasi Polperro akan menyebabkan kami perlu berpatah balik bila nak ke caravan, maka aku buat an impromptu plan. Yg lelain setuju saja. Tengok di brochure, St. Mawes Castle ni letaknya tepi laut, so apa lagi, pecut terus lah ke situ. Jalan nak ke St. Mawes Castle ni berbelok2 sempit dan sunyi. Bila dah nak sampai, betul betul ingat nak terjun ke laut sebab kita akan turun dari bukit dan tak nampak castle tu... laut saja di depan. Bila dah sangat2 dekat terus belok ke kiri yg tajam dan baru lah nampak Castle itu ada si situ.
.

Pintu masuk dia...

Puncak tower...
.
Castle ini telah di bina sekitar tahun 1540-45 oleh Henry VIII dan ia juga merupakan apa yg diorang anggap sebagai: the most preserved and most eleborately decorated of henry VIII's coastal fortress. So kalau dah dinamakan fortress dah sah sah lah tujuannya untuk menghalang serangan musuh kan? Maka banyak lah meriam meriam yang di letak di dalam castle dan kawasan sekitarnya yg menghala ke laut. Semuanya bersedia menghadapi ancaman musuh terutamanya dari negara Perancis dan Spain. Castle ni punya tangga spiral yang runcing dan tinggi menyebabkan stroller tak bleh di bawak masuk. Terpaksalah mendukung adik lagi. Pastu ada sampai 5 tingkat pulak Castle ni kalau tak silap. Siap ada patung2 di buat di salah satu tingkat nya. Terkejut aku, ingatkan hantu! hahahaa.... Batu batu binaannya memang nampak kukuh. Macam kebanyakan castle yg lain di sini lah... mmm, macam A-Famosa lebih kurang!
.

Pemandangan laut dari luar kawasan St Mawes Castle... kapal layar tu macam kapal mainan ja kan?

Satu lagi pemandangan dr sudut berbeza...
.
Pada tahun 1646, semasa perang sivil, castle ini telah di serang dan Governor of St. Mawes ketika itu telah pun menyerah kalah secara aman tanpa sebarang letupan meriam pun. Kenapa jadi begitu? Sebab masa tu dia sedar sudah takde gunanya nak mempertahankan castle ini yg tidak lagi mempunyai harapan untuk diselamatkan setelah di serang dari darat. Bagus jugak, kalau tak tentu dah musnah tinggal serpihan binaan. Hari ini castle ini telah di kategorikan sebagai salah satu drpd English Heritage.
.

Bersusun meriam dia...

Posing posing sebelum balik...
.
Dah tu kami pun cha alif but lah ke caravan semula. Malam ni kena packing, esok dah kena check-out. Patutnya kul 10 pagi, tapi tuan punya caravan tu cakap, tak usah kecoh kecoh, check-out lah sesuka hati... kul brapa pun tak pa... Alhamdulillah. Mmm... Polperro yang tak jadi gi hari ni, boleh la pegi esok hari sebelum balik ke London. Dah panjang no entry kali ni... bersambung nanti lah.
.
Chiow chin chioowwww...
.
.
***** *** *****
.