Tuesday 24 November 2009

Drawings...

KENAPALAH malasss sangat nak membuat entry baru kat blog ni? Tertunggu tunggu juga bila la mood nak menulis ni nak dtg balik ya... Kali ni saja nak share gambar bawah ni... hasil lukisan kakak & adik. Kita mulakan dengan lukisan kakak. Katanya this is adik picture, and adik is crying... huhuhuuu...
.
Not bad uh? :D
.
Pastu giliran adik pulak... Memandangkan adik terlalu profesional, jadi adik telah melukis dengan begitu pantas dan begitu precise sekali. Tak sampai seminit dan lukisan adik pun siap... Sekali lukis terus jadi! Mmm... adik lukis gambar siapa lah agaknya???? Adik, whose picture is that?
.

This is Daddy! katanya...yeehaaaa....
.
Wow, so fantastic! Jadi daddy kasi two thumbs up untuk kakak & adik... hahahaa...
.
BRAVO! GOOD JOB!
.
***** *** *****

Saturday 14 November 2009

CERPEN

SUDAH terlalu lama rasanya aku meninggalkan bidang penulisan cerpen. Teringat kawan kawan lama seperti Esma, Paque dan Razman. Seronok rasanya zaman itu. Bila ada semester break kami akan menghabiskan masa menulis beberapa buah cerpen. Bila dah siap, cerpen itu akan diposkan antara satu sama lain untuk dibaca dan dikomen. Ya lah, zaman dulu mana ada emel kan? So bila dah dapat panggilan talipon yg mengatakan dah pos, hari hari lah dok menunggu posmen, mcm tunggu surat chenta lagaknya.... susah hati kalau x nampak kelibat posmen, hahahaa... berdebar2 dan tak sabar nak baca cerpen member. Lama... lama sungguh lah aku tak menjadi cerpenis!

Paling seronok bila cerpen yang kita tulis tu di publish.. ayo... bangga tak terkata, walaupon bayaran yg di terima cumalah RM50-60 sahaja. Padahal kalau la ni aku baca balik cerpen-cerpen tu, nak tergelak pon ada... ntah hapa hapa. Ada juga aku cuba-cuba nak menulis balik tapi asyik sekerat jalan. Kalau dulu dalam masa 3 hari pun boleh siap satu cerpen la ni 3 hari tu belum tentu boleh siap satu muka. Semua ayat asyik tak kena.
.

Tahun lepas bulan 10 ada salji... taun ni tadak pon.... :(

Namun beberapa bulan lepas aku mendapat senaskah cerpen dari member lama aku ini. Cerpennya sering mendapat tempat kalau ada pertandingan. Cerpen baru katanya. Seronok pulak aku membaca lantas terdetik nak cuba-cuba menulis kembali walau pun dah berkali kali gagal. Kira macam ada motivasi la ni. Dengan penuh kesusahan... dan dengan ayat yang tonggang langgang... akhirnya aku dapat juga siapkan seketoi cerpen yang tak sepertinya yg pada mulanya tak tahu apa nak aku tajukkan. Namun selepas mendapat komen dan berdiskusi ngan mummy, aku pun letak tajuk KEMBALI. Nak paste sebagai entry baru tersangat lah panjang nya pulak, plus maluuuuu... hahahaaaa. So kalau sesapa terasa sudi nak baca aku alu alukan untuk klik sini.... jangan gelak kalau cerita ni ntah hapa hapa dan jgn salahkan aku kalau korang menguap 10 kali walau baru baca hanya satu perenggan, huhuuuu....

Sila lah ya...

*Watak dan jalan cerita semuanya rekaan sahaja, kalau ada persamaan, jgn perasan, itu kebetulan! hahaaa... :D

***** *** *****

Wednesday 11 November 2009

POP UP

WEI sapa tau camna nak kasi side bar aku ni bila di klik link tu dia akan bukak kat new window?? Aku tak tau lah nak letak target='_blank' kat mana? sapa tau bleh tulun ka???

tengkiu.

***** *** *****

Tuesday 10 November 2009

Selingan: Sama Tapi Tak Serupa

ADA seorang anonymous ni yang rajin mengunjungi this very the very humble blog yang tak sepertinya ini, telah berusaha menggandingkan dua gambar kat bawah ni dan kemudian mengemelkannya kat aku ~ tengkiu-tengkiu, saya hargai usaha anda :D... kemudian dia kata: awat lain bebenor... macam ayah dgn anak je... Ahak. Untuk pengetahuan, gambar kiri tu dah diambil lebih kurang sebulan lebih awal dari gambar yang sebelah kanan, yang baru je dirakamkan beberapa hari lepaih. Mmmm... musykil juga. Persoalannya, betulkah kedua-dua orang ini adalah orang yang sama??? Dia pasti ke? Sapa kata? Jadi untuk menerangkan keadaan yang sebenar maka jawapannya ialah........ drum roll please..... ceng ceng cenggggggggg...
.
.... anda tentu kan sendiri!
.
Tu dia... ala ala kuiz pulok!???? hahahaaa....
.
Sama tapi tak serupa...
.

Iya ke???
.

***** *** *****

Sunday 8 November 2009

Horton Park - Children's Farm

Dah lama jugak kami tak ke carboot sale. Maklumlah, apa kelasss pegi carboot sale kan? kah kah kah, tu dia... statement nak kena hempok! mampossss. Hahaaa... acah ja, carboot sale lah tempat terapi minda kami... bukan di Harrods atau Selfridges ya! huhuhuuu... Bila ke carboot ni selalunya mummy dah bungkus bekal untuk kitorang punya lunch. Kali ni kejap ja kami kat sini, sebab tadak barang yg menggiurkan hati dan nurani, ahak. Kalau lah tahu lebih awal yg DBI: Tiada di Terengganu ada nak pesan barang, pasti aku akan meluru, menolak dan menyiku2 makcik2 kat situ untuk merebut piring2 hiasan, hehehee... Sebab dah tak tahu, so kami pun sekadar santai sahaja sambil aku menyanyi2 lagu Wind the Bobbinog dengan kakak... Dah tu kami pun blahlah dan decided cari sahaja tempat lepak untuk makan-makan. Tapi nak juga lah cari tempat lapang yg boleh adik ngan kakak berlari bebas.
.

Sini bleh beli souvenir, air, sandwich etc...


Daddy tetap nak jugak enterprame! :D
.
So jalan punya jalan ternampak signboard Horton Park ini. Apa lagi, pusing sterring terus deviate ke situ lah. La ni byk farm di UK ni sedang di landa dengan bakteria E-Coli so kawasan animal farm dia tu di tutup. Yang dia buka cuma bahagian playground dan picnic area dia sahaja. Canteek sangat lah kan. Bila dah tutup sebahagian maka caj dia pun jadilah tersangat murahnya, yeeehaaa. Tu yg aku suka tu, hahahaaa...
.

Come and visit the animals...


Kakak teruja tengok ayam!
.
Bila masuk ada slides, ada see-saw dah cukup mengujakan kakak dan adik. Ada juga banyak rumah mainan dan ada satu ruang yang ada banyak mini vehicles untuk bebudak cuba try test. Kakak dan adik berlari lari lah tak ingat dunia. Seronok sangat, tambahan pulak org pun tak ramai. Lagi lah dua beradik ni selesa conquer semua mainan-mainan kat situ.
.

Dah dapat lesen ke blum ni?

Motor plak...

Emm.. nak try apa lagi tu??

Ooo... trektor rupanya...
.
Kat sini pun banyak bench dan meja untuk org ramai piknik. Hat yg outdoor punya cam tadak sapa nak guna so apa lagi, kami pun meluru lah ke situ. Tambah pulak time kami pi tu ada birthday party kat bahagian indoor dia, tu yg lengang ja di luar. Bagusss lah kan... bleh kita soroo tanpa perlu risau org di kiri kanan.
.

Doa makan, walau pun mee hon dah nak abis dlm mangkuk... :D


See saw ikan... faberet tu...

Adik belasah popcorn... yummy!
.
Lain kali nanti kami ingat nak datang lagi bila masalah E-Coli tu dah dibendung. Bagus juga bawa kakak dan adik ke animal farm ini, boleh naik traktor untuk melawat kawasan yang boleh tahan juga luas nya. Kat sini juga ada indoor playground yang kami tak masuk pon, hat yg diorang arrange birthday event tu lah. Sebelum balik adik & kakak nak juga lagi main slides di situ... biar lah... 10 minutes only ok!
.

Kakak sliding next to supergirl! huhuhuuu...


Part of the playground... titi meniti.


Colourful slide...
.
Tak larat lah nak melayan sebab setiap kawasan tu kita kena supervise anak kita sendiri. Eh, sejak dua menjak ni aku dah tak berapa reti sangat lah nak menulis. Idea tu terbantut2... rasanya ini la sign of old age kut? huhuhuuu... dah payah rasanya nak buat karangan 3000pth perkataan, hahahaaa.. ayo! Sendiri nak baca pun letih siap boleh bersambung2 ya? gilak!
.

Pondok bawah pokok epal...

Saki baki flower masih ada...
.
Ikan keli di tengah kolam,
Jumpa lagi.... Chiow Kwai Lam!

.
***** *** *****
.