Sunday 8 November 2009

Horton Park - Children's Farm

Dah lama jugak kami tak ke carboot sale. Maklumlah, apa kelasss pegi carboot sale kan? kah kah kah, tu dia... statement nak kena hempok! mampossss. Hahaaa... acah ja, carboot sale lah tempat terapi minda kami... bukan di Harrods atau Selfridges ya! huhuhuuu... Bila ke carboot ni selalunya mummy dah bungkus bekal untuk kitorang punya lunch. Kali ni kejap ja kami kat sini, sebab tadak barang yg menggiurkan hati dan nurani, ahak. Kalau lah tahu lebih awal yg DBI: Tiada di Terengganu ada nak pesan barang, pasti aku akan meluru, menolak dan menyiku2 makcik2 kat situ untuk merebut piring2 hiasan, hehehee... Sebab dah tak tahu, so kami pun sekadar santai sahaja sambil aku menyanyi2 lagu Wind the Bobbinog dengan kakak... Dah tu kami pun blahlah dan decided cari sahaja tempat lepak untuk makan-makan. Tapi nak juga lah cari tempat lapang yg boleh adik ngan kakak berlari bebas.
.

Sini bleh beli souvenir, air, sandwich etc...


Daddy tetap nak jugak enterprame! :D
.
So jalan punya jalan ternampak signboard Horton Park ini. Apa lagi, pusing sterring terus deviate ke situ lah. La ni byk farm di UK ni sedang di landa dengan bakteria E-Coli so kawasan animal farm dia tu di tutup. Yang dia buka cuma bahagian playground dan picnic area dia sahaja. Canteek sangat lah kan. Bila dah tutup sebahagian maka caj dia pun jadilah tersangat murahnya, yeeehaaa. Tu yg aku suka tu, hahahaaa...
.

Come and visit the animals...


Kakak teruja tengok ayam!
.
Bila masuk ada slides, ada see-saw dah cukup mengujakan kakak dan adik. Ada juga banyak rumah mainan dan ada satu ruang yang ada banyak mini vehicles untuk bebudak cuba try test. Kakak dan adik berlari lari lah tak ingat dunia. Seronok sangat, tambahan pulak org pun tak ramai. Lagi lah dua beradik ni selesa conquer semua mainan-mainan kat situ.
.

Dah dapat lesen ke blum ni?

Motor plak...

Emm.. nak try apa lagi tu??

Ooo... trektor rupanya...
.
Kat sini pun banyak bench dan meja untuk org ramai piknik. Hat yg outdoor punya cam tadak sapa nak guna so apa lagi, kami pun meluru lah ke situ. Tambah pulak time kami pi tu ada birthday party kat bahagian indoor dia, tu yg lengang ja di luar. Bagusss lah kan... bleh kita soroo tanpa perlu risau org di kiri kanan.
.

Doa makan, walau pun mee hon dah nak abis dlm mangkuk... :D


See saw ikan... faberet tu...

Adik belasah popcorn... yummy!
.
Lain kali nanti kami ingat nak datang lagi bila masalah E-Coli tu dah dibendung. Bagus juga bawa kakak dan adik ke animal farm ini, boleh naik traktor untuk melawat kawasan yang boleh tahan juga luas nya. Kat sini juga ada indoor playground yang kami tak masuk pon, hat yg diorang arrange birthday event tu lah. Sebelum balik adik & kakak nak juga lagi main slides di situ... biar lah... 10 minutes only ok!
.

Kakak sliding next to supergirl! huhuhuuu...


Part of the playground... titi meniti.


Colourful slide...
.
Tak larat lah nak melayan sebab setiap kawasan tu kita kena supervise anak kita sendiri. Eh, sejak dua menjak ni aku dah tak berapa reti sangat lah nak menulis. Idea tu terbantut2... rasanya ini la sign of old age kut? huhuhuuu... dah payah rasanya nak buat karangan 3000pth perkataan, hahahaaa.. ayo! Sendiri nak baca pun letih siap boleh bersambung2 ya? gilak!
.

Pondok bawah pokok epal...

Saki baki flower masih ada...
.
Ikan keli di tengah kolam,
Jumpa lagi.... Chiow Kwai Lam!

.
***** *** *****
.