Thursday 23 April 2009

Bot Kayuh & Chelsea fc

BUNGA-BUNGA rose kat Queens Mary Garden belum kembang lagi. Putik putik saja, so kami pun amik keputusan untuk jalan jalan kat Regents park. Tak pegi lama pun sebab hari tu ada semi final FA Cup Chelsea vs Arsenal. Aku ni bukan minat bola sangat pon, tapi kalau dah semi atau final nak jugak tengok nya. Sebelum kami pi Regent Park ni sempat juga kami pi melihat kehadiran Baby Boy Imran Mikael b. Amaluzaman. Tahniah, semoga kehadirannya menceria dan membawa lebih barakah keatas keluarga kalian. Amin.
.

4 mums and a baby...
.
Kakak dan adik terus excited bila nampak playground. Tapi ramai lah orang dan mainan dia tinggi-tinggi dan kalau adik hatta kakak nak panjat sendiri pun payah. Kena di bantu... so aku la yg letih. Maka dengan segera terus ajak pegi naik boat. Seingat aku, dulu-dulu masa sekolah rendah, seronok betoi bila dapat naik boat kayuh yang sebegini bila pi kat Taman Tasik SM Noor kat batu gajah nu. La ni tempat tu pun dah lesap, jadi apa tatau?
.
Kakak menikmati pemandangan keliling...
Mummy memerhatikan kakak yg sibuk nak juga mengemudikan boat ni...
.
Ingatkan nak naik sampan yang perlu kita paddle tu tapi mamat yg jaga boat tu kata yg kayuh ni lagi mudah. Kakak lah yang paling excited pastu siap bagi arahan suh kayuh laju laju. Ayo... lenguh! Adik pulak asyik nak mengamok tamau pakai life jacket dia tu... huhuhu... tapi bila bergambar sekali dua, nak jugak dia senyum2...
.

Adik, zip back your life jacket!!!

Adik time oke, bila ngadap matahari mula mengamok: No sun, No sun katanya, hahahaa....
.
Daddy dan mummy pun kayuh lah sampai keliling satu pulau kecik kat situ. Kakak dok kat belakang & enjoy makan biskut tiger, sambil sesekali meniup wisel yg sepatutnya hanya digunakan time kecemasan. Itik2 dan burung2 yang berenang2 kat kolam tu mencantikkan lagi suasana. Adik suka bila diorang berenang dekat dengan boat kami ni. Tu la yang dapat distract dia dari asyik mengamok suh bukak life jacket dia tu, huhuhuuu...
.

Cuaca cantik begini ramai jugalah yang berkayuh dan berdayung dlm kolam ni...

Finish, kata kakak! Adik mengamok nak di dukung pulak...
.
Dah cukup sejam & dah dapat aiskrim sorang satu kami pun pecut lah balik. Time sampai rumah 1st half Chelsea vs Arsenal pun dah nak habis. Sky pulak kena bayar kalau nak tengok. Haprak betoi. Cepat-cepat aku call Mozak sebab katanya dia nak tengok kat cafe Pak Arab. So kami pun pi lah, Nazim ja hampeh... katanya nak join, tapi hingga dah habih pun dia masih dok tengok movie kat internet. Movie apa la yg syok sangat tu sampai tak leh nak pause sekejap? ...mmm, musykil aku! (sambil urut2 dagu). Seronok jugak tengok di cafe pak arab ni walaupun rata rata penyokong kat situ semuanya penyokong Arsenal, maklumlah, nama stadium Arsenal pun Emirate kan? Dan akhirnya Chelsea yg menang 2-1 dan sebab dia menang, terus aku declare jadi penyokong Chelsea! hahahaaa... Boleh begitu? Boleh la kan.... dan apa lagi... esoknya kami pegi ke Stamford Bridge sebab semua pemain dia dah agree sign contract nak bergambar ngan kami ni, hehehee....
.
Ini lah para pemain yang berjaya melayakkan Chelsea ke Final FA Cup, especially yang tengah pegang botol tu! Syabassss...

Takkan adik sorang ja bergambar, Daddy pun teringin jugak, gagagaaa....
.
Memang seronottt lah kami beramasss mesra dengan pemain Chelsea ni. Dulu time bawak kak Chik & kak Cho ke sini diorang ni semua tadak, tapi sejak bila ntah diorang mula start ada sini pun aku tatau. Orang lain pun ramai sekali siap pakai jersey Chelsea bila bergambar. Aku wakil kan adik sorang cukup lah kan, walaupun adik cuma pakai jersey lama, kira oke lah tu...
.

Kick the ball! ...dan dgn selamba adik merampas bola dari kaki Terry...!!!

Kakak give 5 to Guus Hiddink... caya lah!

Dalam banyak2 pemain Chelsea mummy berkenan yang ini... ahak.
.
Uncle Dwen mesti frust Arsenal kalah! Sampaikan daddy sms langsung tak berbalas... panasss la tu... rileks... nanti jersey Arsenal diorang lelong, aku belikan lagi satu ya, siza L kan? hahahaa... Kali ni Mummy lah yg banyak jadi fotographer. Adik punya gambar yg banyak sekali, asyik dengan John Terry... tapi daddy pun apa kurangnya. Sesekali oke lah kan, kasi can, hahahaaa....
.

...kejor yeop kejor!!!
Thanks all for you support. Assalamualaikum...
.
So kita tunggulah bulan depan. Agak agak boleh menang ka Chelsea bila bertemu Everton nanti??? Kalau kalah, aku nak declare penyokong Everton pulak lah!
.
HaaahahaaaaaHahaa.........
.
.
***** *** *****
.
.

Sunday 19 April 2009

Olok-olok & Pusing-pusing London

:DADDY, i am sad...
:Why?
:Because i never had my birthday...
:Of course you've had your birthday, kakak... in Malaysia, remember?
:No... I never, never had my birthday...
:Yes you had...
:Nooo... I never, never, NEVER had my birthday...
.
Buat muka sedih. Monyok! Ini semua gara-gara banyak sangat attend birthday di sini... dan kat nursery dia pun ramai parents yg organise birthday utk anak diorang di situ. Tu la pasal hari hari dok kata yg dia never had dia punya birthday. Pada hal masa balik Mesia hari tu dah buat, dia tak ingat. Lagi di terangkan, lagi banyak perkataan never tu di ulang ulang nya... Ada satu hari tu dia bungkus lori mainan adik dalam bubble wrap pastu kata: Daddy, this is your birthday present... ahak. Asyik pasal birthday je sejak 2 menjak ni. Dah habis seminggu pun masih lagi dengan kisah yg sama... I never, never, never had my birthday katanya sayu... So pada cuti Easter, lepas balik dr badminton game aku singgah beli kek yg ciononet beserta dengan lilin. Bila sampai rumah... apa lagi.. seronok habis lah kakak bila nampak kek tu!
.
:Is it my birthday? Tanyanya penuh keterujaan.
:Mmmm... you think so?
:Yessssss!
:Are you sure???
:Yeaaaasssss....!!!
:Oke, then. Its your birthday!
:Yeeaaaayyyy... its my birthday. Its my birthday. I'm happy now!!!
.
Berlari2 dia bawa kek tu ke hulu hilir dan terlompat2 excited. Tak sabar dia untuk start celebrate birthday olok2 dia tu. Adik ngikut ja. Mood dia sama cam mood kakak. Bila kakak jerit2 happy, dia pun tiru bulat2, hahahaaa.... Punya lah banyak kali lagu happy birthday di nyanyikan. Dah tiup pasang dan nyanyi semula. Bila nyanyi untuk adik pun, time tiup lilin kakak juga yg meniupnya. Siap dia yang aturkan bila masa nak letak 2 lilin, bila masa nak letak 3 lilin. Hahahaaa.... seronok melayan kerenah anak2.
.

Tersengeh2 org nyanyikan lagu birthday...


Make a wish... and blow...
.
Time cuti Easter tu, UK cuti 4 hari dari Jumaat -Isnin. Most of the shops were closed thus the holiday was quite dull. What more with the cold weather, dark clouds and patches of rains here and there that added up together to set the gloomy London. Tatau nak pegi mana but we finally decided to have a stroll at St. James Park. Surprisingly there were lots of tourists and so we joined them taking photos around the park before we exited to Whitehall, got into the park again and finally made our way to Buckingham Palace. Bunga tulip pun cantik dah naik elok.
.

Tulip pelbagai kaler... merah pastinya yg paling cung...

Suka kombi merah & kuning...

Orang ramai menangkap gambar bunga tulip di sini...
.
Walau pun dah 4 tahun lebih dok sini, inilah kali pertama kami ke St James park ni sbbnya nak parking keta sini agak payah. Kali ni bila dah cuti panjang, tu yg senang sikit tu... Malah guard british yg bertopi besar di Buckingham Palace ni pun 1st time kami jumpa, ahak...
.

Memorial askar terkorban time 2nd world war...

Whitehall... bleh nampak London Eye belakang nu...
Guard berkuda... mamat tu mesti boring, hari hari orang ramai nak bergambar ngan dia...
.
That day it wasnt sunny but there was no sign for rain either. So I thought the weather forecast was wrong. Yeah, baguih. But not for long, as we were posing for the best shot ~ trying to take photos from different-different angles, all of a sudden it started to drizzle and we were left puzzle to where shall we get a respite from the rain? Alamakkkk... tapi kejap ja terus dia berenti, Alhamdulillah. Magic sungguh keajaiban Allah.
.

Guard topi beso yg glamer di London ni. Ada satu lagi belah sini, tu la yg kakak tgh tengok tu...
Bunga2 depan Buckingham Palace pun dah naik elok, chanteeekkkk wa cakap lu.

Jalan dr Trafalgar Square ke Buckingham Palace di tutup untuk laluan org ramai...
.
Satu lagi kat sini ada satu shopping kompleks yang besar baru bukak dlm ujung tahun lepas. Nama dia Westfield. Kami tak penah pegi, not even once after its was launched. Since London was expected to rain, so what was a better choice than spreeing in an indoor complex, kan? - and so we went. Memang beso lah Westfield ni - For those who are very much familiar with KL, I reckon this is akin to our Mid-Valley at Bangsar. Now they are having a promotion to attract more visitors & they give 2 hours free parking - chanteeek lah tu... but then, jalan punya jalan terlajak 18 menet! huhuhuhuuu... tak pasal2 kena jugak bayo. Hampeh!
.
Westfield, semua ada di sini... sedia ja duit!
.
Emmm... nak tulis apa lagi ntah? Tadak idea sebenarnya tapi saja nak update juga... aku cha alif but dulu lah. Wokeh... you guys take care.
.
Chabooooootttt!
.
.
***** *** *****
.

Thursday 9 April 2009

Cerita-Cerita Pendek (Cecerpen)

5 in 1! Jom mulakan...

.
Kick The Ball
Adik memang pantang dapat bola. Asyik nak sepak dan setiap kali lepas sepak dia akan jerit Goallllll!!!!... suka aku tengok gelagatnya. So bila cuaca nampak oke, kami pun pergilah ke lokasi favorite kami, mana lagi kalau bukan Hyde Park. Seronoklah adik main bola di padang yg luas tu. Terkejar2 dia sana sini sambil jerit2: Kick the Ball... Gooalllllll!!!
.
Mummy melayan adik main bola dan frisbee serentak...
.
Bahkan bukan bola sahaja adik akan sepak, kalau beli epal ke, oren ka, semua yg round shape di ingatnya bola... dia akan amik, campak ke lantai pastu: kick the ball... goaalllll!!! Tu la pasal, kalau nak bagi adik buah2an itu make sure potong dulu. Kalau pi rumah orang aku akan perhatikan ja adik kot kot la tuan rumah menjamu buah2 yang dimaksudkan tadi atau yg seangkatan dgnnya...
.

Yeah... terrer la adik!!!
Dah letih... nyum nyummm isi minyak!
.
Bila dah pi Hyde Park, tentulah kami bawa tikar. Boleh la berbaring, terlangkup dan terlentang di tengah rembang matahari, maklum lah kulit tak cukup gelap lagi kan, hahahaa.... Dari tikar itu aku snap2 gambo adik & kakak yg bebas berlari ke sana sini...
.
.
Spring: Cherry Blossom, Daffodils & Others

Bila dah masuk spring begini memang lah suasana bertukar ceria. Mood orang pun lebih baik dari sebelumnya. Cuaca dan musim mempengaruhi itu semua. Sana sini dah ada cherry blossom yang juga kita biasa dengar org cakap bunga sakura. Terus teringat lagu rock - Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara - kata rock tapi tajuk lagu panjangnya ngalahkan lagu Kau Kunci Ramlah Ram, hahahaaa. Bila angin bertiup, kelopak sakura berguguran seakan snow flakes di musim salji...
.
Bunga di taman belakang rumah kami ni...
Sakura & bunga apa ntah...
.
Burung merpati dan tupai pun banyak. Kakak cukup lah suka nak bagi makan kedua dua binatang tu, roti untuk dia pun dia sacrifice-kan. Tu la pasal habis tempat kami tu di hurung dengan burung merpati. Adik lena betoi dia dalam stroller selepas penat berlari2 bermain bola tadi. Orang kata musim bunga ni cantik, tapi aku lagi suka musim luruh, kuning, oren & merah sahaja di mana2...
.
Sukahati dapat feed the squirrel...
Kelopak sakura berguguran di rumput hijau... habis squirrel, feed the birds pulak...
.
Daffodils pun banyak tumbuh disini. Kalau spring ni dia yg naik dulu dan hayatnya tak lama. Bagi yg tak biasa tengok daffodils ni tentu akan terpegun bila dia mekar merimbun. Kalau nak bergambar di celah2 rimbunannya elok2, jgn sampai mematahkan dahannya yg lembut itu. Nanti org marah!
.

Ada masa masa kakak posing sakan... ahak!
Inilah sebetulnya pokok bunga... betoi2 pokok & bunga, daun tadak ya... hahahaa...

Daffodil tumbuh berkelompok...
.
.

Hot Momma???
Aku tengah layan kakak main buaian kat playground, tetiba ada la satu minah ni dalam lingkungan 30-an kot, tak de kerja pi exercise dalam playground betul2 depan swing kakak ni. Punya la luas Hyde Park ni, dalam playground bebudak tu juga yg nak di exercise nya. Terangkat2 kaki, tangan dan terherot benyot ponggongnya dia exercise - ntah hapa hapa! Aku curi pandang sambil sesekali aku dengar kakak menjerit excited: ... wwwiiii... i am flying to the skyyyy..., bila swingnya berhayun tinggi.
.
Habis hati 2 beradik ni dpt ke playground...
Habis hati lah tuuu...
.
Minah tu pulak teruslah buat exercise yang begitu redicule sekali gayanya, macam badut! That explains why I could not stop myself from peeking her thru the corner of my eyes and at the same time i could hear my voice laughing out loud in my head! hahaha.... Ya ampon, apa punya exercise la ko buat tu??? Tapi.... tanpa aku sedari, sedang aku memerhati minah tu, ropa ropanyer ada pulak orang lain yang memerhatikan aku, bila tetiba...
: Daaaddy!!! what are you looking? Are you looking at that momma?, shout kakak, sambil menuding jari telunjuknya ke arah minah tu. Ayo! Minah tu pun terus berpusing tengok aku bila dia dengar suara kakak yang kuat tak makan saman tu, huhuhuuu...
: NoooooOOO! I was looking at the water fountain!, kata aku menipu sunat. Nasib la water fountain tu pun boleh di lihat dari situ. Ada satu dua org di situ yg senyum2. Isk kakak ni, kot ya pun cover cover la sikit! hahahaaa... malu gue!
.
.


Too vs Three
Satu pagi tu mummy masak nasik lemak for breakfast. Seperti biasa kakak dok kat sebelah kiri aku dan adik akan dok belah kanan antara aku ngan mummy. Nasi lemak yang mummy buat ni special, kaler nya hijau sebab mummy blend daun pandan amik kalernya. This will entice kakak and adik hence they will surely eat more. Bila dah makan tu kakak bersuara:
: Daddy, my hand is oily...
: Me too, jawab aku.
: Me three..., balas kakak pula.
: There is no such thing as me three kakak, only me too...
: Yes, there is... I am three years old, so ME THREE!
Katanya bersuara garang! OOooooo... begitu ropenya ya, oke laaaa.... ahak. :)
.
Me three, OK!??
.
.

Nursery Kakak - The Hat Show
Macam2 juga aktiviti nursery kakak ni. Ianya tak hanya melibatkan anak2 tapi ada masanya parents pun kena turut serta. Hari tu kakak balik bawa bakul kertas ada sekuntum bunga. Sempena hari ibu rupanya... kat mesia bukan hari ibu bulan 5 ka??? Sini awal la pulak...
.
Anna... to mum with love...
.
Kali ni cikgu di nursery kakak bagi manila card kaler putih sehelai, hijau 2 helai, crepe paper kaler oren sehelai dan satu strip kertas kaler biru. Untuk apa semua ni??? Dengan kertas yg di bekalkan tu semua parents kena buatkan topi untuk anak memasing, tapi boleh tambah kertas atau riben atau apa apa je lah. Katanya ada pertunjukan. Mummy pun naik pening nak buat topi yang camna ni?
.

Fitting dulu... ok, perfect!
Pastu kita letak munga sini, amacam? Orait....?
.
So kami pun gotong royong lah buatkan topi untuk kakak. Mummy pun sacrifice kan bunga lama untuk di hiaskan di topi kakak tu. Kakak masa memula enggan pakai topi tu, tapi bila dah siap, dia nampak excited. Harapnya dia nak lah pakai masa pertunjukan tu nanti... adik pon dapat satu topi berkonsepkan hutan malaya! :)
.
Yesss, my hat is ready, we did it!
Adik pun ada juga, yeaaaay....
.
Dan hari persembahan itu pun tiba. Manager nursery tu nama nya Jean siap pakai bunga2 lilit2 di kepala. Dah tu siap ada runway pulak untuk semua bebudak memperagakan hat memasing sambil Jean memetik guitar. Tetamu jemputan yg ntah dari mana akan duduk di kiri kanan runway tu, setiap kali bebudak memperagakan topi mereka akan di beri tepukan dan sorakan. Jom tengok gambar2 nya...
.
Jean tengah main guitar & nyanyi lagu apa ntah... tu dia runway kaler biru... real punya show ni!
Bebudak bersiap sedia ngan topi memasing... macam2 ropanya...
Kreatif-kreatif jugak topi diorang ni kan...
Kanak kanak pelbagai ragam...
.
Kakak di mana??? Hmmm... seperti di jangkakan, bila dah orang ramai camni, kakak tamau naik stage. Bila mummy pujuk2 terus nangis, mummy naik sekali pun dia tamau. Padahal kata mummy dari rumah ke nursery tu elok saja dia pakai topinya itu. Last last sekali cikgunya sahaja yang naik ke stage sambil bawak topi kakak dan berkata: This is a Malaysian hat.... very orange! hahahaaaa....
.

Isk... Dah habis show, orang pun dah nak balik, baru nak pakai topi nya, huhuhuuu...
.
So itu lah sahaja Cecerpen kali ni. Korang jaga diri bebaik no. Jatuh kalu bangun sendiri!


Bye bye..............

.

***** *** *****

.