Monday 6 April 2009

Cornwall: Polperro & Looe

WALAU pun di benar check-out sesuka hati, kami check-out juga sebelum jam 10 pagi. Al-maklumlah, nak juga maximise kan hari hari terakhir di Cornwall ni. Hari ini cuma nak jenguk lokasi tertunda semalam iaitu Polperro. Lepas tu teruslah nak cabut balik sebab bukan lah dekat sangat Cornwall-London ni... 5 jam juga kalau drive tak berenti. Adik & kakak memang suka dok caravan ni, especially adik lah. Bila dah jalan jauh2 dan penat, adik siap nangis2 mintak balik ke caravan, cabeben-cabeben katanya. Lawak pulak! hahahaa.... tapi memang aku rekomen caravan ni. Selain selesa dan lokasinya tak serabut, tuan punya caravan pun baik hati. Satu malam tu kami nak beli telur ayam kat kedai caravan tu tapi dah habis, tak sampai 1/2 jam tuan punya caravan tu boleh ketuk caravan kami dengan 12 butir telur ayam yg dia beli dr penduduk kampung di situ. Alhamdulillah.
.

Bye bye cabeben, ntah bila nak dtg lagi...

Bersama Amanda, tuan punya caravan yg baik hati...
.
Polperro ini tak lah jauh dari penginapan kami. Cuma 20 minit drive saja. Ia merupakan fishing village. Laluan di sini sempit jadik hanya orang yg tinggal disini sahaja yang di benarkan membawa kereta masuk. Visitor semua kena park kat luar dan menapak sampailah ke tengah fishing village ni. Kalau time summer ada disediakan kereta kuda. Rumah sini kecik2, dan masa kami sampai tu kedai2 dia pun baru nak mula operasi. Ada model village di situ, malangnya masih tutup. Selepas Easter baru bukak. So takde can lah kan... Kebetulan ada satu kedai coklat dah buka, kami masuk lah cari apa yg patut. Coklat dia semuanya dari Belgium tetapi di adun dan di pack kan di Polpero ini sendiri, menarik juga, pelbagai bentuk dia buat.
.

Kincir air yg masih beroperasi...
Hall dia kiut, cinonet saja kan...
.
Orang mula ramai bila matahari dah semakin naik. Biasalah mat salleh ni, mana ada yg bangun pagi apatah lagi hari Ahad macam tu. Pemandangan sekitar dia masih virgin lagi dengan sentuhan semula jadi. Yang paling cantik sekali ialah harbour tempat bot bot nelayan ni berlabuh. Dan di seberang jambatan harbour itu ada kawasan pantai dan gua yang unik, sejuk mata memandang. Rumah rumah yang terlekat di bukit pun sungguh hooolallaaa! Lama kami lepak disini... tenang ja rasanya.
.

Air surut, bot bot nelayan bagai terdampar saja...

Suasana pantai dia yang cantik, suka aku menengoknya...

Melayan kakak membaling batu kat air laut... macam Sasuka dalam cerita Ninja. Ingat tak cerita ninja tu??? Bess wooo...

Buih2 laut datang dan pergi...

.
Pemandangan dia cantik, seakan tidak tercemar. Kat sini pun ada boat ride, tapi kami malas nak tunggu sebab lambat beno boatnya nak mula beroperasi. So kami pun berpatahlah balik. Masa on the way nak balik tu nampak sign board tulis: The Cliff. Aku ni memang pantang nampak sign-board2 ni, mesti nak jenguk apa dia, so menapak lah naik, banyak pulak anak tangganya. Mengah juga lah sebab aku mendukung adik... Atok ngan Nenek tunggu di bawah saja. Bila sampai kat atas tu, wah, mesmerising sungguh... pemandangan keliling memang superb-duperb wa cakap lu. Siap ada seketoi bench kat situ untuk pasangan memadu kasih sambil menunggu saat terbenam mentari senja - romantis nya. Tapi awas, cliff dia tadak pagar, curam pulak tu, kalau jatuh memang selamat jalan romeo lah jawabnya!
.
Salah satu bangunan cantik dengan bunga2 yg dah mula kembang...
Mummy memujuk adik yang menggeliat nak mengamok, pasal pa ntah!
Pemandangan indah dari The Cliff...
.
Sudah tu kami decide untuk pulang terus ke London. Bila berpatah balik kami singgah sekejap kat bandar Looe yang juga merupakan tempat bot-bot nelayan berlabuh. Pemandangan dia pun cung jugak walau tak jauh berbeza dengan pemandangan di Polperro tadi. Cumanya di sini banyak seagull terbang melayang. Saiznya pula agar besar, badannya kelabu dan putih bersih. Angin bertiup kuat. Kakak dan adik dah tido dalam keta, mummy pun malas nak turun. Dah letih sebenarnya, ahak. So aku just berenti kat parking area dan snap snap gambo saja... pastu terus lah pecut balik.
.
Boat nelayan di Looe...
Camar yang pulang...
Atok dan nenek di Looe, gambar terakhir semasa percutian di Cornwall...
.
Trip kali ni Alhamdulillah sebab cuaca menyebelahi kami. Memang panas dan terang. Bila dah balik semula ke London cuaca bertukar sejuk semula dan rasa malassssnya nak keluar dari duvet. Harapnya Nenek & Atok sudah berpuas hati dok sini walaupun tak sampai 2 minggu lamanya. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.

Salam...

.
*Takziah kepada Nina & keluarga atas kepergian suaminya, Allahyarham Faizal Aziz, ke hadrat Ilahi pada 2.4.2009. Berita ini mengejutkan aku dan ramai kawan2 yg lain, apatah lagi Allahyarham pergi secara tiba-tiba dalam usia muda 45 tahun tanpa sebarang tanda. Terbayang2 wajah cerianya bila bertemu hampir setiap minggu. Semoga rohnya tergolong di kalangan orang2 beriman & dilimpahi dgn rahmat Allah - Al-fatihah.
.
.
***** *** *****
.