Wednesday 28 October 2009

Kami Khatam Quran

YAAAAaa... akhirnya cerita tertangguh sudah mari. Majlis khatam Quran ini sebenarnya dah di buat pada puasa yg ke-28 yang lalu. La ni syawal pun dah abis dah kan... so nak mengembalikan nostalgia majlis khatam Quran ni aku rasa kita perlukan khidmat pari-pari untuk membawa kita semula ke bulan posa...
.

Ting!!!!
.
Maka screen komputer pun menjadi kabur. Berkelip kelip dengan bintang2 yang berputar putar. kemudian perlahan lahan ia menjadi terang kembali. Sedar sedar perut berkeroncong. Eh! Bulan puasa kah ini?? Tu dia... kita dah balik ke bulan Ramadhan! hahahaaa...
.
Pada bulan Ramadhan 1430H yg ini aku join group tadarus MSD yg di ketuai oleh ustaz Erfino dan akhirnya pada malam ke 28 Ramadhan kami pun berjaya lah habis membaca senaskah al-Quran. Walaupun aku ada juga lah skip beberapa muka surat, maklum lah... ponteng. Ops! hahahaaa.... So helaian yang aku tak baca tu, kira the congregation tolong bacakan lah, boleh begitu? Boleh lah ya...
.
Bersama Ustaz Erfino selaku lead vocal tadarus 1430H... kanan tu Hj Zainal, org kuat surau MSD... :D
Satu dah start nak ngaji, satu tak abis makan lagi... huhuhuuu...
.
Majlis dibuat ala ala tema orang kawin sekarang ni: Sederhana tapi meriah! Pelik jugak, ada ke sederhana tapi meriah ni??? Selalunya bila dah meriah, tak da nya nak bersederhana. Nak gantung itu ini, pakai duit. Baju nak lip lap pakai duit... bunga telur nak grand grand, pakai duit lagi... last last pengantin kena pulak berutang dengan bank dan koperasi... Fuyyoooo sederhana nyaaaaa, piiiraaaaah! hahahaa... tapi majlis kami ni betoi sederhana dan meriah... betoi.... tak tipu punyer!
.
Bunga telur dan kuih hijau yang special, ada cendol dlm dia... sedap wa cakap lu...
.
Ok, back to majlis khatam! Masa aku datang ke majlis tu ustaz tengah mendendangkan sebuah lagu nasyid yang tidak lah aku ingat tajuknya. Ngam ngam lagu tu abis, kitorang pun buka lah posa bila Hj Zainal seperti biasa mengalunkan suara merdunya mendendangkan azan maghrib. Makan kurma dan beberapa potongan buah buahan tempatan!
.
Alhamdulillah... ramai mai memeriah...
Silaturrahim ini harap kekal dan bertambah erat hendaknya...
.
Sejurus selepas solat magrib kami pun soroo besar buka posa. Lauk pauk special kali ni, macam macam ada. Sampai buleh juling biji mata! hahahaa... hat tu aku exaggerate ya! Bila dah kenyang baru lah masing masing ada tenaga & bersedia untuk mem-projek-kan getaran suara yang lemak lemak manja! ahak. Majlis pun bermulalah... Kami duduk dalam bulatan dan kali ini aku dengan tak malunya mengambil kedudukan di atas stage! tu dia, tanak kalah... hahahaaa... sebenarnya mencari dinding maklumlah dah tua dah aku ni. Kaki, pinggang cepat lenguh, huhuhuu... dan secara kebetulan pulak aku dok sebelah VIP pengarah MSD En. Nazri. :D
.
Comelkan yg pakai baju biru tu... ahak :D
.
Bila semua dah sedia, dah di energizekan dengan hidangan yg istimewa, kami pun ramai2 baca ayat ayat lazim. Bukan main lagi falseto dan vibrato... apa yg dipelajari sepanjang bertadarus cuba di applikasi kan. Bagus bagus semuanya... bravo! Habis sampai surah al-fatihah, Ustaz Erfino dan Ustaz Din pun mulakan lah dengan sebuah dendangan. Biasa aku dengar time khatam Quran, kalau dak silap aku tu doa khatam la kot. Bukan marhaban tapi macam marhaban lah bunyi nya. Paham2 sendiri lah ya... yg lirik dia ada sebut: Allah hummar hamna bil Qurrrrannnnn... camtu lah lebih kurang, ada tau? Tatau kalu buat buat tau dulu, lepas ni nanti pi tanya ustaz2 kat tempat korang ya! hahahaa... Tak pon pi bukak belakang Quran, selalu ada. .
.
Tajwid betoi dak tu... takpa, ustaz tolong cover! huhuhuhuuu....

Jemaah wanita ustazah cover, hehehee....
.
Tak sangka aku jemaah perempuan sungguh berusaha membuat masakan pulut kuning dan juga bunga telur. Siap bunga rampai... ada sweets untuk kanak2... rajin sungguh lah. Di majlis khatam ini hati sangat lah berbunga dan rasa sangat berbangga kerana dapat mengkhatam satu Quran. Syukur. Seronok. Perasaan tu bess lah. Dedolu masa bebudak dah penah khatam dah.. masa tu kakak aku kawin, dok atas pelamin dan ngajilah, tapi perasaan tu berbeza bila kita khatam dalam keadaan kita faham akan nilainya. Alhamdulillah... tapi kalau bukan bulan Ramadhan, ada tak kekuatan nak membuka Quran mengaji?. Kalau ada aku nak ucapkan Syabbbaaaaasss Sabb, syabbbasssss! Tapi aku ni... huhuhuuu.... Harapnya dengan ada nya training masa bulan posa lepas, akan adalah kesuburan dalam diri untuk terus mengaji dan memahami isi kitab suci kalam Allah ini. Nak istiqomah tu bukan mudah... niat ada, minyak dah boh, tapi apsal enjin semput???
.
Group wanita di ketuai Ustazah Anis dan group jejaka tampan diketuai ustaz Erfino dan Ustaz Din... :D.

Ustaz Din mengagih-agihkan bunga telur kepada semua yg hadir...
.
Pada majlis tu ramai juga yang hadir, Alhamdulillah. Walau kedatangan itu tidak bersenarai, tapi lagi ramai lagi lah baik dan ia menaikkan lagi semangat. Sesungguhnya majlis begini memang elok kita hidupkan. Majlis begini memang perlu mendapat sokongan. Kadang kadang pelik juga, majlis ilmu, percuma pulak tu, masih sukar mendapat tempat di hati kita. Program berbayar, laju ja kita ke depan memeriahkan... Kenapa ya? Entah lah... jangan kata orang, aku pun sama juga. Mungkin sudah tiba masanya kita berubah untuk memberikan lebih komitmen dalam hal hal begini. So wokeh... itu ja lah al-kisahnya kali ini.
.
Dah, Moh ngaji!
.
***** *** *****
.