Wednesday 18 March 2009

Farewell, Birthday & Wedding

FAREWELL & BIRTHDAY: Bye-bye Bebeh
.
SALAH seorang ahli club badminton kami akan pulang ke Tanah Air tak lama lagi. Maka akan gugurlah seorang pemain tegar yang sanggup dtg awal pagi walaupun lututnya berbalut selalu. Corak permainan selepas ini mungkin akan berubah lagi. Ntahkan semakin pekat entahkan semakin cair? Sama sama kita tungguuuu & lihat.... hahaaaa... So untuk itu kelab Badminton kami telahpun menganjurkan sebuah farewell dinner yg bidan terjun dan ala kadar!
.

The core badminton players... CORE tu!
.
Bertempat di Prince of Wales kitorang pun berkumpul lah. Masing2 bawak 'gelpren' dan askar memasing dan ada juga yang solo2 tu bila di suruh bawak awek(s) katanya: solo is better... iyo lah tu! Kebetulan Mak & Abah pun baru sahaja sampai sini naik 1st flight AirAsia-X, so teruslah kami bawa join sekali.
.

Antara anak anak yg join sama... bebas berlari ke hulu hilir...
.
Apa makanan yg di hidang? Kami order yang biasa biasa ja dan desert di sumbangkan oleh mereka-mereka yang sudi menyumbang. Terima kasih. Apapun bukanlah melantak tujuan utama kami, tapi untuk get together-gather buat kali terakhir di sini dengan En. Shahrul Nizam & family, sob sob sob... berjujuran airmata!
.

Shahrul sedang mengucap, eh silap, berucap lah, hahahaaaa...
Berborak sambil menjamu selera... dah baca doa makan lom???
.
Lepas habis soroo, apa lagi, upacara melalak la kan? Seperti biasa semuanya malu2 kucing, daaaah, aku jugak yg kena mulakan. Terus aku capai mic dan keluarkan segala falsetto dan apa apa ntah note yang tak de pun aku ada kan... amik kau! hahahaaa... tapi lepas pas mic, aku tengok, terus diorang conquer tak ingat. Punya lah semua terhibur, tak pun menderita, dengan alunan suara yang sedap merdu serta diselang selikan dengan nada garau dan mengilai! Semua all out lah aku tengok. Baik the husbands baik the wives semua sporting. Walau pun ada saat tertentu macam terpekik terlolong tapi gerak gaya semuanya cukup bersopan dan melepasi piawaian tata susila orang timur, tu dia. Aku rasa mayat mayat kat kubur sebelah restoran tu mesti bernanah telinga. Dah la azab kena azab di tambah pulak lagi dengan siksa bunyi2an dari lantunan suara yang amat mengerikan! Ya ampon, hahahaa....
.

Daddy pun amik peluang nyanyi bersama adik...
Haaa... lagu ni key dia tinggi, baru la sesuai dgn suara aku...
Cheeeewah, berduet suami isteri... sooo swit!
.
Nampak gayanya kelab badminton kita yg tak rasmi ni berjaya juga mewujudkan aktiviti melibatkan keluarga, bukan terhad setakat untuk para suami sahaja. So para isteri yg budiman, marilah kita bersama sama menyokong kelab badminton ini. Yeahhhh! hahahaaaa... Apa pun, kami doakan En. Shahrul & family akan lebih berjaya dan berjasa di tanah air. Semoga persahabatan ini akan terus kekal walau gunung dan lautan luas memisahkan, e-che-che...
.
Nyanyi lagu apa ni?... yg si Teq tu melentok pasal pa tatau?

Ada yg dah balik, ada yg dah tidor... ini je lah yg masih segar bugar...
.
Selain dari tu, di majlis yang sama kami sempat juga meraikan hari jadi Mozak! Yg ke berapa tatau... tapi yang pasti life dia akan begin in 4 years time lah, hahahaa... so boleh agak berapa usia dia tak? Alah, bukan nomo tu yg penting, tapi pengisiannya yang di kira, tak gitu?
.
En. Mozak yang tersipu sipu malu bila di nyanyikan lagu Hepi Birthday to you...
.
So kami doakan panjang umur murah rejeki lah hendaknya. Dan semoga hidup mu akan lebih bahagia menjelang hari hari tua.... tu dia! ahahahahaaa....

.
.
WEDDING: Kepak-kepak, Kepong-kepong
.
SEMENJAK kami kawin inilah kali pertama kami hadiri majlis kawin sebagai pasangan suami isteri. Itu pun lepas anak dah 2 orang dah! Biasa dengar ada orang kawin di sini tapi tak pernah ada majlis yang seumpama majlis di tanah air yg di buat. So bila Abang Ishak menghulurkan kad jemputan untuk walimatulurus anak perempuannya, kami pun dengan berbesar hati menerima dan memenuhi jemputan tersebut. Namun, maaf jua di pinta kerana tidak dapat hadir di majlis akad nikah yang dibuat sehari sebelumnya kerana ada program yang tak dapat nak di elak.
.

Menjamu selera... kuih bahulu pun ada. Yummy...

Dok semeja dengan Fizan, Wan & Riz... Riz hilang mana ntah?
.
Bertempat di Chelsea Old Town Hall kami pergi berkonvoi dengan Fizan & family. Bila masuk masuk sahaja dewan terdengarlah lagu Selamat Pengantin Baru dari Anita Sarawak. Pengantin pula mengenakan songket hijau, sama cantik sama sepadan. Pengantin perempuan manis & sabar menunggu di atas pelamin mana kala pengantin lelaki segak dengan baju pahlawan dengan keris tersisip di pinggang. Yang bess tu masa nak naik tangga ke pelamin ada pulak mak andam ke sapa ke belah pompuan tahan tak bagi naik. Ada tol siot! Haaa... jangan memain. Aku tengok abang Ali yang mengiringi pengantin lelaki dah panik. Alamak camna ni... tapi mestilah semuanya selesai sebab pengantin lelaki awal awal lagi dan siap sedia ang-pow untuk bayar tol. Maka gembiralah pasangan raja sehari ini bertahta di singgah sana.
.

Pengantin perempuan tunggu di pelamin, pengantin lelaki berarak bersama bunga manggar.
Mmm... Ada tol pulak dah! Apa nak buat ni??? ... bayar ja lah jgn tak bayar, hahahaa...

Keluarga pasangan Malaysia-Turkey bersatu di United Kingdom... Tahniah.
.
Majlis ini sebijik macam majlis kawin di Malaysia, menarik juga aku rasa. Nasi minyak dengan rendang tok dan acar sungguh menyelerakan. Bunga telur dan sweets untuk kanak kanak diberikan juga. Rata rata tetamu berpakaian tradisional kebangsaan, yg siap dengan baju melayu lengkap pun ada. Terasa bagai di tanah air lagaknya...
.
Bergambar kenangan bersama pasangan merpati 2 sejoli...
Ruang dewan ini sungguh cantik, bersih dan selesa...
.
Kami doakan moga Allah merestui perkahwinan ini dan memberi limpah barakah kepada mereka dan keturunan mereka kelak. Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal bahagia hendaknya sampai ke syurga.
.
Amin.
.

.
***** *** *****
.