Wednesday 25 March 2009

Cornwall: Lands End, Minack Theatre & St. Micheal Mtn.

ATAS saranan 2-3 member kat sini yg kata Land's End ni cantik, kami pun ke Cornwall. Boleh lah bawak Atok & Nenek berjalan sementara mereka ada di sini. Tanpa berlengah aku pun book sebijik static caravan untuk bermalam. Lagi pulak ni lah masa nak dok caravan, nanti kalau dah balik mesia tak de merasanya nak dok caravan ni. Mana nak carik caravan pun tatau? Satu lagi, ia lebih murah, selesa & boleh masak2.
.
Thanks mummy for the surprise. Thanks juga pada Kakak, Adik, Atok & Nenek yg susah payah menyanyi kan lagu hepi birthday, hahahaa... i luv u.
Cerah kat luar tu... tau pukul berapa ni? 6 pagi!
.
So pepagi lagi kakak & adik dah bangun sebab sekarang ni awal sungguh cerahnya. Terus kami ke Land' End lebih kurang 1 jam setengah dari tempat menginap kami di Looe. Land's End ni merupakan bahagian England yg paling barat sekali. Senang cakap hujung lah. Kat sini memang ramai org datang sebab nak tengok pemandangan dia yg cung sekali. Time kami pi ni Alhamdulillah langit cerah, tapi kat bahagian laut dia agak berkabus pula. So Longship Lighthouse yang kat tengah laut tu sungguh kabur dan tak dapat nak di capture oleh camera. Pun begitu cliffs dia cantik dengan hakisan semula jadi yang mengagumkan. Terbeliak biji mata wa cakap lu! ahak...
.
Dah sampai... sini juga lah shopping area dia.
Longship Lighthouse tu ada kat tengah laut tu, tak nampak rasanya...
Guna teropong, baru nampak... nampak tak adik?
.
Rasanya kat tempat kita tak de pulak cliffs yang camni. Yang bess nya ada sesetengah bahagiannya cliffs itu melengkung dan meninggalkan sedikit kawasan pantai berpasir. Sungguh privasi sekali kalau dapat lepak kat dalam lengkungan tersebut. Air laut bercampur2 kalernya, kejap aku tengok biru, kejap hijau. Angin kuat, Atok dah kesejukan, aku pula nak juga pegi menengok cliffs tersebut dari sudut berbeza. Sian atok ikut juga, ternyata pemandangan laut dari First & Last House of England itu lebih ummphhh lagi.
.

Ni la dia 1st & last house in England...
Adik ngan daddy main cak cak balik tiang! hahahaaa...

Ngan atok & nenek. Pemandangan dia memang chanteeekkkk!
.
Time awal sampai tu kakak dok tido saja dalam stroller dia. Bila dah nak balik baru dia jaga. Angin terus terusan bertiup sungguh kencang menyebabkan panas mentari tak terasakan. Bila kakak dah terjaga, terus ulang ulang pose di tempat yang sama... :)
.

Kakak ngan adik tengah heppi...

Picture can never do justice to this beautiful scenery...
From Melawati to Land's End... mummy, nenek & atok.
.
Dah sudah tu, kami terus ke Minack Theater. Kawasan ni pula letaknya mengadap Patchurno Beach dan open air theatre ni adalah hasil kerja seorang wanita bernama Rowena Cade. So masuk masuk sini ada bahagian pameran yg di panggil Rowena Cade Exhibition Centre. Boleh la tengok gambar2 tentang theatre yang dah pernah di pentaskan di sini. Asalnya hanyalah pementasan org kampung saja, tapi Rowena Cade ini telah mengambil inisiatif sehingga lah tempat ni jadi camni. La ni pementasannya siap di buat time malam dengan pancutan bunga api. Minack Theatre ni pun lengkap dengan lighting dan juga system audio. Kalau penuh, dia boleh memuatkan 750 orang satu satu masa. Teringin gak nak tengok tapi teater dia cuma start bulan 4 nanti. Tak de can la maknanya tuuu....
.
Entrance...

Kakak, mummy, atok & nenek... atas stage buat persembahan apa tatau? hahahaa...

Berlatar belakangkan Patchurno Beach yg cantik sekali...
.
Pemandangan sekeliling jangan cakap la, memang menakjubkan. Ciptaan Allah ni memang tak dapat nak lawan. Sebelum ni dah pernah pegi tengok cliffs kat Dover, rasa dah amazing dah, pastu pi kat Lladudno, Wales rasa lagi gempak. Datang sini terus tergamam. Cantik sungguh, Subhanallah. Sebelum balik tu sempat kami pekena kopi kat cafe dia sambil terus menikmati pemandangan yg tak jemu memandang. Setiap meja disediakan sebijik teropong. Trip kali ni kami tak jumpa pula rakyat Malaysia kita, tapi ada satu couple warga tua ni tegur kami, katanya dia dah jelajah Mesia dari Johor Bahru sampai ke Kota Bahru dan satu lagi mat salleh menegur kami katanya dia sungguh kagum dengan keindahan Cameron Highland. Ini menjadi peringatan kepada kami, dalam kita menikmati keindahan negara orang usah sekali2 lupa, apatah lagi down grade khazanah berharga di tanah air sendiri... Ingat tu!
.

Seat di Minack Theatre hasil dari tarahan bukit... Seat depan tu mahe le sikit kot?

Adik kakak & daddy, menikmati keindahan cliffs Patchurno beach...

Angin kuat, rambut kakak pun melayang layang...
.
Dah sudah tu kami pecut pula ke St. Micheal Mountain. Mountain ni special sebab dia dok kat tengah tengah laut macam sebuah pulau. Kalau air surut akan terbentuk satu laluan menyambungkan St. Micheal Mountain ini dgn tanah besar dan kita boleh jalan kaki sahaja ke gunung ini. Tapi bila air pasang kenalah kita gunakan kenderaan bot bertayar untuk ke sana.
.

Tu haaa boat bertayar... terus masuk dalam air menuju ke St. Micheal Mountain.
.
Time sampai sini adik pula tengah lelap, kakak pulak bila nampak pantai terus jerit: i want sand castle, daddy!... pastu bila nampak boat, sibuk nak naik bot pulak. Malangnya kami datang agak lewat, boat itu pun tak dapat nak bawa kami lagi sebabnya time tu dia hanya buka untuk penduduk setempat sahaja. Ada ka patut dia suh datang hari selasa, macam la kami ni nak berlama2 di Cornwall ni, huhuhuu...
.

Sand castle apa ni, ntah???
.
Menariknya kat sini kita boleh lihat ada air yang datang dari gunung mengalir masuk ke dalam laut. Air ni pulak macam air sungai, tawar dan tidak melekit. Ini pun sesuatu yang tak penah aku tengok lagi. Airnya jernih dan sejuk giler. Jalurannya ada banyak dan tak lah lebar mana. Aku ingat boleh la aku lompat, sekali lompat terus jatuh tengah2 aliran air tu, hahahaaaa... dah lupa badan ni dah berat! Konon2 ingat zaman sekolah masuk lompat jauh walaupun tak sedar diri yg awak tu tak lonjong cam peserta lain, ahak. Apa lagi, bila dah lompat masuk dalam aliran air tu habis lah basah dan tergelak2 lah mummy, atok dan nenek menengok aku... kakak saja yang menjerit nangis sambil cakap: Daaaaaddy, come back! berulang2... hhahaaaa... lawak.
.

Aliran yg tak lebar mana ni pun tak lepeh! Aparaaaa... isk isk isk....
.
Sampai ke sudah adik lena sahaja dalam stroller dia. La ni attraction dia semua tutup pukul 4-4.30pm camtu. Tapi kalau setakat nak tengok scenery boleh la. Kami pun akhirnya decide untuk balik sajalah ke caravan dan boleh lah nenek & mummy memulakan operasi main masak2, ahak. Boleh tido awal sikit sebab esok nak berjalan lagi... Ke mana? Itu di entry akan datang... ceng ceng ceng... suspen tak?
.
.
hahahahaaaaaaa.......
.
***** *** *****