Sunday 1 February 2009

Scotland 2009: LochNess Trail & Fort William

SALAH satu dari cerita dongeng yg femes di Scotland ini adalah tentang wujudnya seekor dinasour ataupun monster di dalam LochNess (Loch = tasik) ini yang dikenali dengan nama Nessie. Macam kita ada cerita dongeng tentang naga Tasik Cini tu lah. Tapi bagi sesetengah fanatic scottish ini, mereka menganggap Nessie itu memang betul2 wujud. So untuk hari ini, kami membuat plan untuk mengikuti jalan A82 yg menyusuri sepanjang tasik ini atau juga di kenali sebagai LochNess Trail.
.


Kalau tanak ikut LochNess trail, buleh naik cruise yg di kendalikan oleh Jacobite company merentasi tasik LochNess... eh... yg belakang tu lah Nessie.
.

Lochness Monster ~ Nessie ini rupanya seakan akan dinasour yang makan daun dalam cerita Jurasic park tu. Lehernya panjang, berwarna hijau, berbadan besar, giginya tajam tajam dan ekornya juga panjang meruncing. Cuma kakinya sahaja seakan akan kaki anjing laut untuk memudahkan dia berenang. Sejarah LochNess Mosters ini bermula apabila seorang mamat ni namanya Robert Kenneth Wilson telah berjaya menangkap sekeping gambar yg menampakkan leher dan kepala seekor monster sedang berenang dlm tasik ini pd tahun 1934. Namun peliknya Robert Kenneth Wilson ini tidak pula mahu dirinya di kaitkan dengan gambar tersebut. Tapi setelah berpuluh tahun lamanya, ada pulak yg claim sebenarnya itu hanyalah seketul replika kepala dan leher dinasour yang di buat dari kayu dan plastik kemudian di attached kan kepada sebuah submarine mainan. Malangnya masih ramai yang menyangkal teori tersebut kerana bagi mereka selain gambar ini, ramai yg telah nampak kelibat Nessie dengan mata kepala mereka sendiri. Malah, kayu dan plastik mainan yg berbentuk kepala dinasour itu dikatakan tidak wujud pada tahun 1934.
.
Berhenti di tepi jalan untuk bergambar kenangan... tak jemu mata memandang.
Lagi pemandangan yg indah... Daddy, faster I'm cold, kata kakak.
.

Terlalu banyak versi cerita Nessie ini. Bah kan para scientist telah pun turun padang membuat kajian dan cuba menjejak Nessie namun mereka merumuskan tidak dapat mengesan akan kehadirannya. Tidak ada tulang belulang atau sirip atau serpihan gigi atau apa sahaja yang boleh di kaitkan dengan nya. Malah kalau betul ada, sudah tentulah makluk Nessie ni sudah beranak pinak, membiak dengan banyak. Pun begitu mereka tidak juga menafikan kewujudan Nessie kerana kata mereka tasik LochNess yang sungguh luas dan dalam itu menyediakan banyak tempat untuk Lochness Monster ini bersembunyi. Mungkin kata kata ini hanya untuk mengambil hati penduduk sekitar yg hidup matinya memang percaya sungguh2 akan adanya mahkluk ini. Lantak kau lah labuuuu....
.

Jom masuk tengok apa souvenir yg ada...
.
Sepanjang LochNess trail ini kita akan menyusuri tasik Ness dengan pemandangan yang sungguh cantik. Gunung2 di sebelah sana gah berdiri dengan puncaknya di selaputi salji. Air tasik Lochness yang tenang biru-kehijauan sesekali di kocakkan dengan deruan angin sepoi sepoi bahasa. Bot bot yang membawa tourist kelihatan kecil sekali berlayar megah di tengah2 tasik yang luas itu. Langit yang membiru memercikkan serinya ke dunia lakaran Allah yg Maha Agong. Subhanallah, sungguh sungguh memang tidak tertanding ciptaan-Mu. Dalam aku memandu tu, sesekali aku panjangkan juga leher memerhati ke tengah tasik, mana lah tahu kot ada ong, tetiba dinasour tu muncul kan? Tapi kalau buat nya dia muncul tetiba, mau aku tekan minyak pecut ala ala F1! Kalau dia makan ikan, tentu dia pun macam jaws makan orang kan? Lariiiiiiiii!!! hahahaaa...
.

Daddy!!! Mummy!!! Kakak!!! Faster, I found Nessie!!!

Nessie berenang ikut arah angin... Nessie libut daaa... cuba besarkan gambar ini, apsal tangan aku sebelah putih sebelah hitam aaa? ...huhuhu, Misteri!
.
Sepanjang tasik ini ada banyak tempat tempat menarik yang boleh di singgah. Yang paling lama sekali tempat singgahan kami adalah di Urquhart Castle. Bab bab masuk castle ngan museum ni memang aku suka. Memula masuk di tayangkan dengan video 8 minit tentang sejarah Urquhart Castle ini. Pemerintah asal Urquhart Castle ini dahulunya adalah dari keturunan Picts. Tetapi hari ini keturunan atau kaum itu sudah tidak wujud lagi. Sehinggakan orang di Scotland ini pun cuma tahu sedikit sangat tentang kaum yang dikatakan suka bertattoo ini. Urquhart Castle ini mula mendapat perhatian sejarah pada tahun 580 AD apabila pelayar dari Colombia datang dan membawa ajaran baru kepada kaum ini.
.

Batu batu binaannya yg macam A-Fomasa tu... kukuh betui!
Dari Entrance Urquhart Castle...
.
Yg peliknya keturunan Picts ini sangat terpengaruh dgn ajaran baru tersebut dan dengan sendirinya tidak lagi mahu mengaku berketurunan Picts. Akhirnya pupus begitu sahaja. Seperti istana2 yg lain di England ini, terdapat banyak penaklukan terhadap Urquhart Castle ini. Kemudian diberikan pula kepada seorang kenamaan yg menjadikannya kompleks penempatan org ramai yg agak besar. Sekolah, hospital dan macam2 semuanya ada sini. Namun pada tahun 1962 ianya telah di takluk oleh askar2 Jacobite dan mereka tidak berminat dengan istana ini lalu ianya terus dibakar. Hampir kesemua barang2 dalam Urquhart Castle ini musnah, banyak binaannya runtuh dan yg kekal menjadi tinggalan sejarah sehingga ke hari ini.
.

Cepat posing... ni yg payah pakai self timer ni, hahahaaa...

Klik. Kawasan ini dikatakan menjadi ruang pertahanan utama utk menepis serangan yg datang dari tasik Loch Ness.

Tasik Lochness tenang sahaja...
.
Dari sini kami pecut pula ke Fort Augustus. Kiranya disini lah penghujung kepada tasik Lochness yang berbentuk panjang membujur. Patutnya ada banyak kapal berlabuh di sini tapi masa kami pi cuma ada seketui saja. Rupanya cruise dia tak beroperasi, patut lah pun... Bandar dia kecik sahaja dengan kedai2 yg menjual souvenir pada harga yang berpatutan. Parking kat sini pula kalau time winter ni free saja, bagus sangat lah tu kan? Time ni adik mengamok sakan. Ntah ngapa pun tak tahu lah. Letih, mengantok & sejuk agaknya. Bagi susu pun tak mau, so kami pun tidak lah menyinggah lama, ambik gambar ala kadar, beli souvenir seketui dua kemudian bergerak menuju ke Fort William.
.


The Mill Shop di Fort Augustus ini banyak menjual kain Tartan yg terkenal di Scotland tu... yg kotak2 tu lah.

Kat hujung nun ada seketui cruise tengak lepak...
.
Jalan raya bengkang bengkok menyebab kan aku tak boleh nak memandu laju. Macam jalan lama dr Kuala Kangsar nak ke Lenggong gayanya. Nasib juga kakak dan adik tak pening atau muntah sepanjang menyusuri jalan ini. Sebelum pun sampai ke tengah bandar Fort William ini kami dah nampak signboard Ben Nevis. Ben Nevis ini adalah ski centre yang terkenal sekali kat Scotland ni. Memandangkan kakak masih lagi bercerita tentang pengalaman dia main sledge tu, kami pun melencong lagi. Hari sebelumnya snow turun dengan lebatnya dan kami harap ski area di atas gunung itu akan di buka. Bila sampai kat stesen cable car dia... ya dia buka! Alhamdulillah...
.

Mummy dah kakak menuju puncak... gemilang cahaya... pasti berjaya di... ops!
Daddy ngan adik pun nak posing juga...
.
Mummy seram seram pulak nak naik cable car ini memandangkan ini experience mummy yang pertama. Kakak oke saja siap nak lompat2 pulak lagi. Adik pun suka melihat pemandangan kaki gunung yang kian sayup di tinggalkan. Memang tinggi puncak Nevis ini berbanding dengan Cirngorm semalam. Hari ini dengan cuaca yang cantik maka ski area ini dibuka untuk semua orang. Lagi lah kami berkobar-kobar nak main sledge semula. Time kami sampai ni dah nak pukul 3 ptg pun, so kami tak boleh berlama-lama sebab last cable car utk turun ialah jam 4.15 ptg.
.

Smile.... Nevis Range... akhirnya kami sampai juga.

Puncak yg lagi tinggi kalau nak pi kena mendaki sendiri... kita kat luar ni jelah ya kakak & mummy...
Wiiiii... daddy dan adik merasmikan mainan sledge di sini...
.
Sampai sampai terus posing tak kasi can, hahahaa... kami tak perlu pun untuk pergi jauh naik ke bahagian yg lebih atas di puncak gunung ini untuk bermain sledge, cuma betul2 depan pintu keluar dari stesen cable car itu saja sudah cukup. Sebabnya kalau pi jauh jauh kang tak sempat pulak nak berpatah balik, dan tak pasal pasal ada pulak satu family yang bermalam atas gunung ni, huhuuu... tobat!
.

Wiiii... tu dia, kakak & mummy lagi laju dari snowboarders... hahahaa...
.
Adik terpaku dan diam mengekor sahaja dari belakang. Kakak pulak excited & mungkin dia dah tengok kat tv, terus di gumpal2nya snow itu dan baling baling kat aku. Aku pun balas balik, yeay... dari nak main sledge terus jadi main snow ball. Berlari lari dalam salji yang agak tebal dan gebu ini agak sedikit payah. Kaki rasa tersangkut2... tergelak2 kami di situ. Ada sesetengah tempat kalau pijak tenggelam kaki sampai ke paras betis. Sejukkk ja rasanya sampai naik kebas. Lepas dah puas main snow ball, kami main sledge pula sama seperti hari sebelumnya. Kakak lah paling seronok... Untuk yg main sledge sebenarnya di galakkan tamatkan permainan sebelum pukul 3.30ptg, sebab diorang takut ter-belaga atau tak sengaja di langgar oleh pemain ski atau snowboard yang akan meluncur laju turun untuk mengejar the last cable car.
.


Kaki daddy pun tenggelam daaaa....
Main snow ball ngan kakak & adik... yeah, baling lagi...
.
Kebetulan pulak tengah syok main sledge tu salji pun luruh dan diikuti dengan angin yang bertiup agak garang. So kami pun masuk lah ke bahagian restoran dia dan pekena kek dan kopi panas. By the time dah kenyang jam pun dah pukul 4 ptg. Sebelum turun kami bergambar sekali lagi satu family, kali ini dengan pertolongan seorang pemain ski yg kebetulan baru tiba ntah dari mana...
.

Smile lagi...

Senja di Fort William dgn snow yg mula turun lebat...
.
Kami singgah sebentar di bandar Fort William. Banyak kedai yang sudah nak tutup. Malam itu salji turun dgn lebat dan kegusaran aku untuk memandu pulang dalam gelap pun mula lah menjelma. Bila masuk kembali jalan A82, aku lihat sungguh putih di jalanraya dipenuhi dengan salji sehingga tak boleh nak bezakan garisan tengah. Lagi lah aku cuak. Di depan aku pulak memang langsung tak ada kereta. Kami betul betul bersendirian di dalam gelap yang tak nampak apa bila ketiadaan lampu jalan. Jadinya aku terpaksa pandu amat perlahan dan jalan yang bengkang bengkok itu menyukarkan kereta belakang untuk memotong. Bila aku nampak sudah banyak kereta yang mengekor di belakang, baru aku bagi signal ke kiri dan biarkan mereka memotong. Pun begitu kami di tinggalkan lagi sendirian, kerana kereta yang memotong tadi memandu dgn laju, mungkin sudah biasa. Namun memandu selepas itu menjadi sedikit senang memandangkan jalan raya sudah pun berbekas dengan kesan tayar kereta-kereta tadi. Kalau sesiapa ingin memandu di waktu malam dalam keadaan bersalji di kawasan ini, aku nasihatkan make sure kereta dalam keadaan elok. Kalau berkonvoi lebih baik, sebab nya kalau jadi apa apa, nauzubillah, tak tahu lah nak mintak tolong siapa, kiri hutan dan kanan pulak tasik. Siang hari kawasan ini memang cantik dan di malam hari ia bertukar menjadi kawasan yg agak menggerunkan. Alhamdulillah, kami tiba juga ke Travelodge dan masing masing kepenatan. Kakak dan adik dah tidor sedari dlm kereta lagi terus lah sampai ke pagi... dan esok masih ada.
.
Mana mau pigi???

.

***** *** *****
.
.