Tuesday 10 February 2009

Salji Situ Sana Sini

BALIK dari Scotland selang beberapa hari London pula di landa salji. Agaknya Salji kat Scotland tu rindu kan kami kot? Tu dia ngikut pulang, hahahaaa... Bangun bangun tidor pd suatu pagi tu aku tengok kat luar dah putih saja. Malasnya rasa nak bangun. So terbungkang balik atas katil. Kata mummy dari malam semalam lagi salji dah turun tapi masa tu daddy dah lena di ulit intan. Malah petang sebelumnya masa mummy pi ke Picaddilly Circus pun dah turun. Adush... kalau suasana bersalji dan sejuk begini, rasa nak dok bawah gebar saja. Malas... memang malas tahap maksima nak keluar. Tapi kakak pulak yang excited, I want to play sledge, daddy katanya... huhuhuu... daddy maaaaalas daaaaa.... terus daddy baring semula, buat2 tak dengar.
.

Pemandangan dari tingkap bilik... pagi yg sepi....

Beskal...
.
Tapi kakak was quite persistent yang dia nak juga main salji. Adik pulak asyik mengajuk ja apa kakak cakap. Kakak jerit snowwww, dia jerit snowwww. Kakak jerit lets go out, dia jerit out! out! Pastu tetiba dia cakap: go away! aik??? kompiusssss! So untuk memenuhi hati dua beradik ni, aku suggest jom keluar ikut tingkap & naik ke bumbung rumah saja. So semua... tak payah tukar baju, tak payah mandi dulu, kita sarung saja winter jacket dan pi kat bumbung yg dah putih gebu dengan salji tu, oke? Mummy pulak yg tak sanggup nak melangkah bendul untuk keluar, so dari tingkap tu terpaksalah mummy jadi photographer kami... yeeehaaaa...
.

Daddy, wake up! its snowing outside... adik excited!
Bumbung rumah yang kosong dan lengang... sampai lutut adik saljinya.
.
Baru teringat yang semasa di Scotland hari tu tak sempat nak buat snow man. So inilah dia peluangnya tambah pulak atas bumbung tu cuma kami 3 beranak saja. Suasana sunyi sepi. Jalan raya pun lengang. Mana tak nya, belum pukul 8 pagi pun! Bahananya salji begini ialah bila public transport tak jalan. Sekolah di tutup. Office pun banyak yg tutup. Semua pakat amik emergency leave walau pun ada sesetengah tu boleh jalan kaki je pi opis.
.

Mula mula syok baling2 snow, tetiba adik baling straight kat muka kakak, terus kakak jerit!
Daddy tolong kakak buat badan snowman...
.
Nampaknya London memang tak prepare untuk menghadapi snow storm yg diorang kata paling teruk dalam masa 18 tahun. Maknanya 19 thn dulu ada salji yang lebih lebat dari ini lah kan? ahak... Mana tak nya, dalam paper pun tulis diorang tak cukup stok garam untuk ditabur di jalan raya. Kalau salji tak cair, jangan lah berani nak pandu. Tak pasal pasal tergelincir dan kes kes seumpamanya memang kerap berlaku dalam keadaan begini. Ada yang terperangkap selama 6 jam sebelum dapat bantuan. Tayar macam masuk dalam selut, berpusing tapi tak boleh bergerak ke depan, haru! Salji ni bagi kita yang tak biasa tengok nampak macam bess ja, tapi hati hati, kerana excited bermain salji juga lah ada budak pompuan umur 16 tahun mati sebab main sledge. 3 lagi rakan dia masuk hospital. Eksiden kerana sledge yg diorang naik tu meluncur laju sebelum melanggar barbed wire yg dijadikan pagar menghadang kawasan sungai! Dah tu sledge diorang tu di buat dari bumbung kereta, creative tak anak2 mat salleh ni??? Creative carik nahas! So dalam bergembira, kita kena juga beringat. Malang tidak berbau...
.
Adik, bring more snow please...
Oke, is it done now?

No, adik. Not yet. Put more... put more... oke!
.
Kakak dan adik bersungguh2 buat snowman aku tengok. Tak senang nak buat snow man ni tau. Di kepuk2 berkecai. Di tepek2 hancur. Camna nak buatnya ntah... so dengan keazaman kami 3 beranak akhirnya jadi jugak lah snowman yang tak sepertinya itu. Tapi yang kelakarnya bila dah siap, kakak kata: Look daddy, its like Donald Duck! hahahaaa.... ya lah... memang kita buat snow duck pun tadi kan? kan? kan? hahahaaa....
.
Bravo! We did it! Its brilliant, kakak & adik! Congratulations...

Yessss... I think this is the cutest snowduck that i've ever seen! Serious....!
.
Memang kami tak plan nak ke mana2. Malas sungguh rasanya dalam keadaan yg sejuk ini. Letih balik dari Scotland pun tak hilang lagi sebenarnya. Namun tak berapa lama kemudian Mozak talipon, katanya dia dah ada kat taman di bawah rumah kami ni. So dah ada kawan barulah ada semangat sikit. Kebetulan pulak kakak dan adik pun dah mandi dah masa ni... So elok sangatlah timing nya dan kami pun joinlah Mozak & family di taman itu.
.

Adik ngan Farah...

Bessnya berbaring atas salji... kalau di biar, mau lena terus ni, huhuhuuu...
Ini taman larangan, time salji guard tak datang kerja, so kita kerja kan lah taman dia!!! hahahaa...
.
Ramai jugak lah orang kat taman situ. Pastu ada satu mamat ni buat snow ball yg besar. Ropanya nak buat snowman ni salji tu kena golek2 camtu. Kalau orang manjoi ada mesti terrer ni, teknik dia sama ja macam kita gulung selut time banjir di rumah mak tu... ahak. So aku pun pegi lah menyibuk menolong mamat tu roll kan snow ball yang dah besar sangat tu tapi sebenarnya aku bukan nak sangat tolong dia pun, aku cuma nak bergambar ja... hahahahaaaa....
.
Tu dia... lets roll it together!!! yah, yah... daddy letak jari telunjuk ja!
Wah! Cantiknya gambar ni... ahak! Bukan puji diri sendiri ya, tapi memuji betapa sharp-nya kamera DSLR En. Mozak, thanks for the picture, bro!

Adoi! Kurus la daddy kalau hari hari cenggini...
.
Setelah berapa lama snowball tu di golek2, maka seketui snowball yg besar tu pun siap lah. Betapa gigihnya bebudak dan mak bapak budak membantu mamat yg satu tadik. Diorang golek2 pulak seketui lagi pastu angkat letak atas the giant snowball tadik. Maka tertegaklah pulak snow man yang bagak! Di taman ni orangnya boleh di bilang, tapi kalau pi Hyde Park tentu lebih meriah dan pasti akan terjumpalah insan2 berkulit sawo matang di situ... ahak.
.

Org Perak di kota London yg blurrr dengan politik di tanah ayo. Bawok2 le bertenang kome oiii!

Snowman: Kerana kalian... aku di sini...
Mummy posing sedang yg lain bertungkus lumus cari ranting nak buat tangan snowman!...
.
Tadi awal malas beno nak keluar, bila dah keluar best pulak rasanya, tapi tak larat lah nak berlama lama di situ sebab adik dah mengamok sejuk. Kakak pulak tak begitu sporting, mood hilang ntah napa ntah... Snow kali ni memang lebat turun tak berenti. Masa kami nak pi Asda beli barang rumah time petangnya pun masih turun lagi. Kamera pulak kebetulan ada, so kita snap snap gambar lagi...
.

Dari lampu padam hingga menyala, kota London masih putih bersalji...

Posing lagi... jangan malu...

Ayo, berposing sampai ke malam ka??? Tak kasi can... ahak.
.
Akhir sekali, yang jauh tak pernah dilupa. Bila ada sedikit kegembiraan kami di sini, yg jauh di mata sentiasa di ingati. Malahan untuk semua pembaca budiman blog ini, mummy telah menyediakan sesuatu yang sungguh istimewa, pastinya yang lazat berkrim di sukai ramai. Slurrrrpppp, terliuq! Malah ia nya amat lah ja-ghang ja-ghang, apatah lagi kad-dang kad-dang saja boleh dijumpa di sini, maka tanpa membuang masa dan berlengah lagi... (drum roll please)... brrrrrr... terima lah...
.

SNOW.B.C !!! Hirup la sikit sorang ya... share-share!

Mmm... what is this mummy? Ais kacang??? I like it!

Wow... Snow.B.C yang paling colourful sekali di dunia ini... yummy!!!.
.
Hahahaaa.... Oke ya, selamat menjamu selera... habis kan tau, slurrrrrp!
.
Bye byeeee....... bebeh!

.
.
***** *** *****
.
.