Friday 6 February 2009

Scotland 2009: St Andrews & Beamish Museum

HARI ini kami check-out Travelodge agak lambat. Rileks rileks sahaja. Hati berbelah bahagi samada mahu main salji lagi atau terus sahaja ke tempat lain. Maklum lah sepanjang jalan masih putih dan snow turun agak lebat juga. Tapi pikir punya pikir, cukup lah tu, so kami amik keputusan untuk turun dari Highland dan terus menuju ke St Andrews.
.

Bess kalau hari hari breakfast on bed kan? ahakkk....
.
Pemandangan kiri kanan jalan sangat cantik walaupun terlalu samar untuk merenung jauh ke depan. Apa tah lagi melihat rumah rumah yang putih atap nya dengan kawasan padangnya yg turut putih bersih. Kesian pulak tengok kambing biri biri yang cuba meragut rumput yang telah di selaputi salji. Ngilu la gigi-gigi kambing bebiri ni semuanya pada hari itu nampak nya... hahahaaa...
.

Geram tengok salji yg memutih...

Walau sejuk singgah juga untuk bergambar lagi...

Putih & bersih...
.
St. Andrews ni pada siapa yang minat dengan Golf mesti mau pi. Kami tak singgah pun kat Golf course itu walaupun jaraknya cuma lagi beberapa miles saja dari bandar dia. Lagi pun aku ni bukanlah kaki golf walau pernah cuba turun padang, ntah mengapa minat tu tak datang2. Mungkin sebab bermain golf ini payah nak berpeluh menyebabkan aku tak berapa mesra dengan permainan elit ini. Rasa cam lemah je, pukul jalan pukul jalan... uhuk-uhuk. Tapi pada yg dah dapat kenikmatan main golf ni, pagi ke, tengah malam ke, jadik! Aku kureng lah apatah lagi setelah jumpa geng badminton, lagi lah mendorong aku utk sandarkan terus set golf second hand itu ke dinding stor! Tengoklah, kot nanti umur dan semakin tua, kudrat nak melompat dan menghayun raket badminton dah tak seberapa, baru lah agaknya datang minat kat golf ni... mana la tau kan? hahaha...
.

Bandar St Andrews yang tak sebesar mana...

Ingatkan bangunan apa, roper-nya Madras College daaa... camna buleh sesat sini ni???
.
Kami lunch di sebuah restoran Itali di sini. Kakak dan adik seronok sebab kat restoran tu dia bagi crayon dan juga buku mewarna. So dua beradik ni terus indulge themselves on the books and lost their apetite on food! huhuhuu... Soup dia dalam bowl yg special menyebabkan rasa kekok nak makan, hahahaaa... tak reti rasanya tapi kekok2 pun habis juga! Salmon steak dia sedap dicicah dengan kuah crayfish, cuma spagetti dia ni... apa ke he nya manis pula? kata mummy. Eh, betoi ke ni restoran Itali ni? ahak. Selesai soroo kami trus pi melawat St Andrews castle yang dah roboh dan tinggal sebahagian dinding nya sahaja, sama lah macam Urquhart Castle semalam. Cuma kali ini kami tidak masuk ke dalam sebab masa pun tak mengizinkan. Best juga pemandangan di sini sebab dia mengadap laut. Angin dingin bertiup manja mengusap2 pipi ku ini, cheeewah...
.

Adik beria ia nak bejalan, kakak pulak dok dlm stroller...

Teruk jugak musnahnya St Andrews Castle ni... yang tinggal hanya yg ciput itu saja...

Boleh turun sampai ke pantai...
.
Castle ni dah wujud sejak tahun 1189 lagi dan ianya mengadap kawasan pantai yg di panggil Castle Sand. Dulu ia asyik bertukar tangan antara Scot and English dan kebanyakan masanya bila English memerintah castle ini menjadi kubu mereka. Sehinggalah pada tahun 1336 bila Scot kembali berkuasa mereka telah memusnahkan nya dengan anggapan jika English sekali lagi dapat menawan, Castle ini tidak lagi dapat dijadikan kubu mereka.
.

Belakang tu lah Castle Sand... tengok jauh cantik, tengok dekat kotor daaaa...
Ni sebahagian dari Catedral yg musnah tahun 1378. Ia mendapat perhatian kerana seni arkitektur-nya yang mengagumkan pada era berkenaan.
.
Malamnya kami menerima undangan makan malam di rumah Faizi dan sebelum tu sempat juga lah jenguk2 bandar Edinburgh. Time ni dah lewat dah pun, tak kisah lah sebab dulu dah penah mai sini, yg bezanya dulu adik tak dak lagi... Ingat nak juga bergambar sekali lagi memakai pakaian tradisional Scotland satu family tapi nampaknya kedai pun dah tutup. Tak payah lah, tup tup dari jauh terdengar bunyi orang main bag pipe. Bagilah kat dia seposen dua dan kemudian daddy ngan adik pun berdirilah sebelah dia utk bergambar.
.

Mamat ni pakai kilt dari kain Tartan pastinya... bak kata DBI: Tak kecut ke bang??? ahak...
.
Terima kasih lah kepada Faizi & Ijan serta family yg telah menjamu kami makan malam yg sungguh bess sekali. Mummy kata kalau balik mesia buleh bukak restoran. Tak sangka aku yg masak nasik tu si Faizi ni, two thumbs up la... aku kalu, beli kat kedai sahaja lah jawabnya, hahahaaa... Tapi memang banyak chef2 yg terkemuka semua nya lelaki kan? ahak, jangan jeles ya kaum ibu semua...
.

Dah kenyang, bergambar kenangan bersama Faizi & family...
.
Erk - alhamdulillah, kami berborak panjang, pelbagai topik di selang seli dengan gelak tawa. Anak anak pula surprisingly cepat mesra. 1st time tengok kakak terkekek2 di rumah orang dan berlari2 berkejar2an sampai terpaksa di tegah dan di tegur! Adik macam biasa cepat adapt. Dah tu terus lah kami ke rumah Anis & Jepp untuk bermalam di sana. Serba salah pula sebab Anis "kurang sihat" nampak gaya nya. Kami ucapkan tahniah dgn berita baik tersebut & semoga semua perkara akan dimudahkan hendaknya. Amin. Esoknya kami bertolak untuk pulang ke London. Jepp & Anis pulak bagi saranan untuk singgah di Beamish Village (atau Museum) memandangkan ianya memang on the way pon. Sebelum bertolak tu siap di bekal kan pulak lagi... terima kasih bebyk sangat.
.
Ikhwan bersiap untuk ke sekolah... Nanti ajak mak ayah dtg rumah Nabila & Haziq pula... oke?
Pemandangan indah di tepi pantai kawasan picnic bandar Fife masa on da way ke Bandar St Andrews.
.
Kami menyusur kawasan pantai untuk sampai ke Beamish Museum ni. Ianya terletak di Durham dan nak sampai situ kena masuk laluan kecik yang aku ingat dah sesat dah. Perjalanan dari Edinburgh nak ke situ memakan masa hampir 3 jam juga. Tak sangka pula dalam kawasan yang terceruk tu ada sebuah bandar yg di jadikan museum untuk kunjungan orang ramai.
.

Adik happy ja lepas dah terperuk selama 3 jam dlm keta...

Time kami pi bandar dia agak lengang sebab time org bekerja...

Kakak bersama poster2 & advert tahun 1913...
.
Beamish museum ni mula di buka pada tahun 1985 dan ianya dibina dalam kawasan sebesar 300 ekar! Luas giler. Banyak bangunan di sini dibina semula dengan menggunakan seni bina Victorian pada tahun 1913. Sebab nak mengekalkan ciri ciri tahun 1913, sebab tu la dalam ni kalau kita nak pi memana kita akan naik tram yang usang dan bas double decker macam zaman dulu dulu. Menariknya orang ramai yang dok kat sini berpakaian dan hidup macam tahun 1913. Ada sekolah, ada klinik gigi, ada bank, kedai repair tayar beskal, nak sewa kereta kuda punya carriage pun ada. Orang yg cat dan pebetoi rumah pun pakai ala ala tahun 1900 punya style. Macam manalah diorang ni boleh hari hari dok pakai baju dan hidup cara lama ni sedangkan kat luar sana orang bangsa dia sendiri dah moden sungguh. Tapi apa nak heran, ini semua dah jadi part of their job la kan... sah sah di bayar punya.
.

Bess la kotak coklat style org dedolu tu... tapi coklat dia rasanya sama ja yg cam skrg ni...
Makcik yg juai candy ni dah macam nenek Little Red Riding Hood aku tengok, hahahaaa....
.
Kami masuk kedai cokelat dan ada demonstrasi buat gula gula. Pastu ada kedai jual kain dan buat baju. Kelakarnya aku tengok pakaian diorang. Makcik situ explain la yang org dedulu pakaian diorang kebanyakan seakan kalis air. Berkanji lah senang cakap. Katanya sebab dulu2 diorang basuh baju seminggu sekali ja, huhuhuuu... dah tu yg bessnya tengok money transaction dia bila ada jual beli. Makcik tu akan letak duit dan resit dalam sebiji bola kemudian bola itu di letak dlm sebuah gelung dan ada tali yg bila di tarik akan membawa bola itu naik ke atas syiling. Dari syiling ini pula bola itu akan roll-on-a-rail terus masuk dan jatuh dalam bilik cashier. Bila cashier dah siap bagi change dia akan hantar semula bola itu ke syiling dan bola tu roll lagi & akan jatuh semula pada makcik yg jual tadi tu. Kakak syok tengok proses ni sampai dia pulak yang cakap: One more time! One more time! hahaaa...
.
Ini la kedainya. Pekerja yg pakai kot coklat tu dah macam hantu dlm cerita sixth sense la pulak, yg gantung diri tu, huhuhuuu...
.
Banyak artifak yang menarik yang masih di simpan di sini. Sebahagiannya adalah replica yang di buat semula bagi menghidupkan suasana tahun 1913. Kenapa ya dia pilih tahun 1913 ni? Katanya tahun ini adalah kemuncak kepada zaman perindustrian di North East England ini. Tu la pasal... Masuk satu kedai tu dia tunjuk baby high chair yg menarik. La ni high chair yg semacam tu tak di jual dah. Specialnya high chair ni dia boleh bertukar jadi tandas baby dan kemudian boleh juga di lipat2 jadi kuda mainan yang macam rocking chair tu. So bila dia lipat2 tu, kami dan satu lagi family yang menengok tu mula kagum dan bersuara serentak: OOoooohhh... Waaaaaaahhhhhh... lawak lah pulak!
.
This ball & boots are genuinely from 1913 and was once belong to Sunderland football club!

Do you serve Kopi cap Kapal Api? ... Ha, tercengang trus makcik tu!
.
Tempat ni boleh lah kami rekomen pada yg nak datang. Tapi dtg lah time summer, biar bayar lebih sikit tapi puas hati dan boleh jadikan one day family outing. Beamish Museum ini adalah open air museum terbesar di North East England ni. Dah puas berlama di sini, sesudah hirup kopi dan sup of the day, kami pun bergerak pulang terus ke London.
.

Naik semula tram untuk pulang, tram di bina pada tahun 1900.

Terbalik kot, pakcik ni pulak yg mengajak kami bergambar ngan dia... layan je lah.
.
Alhamdulillah, walaupun di awal trip mendapat sedikit kedukaan, di akhirnya kami merasakan kepuasan dan ke-ber-baloi-an (ada ke pekataan ni ntah?) untuk trip yg ini. Last sekali kami nak merakam kan lagi ucapan terima kasih kepada Jepp & family juga Faizi & family yang memudah dan menceriakan lagi trip kami ini. Bye bye Scotland, ntah bila dapat ketemu lagi...
.
Chiow!
*Ambik kau! Panjang2 giler entry Scotland ni, migrain aku!
.
.
***** *** *****
.
.