Saturday 14 February 2009

Xscape

LANGIT London pada hujung minggu lepas sungguh cerah. Salji pun dan cair semuanya. Matahari memancar ke kulit dan terasa agak pedih walaupun suhu pada hari itu stakat 4 degree sahaja. Memang begitu lah keadaannya, bila dah selalu bersejuk sesekali bila suhu naik hatta cuma 2-3 degree sekali pun dah terasa panas nya. So bila dan cerah begini kami mula bercadang untuk mencari ruang berjalan. Luar sedikit sahaja dari kota London ni ada sebuah komplex yang menyediakan outdoor aktiviti didalam sebuah ruang berbumbung dipanggil Xscape. So ke situ lah kami pada hujung minggu yg lalu. Tapi... baru keluar sikit sahaja dari London, baru sampai di junction 2 M1, keadaan sudah putih saja. Snow rupanya masih belum mencair lagi di luar London ini...
.
Kalau summer warnanya kuning penuh dengan rapeseed flower, time winter bertukar putih bersih...
.
So bila dah ada snow ni, walau pun sejuk tetap tak jemu untuk bergambar. Maka berhentilah kami lagi di tepi jalan. Sebab sekadar nak bergambar saja, malas betul nak menyarung jaket. Kakak tido time ni, so bawak adik ja keluar, tapi baru beberapa minit aja, adik dah mengamok... coldd... colddd... katanya merengek!
.

Adik, masih bersalji lagi lah...

Di tempat lain, tepi jalan menuju ke Xscape...
.
Xscape ni ada menyediakan ruang untuk main ski, rock climbing, cinema, bowling dan ada jugak beberapa kedai juai baju yg kebanyakannya sport brands lah. Restoran, cafe pun ada begitu juga dengan satu ruang dia panggil city limits yang merupakan game arked. Bila sampai sahaja teruslah kami ke tempat orang main ski dulu. Tak main pun, just dok lepak lepak tengok org main ski dan sledge.
.

Melepak di cafe sambil menengok org main ski...

Adik dengan bob the builder dan kakak dengan twinnies...
.
Kami ingat dengan snow yg masih tebal di luar, takde lah orang nak main in door ski ni, ropenya ramai siot. So sesapa yg nak try main ski boleh la cuba cuba di sini dulu sebelum pi naik gunung meluncur macam profesional. Bebudak pun aku tengok terrer je main ski. Kalau main kat sini kena lah pakai safety helmet dan sebagainya dan ianya boleh saja di sewa di sini. Oke jugak lah tempat ni walau tak besar mana. Dah puas tengok org main ski dan dah snap picture sekeping dua kami pun blah lah dari situ sebab kakak sibuk nak aiskrim sejuk2 ni.
.
Kakak habis hati dapat asikrim!

Di kawasan City Limit ni dia buat cam malam. Siap ada bintang2 lagi... terus adik ngan kakak nyanyi lagu twinkle2 little star!
.
Tapi kami sebenarnya lebih thrill dengan snow yg ada kat luar tu. Kalau pegi Xscape ni kita kenalah masuk main, kalau stakat dok menengok saja takde lah terujanya. Lagi pulak takde apa yang nak dibeli di kawasan ini. Nak masuk kedai2 pun macam malas walaupun ada di tulis sales, rebajas, soldes di sana sini. Jadinya tgh orang ramai lepak kat dalam kami sekeluarga pulak amik keputusan untuk keluar menikmati snow yang turun rintik2. Tapi bab salji ni aku dah tak tahu nak tulis apa, so kita tengok gambo2 saja lah ya... ahak:)
.

Entance Xscape...

Betoi2 luar bangunan Xscape... letak tripod atas stroller, nasib tak jatuh macam kat BirdWorld ari tu...

Bergumbira di luar Xscape di Milton Keynes...
Kakak dan adik bergambar solo di tempat yg sama...

Susah betoi nak tangkap gambar dua beradik ni.. salah sorang mesti tak mau dok diam.


Mummy dan adik sedia nak main snow ball...

Tak sempat baling, tetiba adik fall!!!

Pastu jerit tak bleh nak bangkit, hahahaaa... apa la adik!

Kakak dah siap gumpal snow ball... nak baling sapa ni???

Uik, baling mummy rupanya... lariiiiii! ... tapi mummy tak kasi can, balas balik, hahahaaa...

Balingan terakhir... adik dah buat hal sendiri dah time ni.

Cukup lah ya, jom kita balik....

Adik macho ja panjat panggar sendiri...

Kakak kena di tolong...

Sekali sekala, kasi can la daddy pose solo... ahak!

Alamak, kakak tak kasi can lah, tetap nak enterframe! hahahaaa...

Oke, till then and take care. Senyum2 selalu biar lambat tua!
Ahak!
.
***** *** *****
.
.