Thursday 19 February 2009

Kakak Masuk Sekolah

BEBERAPA hari lalu kami dah mula menghantar kakak ke sekolah atau lebih tepat lagi nursery. Bila kakak dah masuk sekolah, secara otomatik ingatan aku akan kembali kepada seorang budak yang cukup liat nak ke tadika. Wajahnya cukup aku ingat. Kalau maknya tak masuk kelas dia tak masuk juga. Kalau maknya tak duduk di sebelah dia pun tak mahu duduk juga. Sebab emaknya yakin pelajaran itu penting untuk masa depan anaknya maka emaknya akur. Duduk di situ, didalam kelas betul betul belakang sikit dari kerusi budak itu bagi memastikan anaknya mendapat ilmu. Begitulah emaknya menunggu berhari hari sehingga setahun lamanya... oooh, i love you mom!
.

Ni mesti kakak yg tangkap gambar adik ni....
.
Bila teringatkan itu aku pun agak gusar juga dengan apa yang akan kakak alami bila di masukkan dalam nursery. Mahukan dia? Maklumlah, kakak begitu attach dengan kami. Kerana aku harus bekerja, Mummy lah yg menghantar kakak bersama adik pada hari pertama. Risau kerana kebanyakkan masanya kakak agak reserve/shy. Adakalanya aku kesian bila tengok kakak yang kekok untuk bercampur atau bermain dengan budak2 lain. Kalau pergi rumah orang atau org datang rumah kami, dia akan duduk sahaja kat riba aku sedang adik bebas berlari dan bermain dengan budak lain. Ada masanya, dengan air mata yang ditahan bertakung dikelopak mata dan dgn suara yang seakan menahan sebak kakak akan mula memanggil: adiiikkk... adikkkk.... seolah olah dia rasa kehilangan. Macam dia rasa adiknya meminggirkan dia. Sesekali bila orang semua dah tak ada, kakak pula mengadu: Daddy, kakak feel sad... Why? why are u sad? tanya aku. I am sad because i got no friend, katanya. Alahai kakak...
.

Saya pun nak pegi sekolah juga... boleh laaa... boleh laa....
.
So bagi meningkatkan self esteem kakak kami mengambil keputusan untuk memasukkan kakak dalam nursery walaupun sebenarnya mummy boleh saja menjaga 2 beradik ini di rumah sepanjang masa. Nursery di sini cuma 3 kali seminggu dan 3 jam setiap sessi. Bagaimana kakak di nursery? Untuk 3 hari yang pertama cikgu benarkan mummy menunggu di situ. Kata mummy kakak boleh sahaja pergi bermain dengan budak yang lain walaupun ada masa masanya dia akan mendapatkan mummy memerap sekejap. Bila dah oke, dia akan pergi bermain semula. Adik pula yang menurut mummy terlebih enjoy. Sampai cikgu di situ syorkan agar kami menghantar adik sekali. Ongkosnya mana sik??? Tak apa lah, adik nanti dulu ya. Buat masa ni adik temankan lah mummy time kakak ke sekolah ya? So petangnya bila aku balik, terus la aku interview kakak.
.
: Did you go to school today?
:Yes
: Do you like it?
:Yeaaaaees!!!
: What did you play?
: I dont know...
: How come you dont know?
: I played many things! *sambil describe mainan yg aku pun tak paham apa dia.
: So how many friends do you have at school?
: Many.
: and what are their names?
: I dont know.
.

Tengah buat apa tatau...
Bermain bersama rakan sebaya...
.
Walaupun jawapannya pendek2 sahaja tapi dari riak wajahnya dia nampak excited. Kata mummy bila sampai sekolah ja terus dia jerit: Mummy, I like it!!! Pastu ada satu masa tu time cikgu tanya: do you want milk or water?, kakak dengan suara yg kuat menjawab: I want milk! Bravo. Bagus kakak! Tapi ada suatu hari tu dia menangis di sekolah. Kes bergaduh rebut mainan lah agaknya ni. Pastu bila balik kakak mengadu.
.

Yang ni bilik darjah lah kot....
.
: Daddy that boy pushed kakak. Then kakak cry.
: Really? Next time you should tell him ~ please dont push me. I dont like it. Okey?
: Okey, kakak will say - dont push me. I dont like it.
: If he keeps on pushing then you should tell your teacher okey?
: Okey.
: But if he pushes you so hard, then you should just push him back!
.
Tu dia, ngajar anak kasar! huhuhuuu... aku terlepas cakap daaaaa... Tapi fikir2 balik kadang kadang kena juga bagi tahu anak yg diorang should defend themselve. Risau pula kalau too mellow tak pasal pasal jadi mangsa buli. Sebenarnya aku ni risau saja bila mengenangkan kakak di sekolah. Rasa macam too protective la pulak. Tapi aku yakin kakak akan oke di nursery itu. Lagi pulak syarat bukak nursery kat sini 1 cikgu hanya boleh attend 5-6 budak sahaja. Nursery yg ini ada 6 cikgu semuanya. Harapnya budak budak pun sentiasa lah dalam pengawasan.
.

Kakak majuk lepas nangis. Tamau join bebudak lain sambut birthday Yusof.

Bila dah oke, baru kakak join... haaa cam tu la, kan dapat makan kek!
.
Aku perhatikan budak budak di sini cukup suka pergi sekolah. Kalau cuti sekolah saja mula lah mereka bertanya bila sekolah nak buka semula, siap ada yang cakap dah rindu dengan teacher. School holiday boring katanya! Lagi satu aku perhatikan bebudak sini pergi sekolah beg nya kempis giler. Macam tak bawak apa apa. Primary school dia lebih banyak menekankan tentang self esteem, sebab tu la anak mat salleh kita tengok cukup extrovert sekali, kelihatan berani, senang participate dalam aktiviti, banyak bertanya dan ingin tahu. Pun begitu tak semuanya elok tentang system pelajaran di sini. Adakalanya mereka terlebih2 sehingga bila dewasa menjadi kurang ajar. Namun kita ada kelebihan sebab kita boleh menerapkan sempadan agama dan juga nilai2 murni masyarakat timur.
.
Adik yg dah manjat meja pulak dah la ni...
.
Semalam dan hari ini kakak dah boleh tinggal sendiri di nursery. Bila tanya bab sekolah dia nampak begitu suka... dah ada kawan gamaknya. Syabas kakak! Sebenarnya masih terlalu awal untuk melihat progress kakak. Tapi seperti ibu bapa yang lain kami mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anak anak. Kakak Boleh!
.
.
Insya-Allah.
.
.
***** *** *****
.