Saturday 10 January 2009

Di Ambang & Di Awal 2009

Assalamualaikum semua, ada azam baru ka tahun ni?

ORANG lain dah lama buat entry tahun baru... aku pulak baru terhegeh2 nak buat. Apa nak buat, tak semena2 lepas balik ari tu ter-bz lah pulak. Kat sini, time sejuk2 ni time ni lah mat salleh nak ber-fun fair. Nak jadi glamer sikit dia tak panggey la fun fair, dia panggey Winter Wonderland. Aku tengok orang takde lah ramai mana. Tapi sebab kami datang mencemar duli terus fun fair tu jadi meriah! Wah... hebat, hebat... hahahaa...
.
Ambik ja semua hadiah tu... free ja...
Posing ngan snowman pulak...
.
Dari jauh lagi kakak dah menjerit excited nak naik boyan pusing. Memula dia nak naik carousel, tapi bila dia tengok benda tu pusing laju, terus tak mo naik. Too fast katanya. Adik awal2 lagi dah lena. Syok la dia sejuk2 camtu dok dlm stroller yang ada sleeping bag, lena sakan. Kat salah satu dr dia punya kiosk tu dia ada buat salji tiruan. Lagi lah excitednya kakak sebab selama ni dia dok tengok tv ja. Salji yg tahun2 sebelum ni aku rasa dia tak ingat kot. Tapi bila tunjuk gambar dia yg menangis dlm salji tahun dulu, dia macam try to remember. Aku rasa dia tau itu dia tapi dia tak ingat moment tu.


Salah satu kedai yg cantik decoration nya...

Syok jugak melangut kat sini sambil disirami snow buatan...
.
Boyan pusing dia agak besar jugak lah. Rega pun separuh dr London Eye, kira oke la kan? Pusing 3 kali, kakak excited tengok luar, adik tak mo dok diam. Mummy ala ala seram pulak, buat buat ya? hahahaa...
.
Kakak berposing depan Big Wheel...

Dalam Big Wheel yg letaknya di penghujung Winter Wonderland...

Lepas dah naik buai pusing tu adik dok balik dlm stroller dia. Kakak dan daddy naik Deer ride. Hari yg lain nya kami datang lagi. Satu kali tu bukan nak ke mari pun, asalnya nak bawak kakak ke Hyde Park untuk dia try scooter dia tu. Tup Tup terus ke mari lagi... naik lagi Deer ride tu sampai 2 kali... kali ni naik satu family. Kakak dgn daddy, adik ngan mummy... yeehaaaa...
.
Eeewah... daddy pulak yg excited lebih. sorry ya... hahahhaaaa...
Babai adikkkk... Adik diam je naik benda ni.
.
Masa Krismas ari tu, London ni sungguh lah sunyi dengan kedai2 yang kebanyakannya tak bukak. Semua public transport pun tak beroperasi. Menapak la kalau tak reti2 nak duduk rumah! hahahaa... Bila time org dah lengang, kami pi lah ke Oxford Street tangkap2 gambar. Pastu singgah kat Marble Arch. Marble Arch memang dah jadi landmark London especially kalau nak ke Oxford Street. Tapi tau kah kisah Marble Arch ni? Bagi yg dok London ni biasa lah take for granted sebab dah selalu sangat tengok. Marble Arch ini dulunya adalah pintu utama Bungkingham Palace. Ianya di buat dengan mengambil ilham dari Arch du Corrousel kat Paris dan satu lagi Arch of Constantine kat Rome. Tapi pembinaan dia tak sempurna sebab ukiran dia tu separa siap saja.
.

Time ni sejuk jugak London ni walaupun tadak snow....

Kakak & Adik syok berlari2 di kawasan lapang Marble Arch.
.
Kemudiannya bila dah ada banyak tambahan pd istana Buckingham, diorang pun rasa dah tak ada tmpt sesuai untuk Arch ini, so pada 1851 ia diangkat dah dipindah kan ke sini. Camna diorang angkat Arch yg gedabak ni tak tahu lah pulak aku!? Tak yah fikir lah, buat pening pala ja, hahahaa... Masa dulu jalan raya belakang Marble Arch ni takde dan Marble Arch ni menjadi pintu masuk utama ke Hyde Park dari sudut speakers corner. Kemudiannya ada 2 kali diorang buat layout jalan raya yg baru yg "memakan" kawasan Hyde Park. Pertama kali pada tahun 1908 dan keduanya pada 1961. Di sebabkan itu lah kawasan Marble Arch terpisah dari Hyde Park dan menjadi seakan sebuah pulau sampai lah skrg. Time kami pi tu banyak pulak burung merpati kat sini, apa lagi, bekejaranlah kakak dan adik kat situ.


Sempat juga pi jenguk Tower Bridge pada hari yg lain...

Aik, Mummy, renung jauh nampak...
.
Sehari selepas krismas tu, kat sini dia panggil boxing day. Semua barang jual murah murah. Betoi ka murah? Kami tak pi pun, sebab tak larat nak bersesak dengan orang ramai. Lagi pun la ni kan ke credit crunch, so baik lah berjimat jimat sikit. Tapi aku tengok org yang membeli tak macam kredit crunch pon? Pulun sakan, kiri kanan penuh borong ni. Aku pun nampak banyak betoi org malaysia kita datang berchoti ke sini yg sebahagiannya semata-mana nak shopping.
.
Kakak di Designer Outlet di Swindon... time kami pi dah tinggal saki baki ja.
.
Ada satu hamba Allah tu cakap kat aku... uiiiii muuuughaaahhh! Gucci kasi 50% diskaun... muuuughahhhhhh!!! Excited sekali dia cerita sampai terjuih2 bibir masa dia sebut perkataan mughah tu, hahahaa... satu hari tu aku pi la sendiri, lepas 50% pun yg muuuuuughhaaahhh yg hamba Allah cakap tu tak kurang dari £300 reganya! Amboi, mughah nya! tertelan air liur aku, uhuk uhuk... Dah la masa nak tanya rega pun ala ala takut takut, terpaksa la aku berlagak macam org kaya yg kayap. Tu la bezanya orang berduit ngan rakyat marhaen macam kami ni. Apa pun Alhamdulillah, bangga aku tengok ada bangsa aku kaya raya camtu. Aku harap org kaya-kaya cam tu selain bershopping dia juga tak lupa zakat dan membantu insan yg memerlukan terutama yang sebangsa dan seagama. Insya-Allah.


Pantang nampak playground, sejuk2 camni pun mesti 2 beradik ni nak singgah...

Kalau pi Bicester Village ada sampai 70% diskaun. Hat Gucci tadak sini... kalau ada, kami borong ngan kedai dia skali! Tu diaaaa..... tak kalah!
.
Sejak dah kawin ni setiap kali masuk tahun baru, kami akan menyambut hari jadi mummy. Seperti biasa majlis nya dibuat dengan begitu meriah dan besar-besaran. Walau pun besar besaran, kehadirannya cumalah kami anak beranak saja, hahahaa... jadilah mummy ya. Kali ni tak de surprise2, kek pun pegi beli dengan tuan punya birthday lagi. Kek tu pilihan kakak, walau pun daddy & mummy dah tahu rasanya tak berapa sedap. Jenuh lah argue-argue dengan kakak. Daddy suggest kek coklat, tapi kakak got attracted dengan flowers tu. Biar lah sekali sekala kakak decide, adik oke ja... tanya dia, dia angguk saja, yang flower pun angguk, yang coklat pun angguk, huhuhuu... Selain dari Birthday mummy, kakak kata: its also my cat's birthday. Cat mainan dia yang baru di beli hari tu, huhuhuu....


Selamat Hari Lahir Mummy... We love you forever...
.
Daddy, Kakak & Adik mendoakan semoga mummy akan menjadi isteri yg solehah dan ibu yg mithali buat keluarga kita. Semoga Allah memanjangkan usia, memurahkan rezeki dan memudahkan selalu segala urusan mummy di dunia dan akhirat. Semoga ikatan kekeluargaan kita terus kukuh dan ceria selalu. Amin. Kami sayang mummy... muaaaah!


Uik, kakak ngan adik pulak yg tiup???

Oke, tu ja lah kisah yang teringat yg dapat aku lakarkan... walaupun dah mungkin terlambat, kami ingin ucapkan juga selamat tahun baru kepada semua... Kalau ada azam tahun lepas kami harap sudah tercapai, dan kalau ada azam yg baru kami doa semoga Allah memberi kekuatan dan membukakan ruang untuk mencapai nya... insya-Allah. Senyum2 selalu...
.
.

*Kami pasti semua umat Islam sedang berduka cita dgn apa yg berlaku di Gaza. Mungkin tidak ada maknanya kedatangan tahun baru untuk mereka. Bersamalah kita berdoa semoga kesengsaraan itu berakhir dengan segera.

"Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yg melampau-lampau dlm urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencari kemenangan terhadap kaum yg kafir." ~tafsir Surah Al-Imraan: 147~

Salam...
.



***** *** *****
.