Tuesday 13 January 2009

Kakak & Adik

HARI ini dah 3 hari adik demam. Kesian adik, tidur malam pun tak lena. Bila siang pula tak selesa. Kakak begitu sporting sekali time adik tengah demam ni. Asyik beralah saja dengan adik. Bagus lah kakak ni. Peliknya time siang temperature adik tak lah begitu tinggi. Tapi sebaik masuk asar mula la badannya jadi hangat sangat. Biasa ke keadaan yang macam ni ya?


Adik asyik nak memerap...
.
Beli cool kit kat farmasi Boots dan bagi adik ubat Carpol. Harap nya dalam sehari dua ni kebah lah demam adik tu. Adik pulak bila minum susu malam malam, asyik muntah balik. Kesian adik, perut kosong. Selain tu asyik cakap: Adoiii... adoii... sambil pegang kepala dia. Pening lah tu... yang bagusnya adik memang senang nak makan ubat. Insya-Allah nanti Allah sembuhkan adik ya. Adik strong boy kan?


Strong boy main basikal dalam rumah, dah sihat dah strong boy daddy ni...
.
Kakak pula la ni dah tak mahu lagi minum susu tepung. Sekarang asyik nak Milo sahaja. Satu lagi kegemaran dia buat masa ni strawberi yogurt. Bangun pagi saja belum pun gosok gigi terus mintak yogurt. Pastu dia akan suap adik sikit sikit. Seronok tengok gelagat nya. Bila sesekali yogurt yg di suap kat adik tu spill, dengar lah kakak mengeluh, haiiiii..., hahahaa...


Kakak dengan cat kesayangan nya. Bising, selagi tak habis bateri, asyik miaow miaow tak sudah2...
.
Kat sini bila time sejuk sejuk cam ni rumah kami tak cukup panas. Nak tak nak kami terpaksa pakai portable heater dan heater ni menyebabkan udara jadi kering. Kulit kita pun macam kena panggang jadinya. Pipi kakak dah jadi banyak freckle sebab kering. Suruh dia pakai cream atau losyen cukup tak mau. Kalau kat tangan, kaki, perut, belakang, dia oke, tapi bila suh pakai kat pipi cukup payah. Berjurai2 air matanya mengamok & marah org pakaikan losyen. Pastu bila dia pegang pipi dia, mula lah dia ngadu: Daddy, kakak cheek got many dots... because its dry! tahu pulak dia dry... bila suh pakai losyen apsal tak mau? isk kakak...

Anugerah dan amanah Allah yg terindah...
.
Adik sejak balik dari Mesia ari tu dah suka betul memanjat. Panjat kerusi, panjat meja. Apa saja yg boleh kaki dia panjat dia akan panjat. Pastu dia capai dan di campak nya hiasan rumah. Kalau di tegah dan cakap tak boleh, dia angguk angguk. Berenti lah sekejap, tapi tak sampai 5 minit tup tup, sedar sedar dia dah ada atas meja. Dia capai cottage kecik2 yg mummy hiaskan atas radio dan campak ke belakang! Isk... pesyen apa pulak ni adik?? Bukan tu ja, bunga tulips yg mummy beli souvenir masa pi Amsterdam dulu pun dah mula patah! Aku jugak lah yang sambung balik guna celotape! Tapi sejak 2 menjak masa adik demam ni, kesian melihatnya. Memerap saja. Bila jalan pun terhoyong hayang, perkataan adoiii... tak lepas dari mulut. Kadang2 lawak pulak bunyinya bila dia asyik sebut adoiiii adoiii... tu.
.

Adik suka betul ambik bunga tu pastu campak ke bawah, isk...

...dan satu lagi spot kegemaran! Turun, adik!!!
.
Kakak masih lagi shy dengan orang ramai. Hari tu pegi ke Birthday Husna dia asyik terperap kat daddy. Tak mau langsung join bebudak lain. Bila bebudak nyanyi lagu birthday untuk Husna dia pulak buat lagu lain... huhuhuuu... Padahal masa time beli hadiah dan balut hadiah, dia yang excited. Dia yg celotape kan hadiah tu sampai lintang pukang bentuknya. Excited dia nak bagi hadiah kat Husna katanya. Tak pe lah... its a learning process, lama lama nanti harap kakak akan oke lah... ya kakak ya? Bila dah balik rumah dia pulak tanya aku: Daddy, why kakak cry at Husna's house? Aik... mana la daddy tahu: you tell me? Aku tanya balik. Jawabnya: because... i dont like happy birthday song! pulak, hahahaa... apa apa ja lah kakak ni.


Birthday girl yg pakai rantai merah. Kakak refused to gather around the cake, huhuhuuu...

Adik yg tak bermaya dan bermata kuyu... cian dia demam.
.
Kerenah adik dan kakak ni semakin hari semakin banyak. Kelakar dan every moment memang sungguh teruja. Ada masa2 geram rasa nak marah, ada masa2 buat kita tertawa ~ but regardless of the situation, they are always adorable (in general, i mean the children/babies). Tu lah aku cukup tak faham kalau ada kes kes buang bayi, atau kes kes penderaan. Dalam situasi yg terkini aku betul tak faham bagaimana askar dan pemimpin Zionis tak ada hati perut langsung melihat jumlah korban kanak kanak di Gaza. Kalau bukak channel Al-Jazeera tu cuba tengok slot the Inside Story... rasa nak terajang saja wartawan dan pegawai Israel yg di wawancara. Tak langsung rasa bersalah bila di tanya mengapa mereka mengebom kawasan yg mereka dah memang tahu banyak civilian especially ladies and children. Geram betul.
.
Dalam keterbatasan kita untuk membantu, jangan henti kita panjatkan doa untuk mereka. Insya-Allah kesengsaraan itu akan lenyap juga kerana Allah itu Maha memakbul dan Maha mendengar rintihan dan doa umatnya yang teraniaya. Amin.
.
Jaga diri semua... bye.
.
.
***** *** *****