Saturday 24 January 2009

Scotland 2009: Aviemore & Inverness

SEBELUM hari Raya Haji tahun lepas lagi kami dah book travelodge kat Inverness! Tiket kape trobang semua dah book, semua amik yg giler2 punya mughah dan diskaun. Bajet holiday lah katakan. Sedikit malang kerana masa nak pi tu terdapat sedikit masalah teknikal yg menggugat mood utk bercuti. Namun terbuka jalan yg lain, Alhamdulillah. Ternyata ia menguatkan lagi keyakinan kami kepada keadilan Allah, di berinya sedikit dugaan kemudian di balas pula dengan seribu kemanisan. Tu dia... falsafah! hahahaaa.... Betoi apa?
.
Sepanjang jalan dari London ke Inverness ini sungguh mendung. Gerimis seakan mengiringi kedukaan kami yang tidak di benarkan menaiki kape trobang! Kesian pulak dengar bila kakak menjerit: Aeroplane, wait for me please! Sebab kesiankan bebudak, mak budak dan juga diri sendiri, huhuhuuu, yg dah bangun seawal jam 4 pagi dan excited serta berangan nak main salji, aku amik keputusan utk drive saja walau pun aku tahu akan memandu sendirian hampir 12 jam! tapi di sebalik mendung & gerimis itu di hadiahkan pula dengan pelangi yang sungguh cantik kalernya seakan pintu gerbang melengkung dari kanan ke kiri jalan. Bah kan 2 kali pulak lagi wujud pelangi di sepanjang perjalanan kami. Subhanallah...

Teringat lagu Sudirman... engkau tiba bagaikan pelangiiiii, tak bercahya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati iniiiii....
.
Alang alang dah drive kami pun singgah di Edinburgh dahulu. Boleh jugak pinjam sledge dari Jepp & Anis. Maklum lah misi percutian kali ini adalah utk mencari salji, kot kot la ada, kalau tadak, frust menonggeng la. Dah borak lebih kurang kami teruskan perjalanan sebab la ni siang pendek, 4.30 ptg dah gelap. Bila masuk saja ke Highland area, salji pun mula turun mencurah2 ke screen kereta. Syukurrrrrr... Kedukaan tadi dan kepenatan memandu hilang serta merta dan bertukar menjadi excited yg membuak buak! E-eee syiok nyierrrr! ahahahahaaa...
.

Sempat singgah tepi jalan lagi tu...
.
Esoknya kami pun bertolaklah ke Aviemore untuk menaiki gunung Cairngorm. Sebelum tu lagi aku dah cek website ski area kat scotland ni, takde satu pun yg bukak sebab salji tak cukup tebal. Cuma Cairngorm ni saja yg tulis: expected to open. So kami pun gamble aja lah... Fuh kiri fuh kanan, bukak lah kau! Cairngorm mountain ni merupakan gunung yg ke 6 tertinggi di Scotland ni dan puncaknya melebihi 4000 kaki.
.
Gunung di sebalik tasik tu puncaknya putih diselaputi salji, tapi dalam gambar bersatu pulak dengan langit, terus tak nampak.
.
Keluar2 dari Travelodge tu lagi memang salji dah turun. Seronok tengok kakak dan adik. I'm excited daddy, kata kakak berulang2. Sebab kami bertolak pagi, ada kawasan2 jln raya yg tak di tabur garam lagi, so sungguhlah mengujakan kalau drive. Seram dan slow giler aku bawak. Maklum lah tak biasa dan takut juga salji itu mampat menyebabkan kereta tergelincir. Aku perlu berhati hati, tidak mahu kegembiraan bertukar menjadi kecelakaan...nauzubillah.
.

Dah sampai di bahagian bawah Cairngorm... sejukkkkkk!
Di luar stesen Fenicular Mountain Railway...
.
Bila sampai di Cairngorm kami terus menuju ke Fenicular Mountain Railway. Kena naik train dia kalau nak ke atas gunung tu. Kereta cuma boleh bawak separuh jalan sahaja. Fenicular Mountain Railway ni macam train naik bukit bendera kat Penang tu lah. Dari kaki bukit tu lagi angin sungguh kuat. Kakak dan adik yg tadi excited dah mula meragam bila terasa macam nak melayang di tiup angin. Bila kami sampai, Alhamdulillah dia buka. YESSS! Tapi, hari ini hanya untuk profesional skiers sahaja katanya sebab ada snow storm kat atas gunung tu. Tapi dia tatau yang kami terlebih2 pro-nya dari yg pro, cuma saja ja tak bawak alatan ski sendiri tu... hahahaa... berangan! Tak kisah lah, tak dapat keluar ke tempat salji atas gunung Cairngorm, dapat tengok orang main ski pun jadi lah kan...?
.
Tengah tunggu train. Org bawak snowboard dan alatan ski, kami bawak push chair! Ada brani?
Dalam fenicular bersama profesional skier & snow boarders...
.
Orang yg juai tiket kat aku tu bagi tau yg angin bertiup pada kelajuan 50 miles per hour di bahagian atas mountain ni. Temperature nya pulak tak lah sejuk sangat cuma -2.5'C sahaja. Tapi bila di campurkan dgn wind factor terus sejuknya mencecah -12'C. Memang meremang kesejukan maknanya. So itu lah sebab nya pd hari kami pi tu hanya untuk profesional sahaja. Yang amatur dan semi-pro tak bleh! huhuhuu... Ski trek kat atas nu pula panjangnya adalah 30km & boleh digunakan oleh semua org bila cuaca mengizinkan. Sledge area pun ada... tapi time tu sah sah la tutup.
.

Lagi di dalam fenicular menuju ke puncak Cairngorm...
makin tinggi, makin kuat angin, salji pun makin tebal, kaki gunung di tinggalkan sayup sayup...
.
Walaupun hanya untuk frofesenal skier sahaja, kami naik juga sebab kat atas tu selain tempat org main ski atau snowboard ada juga exhibition center, viewing area dan restaurant. At least buleh gak pekena secawan kopi kasi badan panas sikit. Bila sampai kat atas tu kami tetap berdegil dan keluar sat kat bahagian snow tu untuk bergambar. Memang kuat giler ribut salji ni. Aku yang bersaiz "sederhana" ni pun rasa nak melayang, hahaha... apatah lagi kakak dan adik. Maka menjeritlah kakak dan adik bila ribut yang dingin & salji yang tajam2 tu menampar2 pipi mereka. Snap gambar cepat2 & kami masuk balik tanpa berlengah. Memang sejuk rasanya... profesional skier pun ntah kemana. Lagi pulak dalam ribut salji tu, suasana jadi kabur dan bukan nampak apa sangat pun... putih saja...


Adik dan kakak mengamok, daddy ngan mummy suka jer, hahahaa...

Di kaki gunung Cairngorm ni ada satu kawasan berbukit yang juga untuk amatur skiier dan juga org ramai yg nak main sledge. Alatan dia pun boleh di sewa di sini. Banyak kereta berhenti tepi jalan dan bawak anak2 bermain. Kami pun apa lagi, tanpa segan silu dan berbekalkan slegde yang dipinjam dari Anis & Jepp ari tu teruslah join sama... Awas! pro dah datang ni... ahak!
.

Haaaa... kawasan ni tenang tadak ribut... matahari pun mesra alam nampaknya, jom kita posing satu family dulu...

Fieewwiiiit, tu dia... dari jauh lagi menyaksikan mummy begitu frofesyenal & excellent sekali mengemudi sledge... terror no?
Daddy ngan kakak pulak... waaaaaaaa.... laju siot! hahahaaa...
.
Masa memula tu macam seram la pulak, especially ada satu dua tmpt yg curam. Magicnya sledge tu tak pulak terbalik. Terus rasa bess. Kakak dan adik dedua sungguh seronok. Tapi adik, bila turn kakak mula la dia mengamok nak naik jugak. Kakak pula bila turn adik, oke ja dia tunggu kat bawah dan jerit2 excited. Mummy pun tak lepas peluang. Turut meluncur dengan jayanya, hahahaa... Yang letihnya nak mendaki bukit tu, kasut aku cukup licin macam nak tergelincir saja. Kasut kakak, adik dan mummy oke la pulak. Bila start meluncur ja mula la kakak jerit wiiiiiiiii.... hahahaha... tu dia syok sangat la tu... adik pulak time meluncur dok sengap ja, bila dah berenti terus dia cakap: nak more! Kami juga bertemu dengan satu keluarga melayu yang datang bercuti dari Nottingham di sini. Sempat jugalah berborak sepatah dua selepas tu kami teruskan bermain slegde lagi, wiiiiiiii.........
.

Kakak bersedia untuk slide... one... twoooo....

Wiiiiiiiiiiiiiiiii..... terus meluncur laju turun bukit... caya lah kakak!
Kakak tak jemu jemu untuk bermain sledge lagi....
.
Macam2 style ropernya sledge ni, ada yg bentuk macam talam, ada yang macam santa claus naik tu, yang buat sendiri pun ada. Tapi sebenarnya guna kotak pun boleh. Memang asyik la naik benda ni lagi pulak kawasan tu tenang saja takde angin bertiup. Matahari pulak naik tinggi time tu, lagi la bess. Sebab excited sangat sampai terputus tali sledge tu, ayo yo... kena mintak maap dgn Anis & Jepp ni! ya ampun...
.

Yeayyyy aksi berani kakak & adikkk.... yeehaaaaa...

Aik, apsal adik nangis pulak ni? huhuhuuu....

Oke dah cukup. Jom kita pi tempat lain pulak ya...
.
Dah puas bermain sledge, kami terus saja lah jalan2 kat pekan kecik di kaki gunung Cairngorm ini. Time ni pun dah dekat nak pukul 2.30 ptg, so kami perlu bergerak segera sebab sebolehnya aku tak mahu lah drive malam2 apatah lagi kalau ada snow turun, gerun rasanya. So kami terus menuju ke Inverness Castle yang letaknya cuma 11 minit dari tempat penginapan. Malangnya dia tutup lah pulak. Tapi jadi lah boleh bergambar dari luar dengan pemandangan yang menarik juga. Inverness Castle ini letaknya atas bukit mengadap sungai Ness. Bangunan yg ada sekarang ni di buat dari batu merah pada tahun 1836 setelah mengalami kemusnahan dan pembinaan semula beberapa kali sebelum itu. Castle yg asal di percayai telah wujud sejak tahun 1057 lagi...
.
Senja di perkarangan Inverness castle...
Inverness Castle dalam kegelapan... padahal baru pukul 5.25 petang daaa... tengok jam tu.
.
Kedai kedai disini pun semua nya tutup awal, pukul 5 semua dah bungkus. So kami pun teruslah gerak ke Travelodge. Puas hati dapat main snow. Kakak pun asyik ulang2 bercerita tentang experience dia main sledge tu. Sledge punya pasal sampai nak buat snowman pun buleh terlupa, ahak.
.

Now its time to say gud nite at the end of the lovely day...
.
Malam tu semua tido awal, esok kita nak jalan lagi ni... Assalamualaikum, gud nite.


Sweet Dreams cayangku...
.

***** *** *****
.
.