Wednesday, 18 March 2009

Farewell, Birthday & Wedding

FAREWELL & BIRTHDAY: Bye-bye Bebeh
.
SALAH seorang ahli club badminton kami akan pulang ke Tanah Air tak lama lagi. Maka akan gugurlah seorang pemain tegar yang sanggup dtg awal pagi walaupun lututnya berbalut selalu. Corak permainan selepas ini mungkin akan berubah lagi. Ntahkan semakin pekat entahkan semakin cair? Sama sama kita tungguuuu & lihat.... hahaaaa... So untuk itu kelab Badminton kami telahpun menganjurkan sebuah farewell dinner yg bidan terjun dan ala kadar!
.

The core badminton players... CORE tu!
.
Bertempat di Prince of Wales kitorang pun berkumpul lah. Masing2 bawak 'gelpren' dan askar memasing dan ada juga yang solo2 tu bila di suruh bawak awek(s) katanya: solo is better... iyo lah tu! Kebetulan Mak & Abah pun baru sahaja sampai sini naik 1st flight AirAsia-X, so teruslah kami bawa join sekali.
.

Antara anak anak yg join sama... bebas berlari ke hulu hilir...
.
Apa makanan yg di hidang? Kami order yang biasa biasa ja dan desert di sumbangkan oleh mereka-mereka yang sudi menyumbang. Terima kasih. Apapun bukanlah melantak tujuan utama kami, tapi untuk get together-gather buat kali terakhir di sini dengan En. Shahrul Nizam & family, sob sob sob... berjujuran airmata!
.

Shahrul sedang mengucap, eh silap, berucap lah, hahahaaaa...
Berborak sambil menjamu selera... dah baca doa makan lom???
.
Lepas habis soroo, apa lagi, upacara melalak la kan? Seperti biasa semuanya malu2 kucing, daaaah, aku jugak yg kena mulakan. Terus aku capai mic dan keluarkan segala falsetto dan apa apa ntah note yang tak de pun aku ada kan... amik kau! hahahaaa... tapi lepas pas mic, aku tengok, terus diorang conquer tak ingat. Punya lah semua terhibur, tak pun menderita, dengan alunan suara yang sedap merdu serta diselang selikan dengan nada garau dan mengilai! Semua all out lah aku tengok. Baik the husbands baik the wives semua sporting. Walau pun ada saat tertentu macam terpekik terlolong tapi gerak gaya semuanya cukup bersopan dan melepasi piawaian tata susila orang timur, tu dia. Aku rasa mayat mayat kat kubur sebelah restoran tu mesti bernanah telinga. Dah la azab kena azab di tambah pulak lagi dengan siksa bunyi2an dari lantunan suara yang amat mengerikan! Ya ampon, hahahaa....
.

Daddy pun amik peluang nyanyi bersama adik...
Haaa... lagu ni key dia tinggi, baru la sesuai dgn suara aku...
Cheeeewah, berduet suami isteri... sooo swit!
.
Nampak gayanya kelab badminton kita yg tak rasmi ni berjaya juga mewujudkan aktiviti melibatkan keluarga, bukan terhad setakat untuk para suami sahaja. So para isteri yg budiman, marilah kita bersama sama menyokong kelab badminton ini. Yeahhhh! hahahaaaa... Apa pun, kami doakan En. Shahrul & family akan lebih berjaya dan berjasa di tanah air. Semoga persahabatan ini akan terus kekal walau gunung dan lautan luas memisahkan, e-che-che...
.
Nyanyi lagu apa ni?... yg si Teq tu melentok pasal pa tatau?

Ada yg dah balik, ada yg dah tidor... ini je lah yg masih segar bugar...
.
Selain dari tu, di majlis yang sama kami sempat juga meraikan hari jadi Mozak! Yg ke berapa tatau... tapi yang pasti life dia akan begin in 4 years time lah, hahahaa... so boleh agak berapa usia dia tak? Alah, bukan nomo tu yg penting, tapi pengisiannya yang di kira, tak gitu?
.
En. Mozak yang tersipu sipu malu bila di nyanyikan lagu Hepi Birthday to you...
.
So kami doakan panjang umur murah rejeki lah hendaknya. Dan semoga hidup mu akan lebih bahagia menjelang hari hari tua.... tu dia! ahahahahaaa....

.
.
WEDDING: Kepak-kepak, Kepong-kepong
.
SEMENJAK kami kawin inilah kali pertama kami hadiri majlis kawin sebagai pasangan suami isteri. Itu pun lepas anak dah 2 orang dah! Biasa dengar ada orang kawin di sini tapi tak pernah ada majlis yang seumpama majlis di tanah air yg di buat. So bila Abang Ishak menghulurkan kad jemputan untuk walimatulurus anak perempuannya, kami pun dengan berbesar hati menerima dan memenuhi jemputan tersebut. Namun, maaf jua di pinta kerana tidak dapat hadir di majlis akad nikah yang dibuat sehari sebelumnya kerana ada program yang tak dapat nak di elak.
.

Menjamu selera... kuih bahulu pun ada. Yummy...

Dok semeja dengan Fizan, Wan & Riz... Riz hilang mana ntah?
.
Bertempat di Chelsea Old Town Hall kami pergi berkonvoi dengan Fizan & family. Bila masuk masuk sahaja dewan terdengarlah lagu Selamat Pengantin Baru dari Anita Sarawak. Pengantin pula mengenakan songket hijau, sama cantik sama sepadan. Pengantin perempuan manis & sabar menunggu di atas pelamin mana kala pengantin lelaki segak dengan baju pahlawan dengan keris tersisip di pinggang. Yang bess tu masa nak naik tangga ke pelamin ada pulak mak andam ke sapa ke belah pompuan tahan tak bagi naik. Ada tol siot! Haaa... jangan memain. Aku tengok abang Ali yang mengiringi pengantin lelaki dah panik. Alamak camna ni... tapi mestilah semuanya selesai sebab pengantin lelaki awal awal lagi dan siap sedia ang-pow untuk bayar tol. Maka gembiralah pasangan raja sehari ini bertahta di singgah sana.
.

Pengantin perempuan tunggu di pelamin, pengantin lelaki berarak bersama bunga manggar.
Mmm... Ada tol pulak dah! Apa nak buat ni??? ... bayar ja lah jgn tak bayar, hahahaa...

Keluarga pasangan Malaysia-Turkey bersatu di United Kingdom... Tahniah.
.
Majlis ini sebijik macam majlis kawin di Malaysia, menarik juga aku rasa. Nasi minyak dengan rendang tok dan acar sungguh menyelerakan. Bunga telur dan sweets untuk kanak kanak diberikan juga. Rata rata tetamu berpakaian tradisional kebangsaan, yg siap dengan baju melayu lengkap pun ada. Terasa bagai di tanah air lagaknya...
.
Bergambar kenangan bersama pasangan merpati 2 sejoli...
Ruang dewan ini sungguh cantik, bersih dan selesa...
.
Kami doakan moga Allah merestui perkahwinan ini dan memberi limpah barakah kepada mereka dan keturunan mereka kelak. Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal bahagia hendaknya sampai ke syurga.
.
Amin.
.

.
***** *** *****
.

Thursday, 12 March 2009

Sound Bites

TAU ka apa tu sound bites? Tatau? Klik sini la kalau nak tau. So hari ni aku nak catatkan 2 cerita ringkas! hahaaaaa....
.
All England

DATUK Lee Chong Wei menang! Haaa... mau terkejut semua orang. Bila masa pulak dia menang? Bukan tropi All England dah kasi kat Lin Dan ka? Ahak... yang dia menang ni masa trip 'jejaka-day-out' datang kasi sokongan. Yaaa... masa semi final tu lah... aku, mozak dan nazim berangkut dengan menaiki kereta 'posche' mozak ke Nia arena di Birmingham tu untuk membagi sepenuh semangat Malaysia Boleh kepada Lee Chong Wei perseorangan badminton negara. Siap bawa bendera paling bagak sekali lah aku rasa, ahak. Semangat tu! Pemain Malaysia yang lain hampeh, awal awal dah kalah. Kuciwa tau kami beli tiket mahe mahe, tup tup satu perlawanan je ada wakil negara, huhuhuuu... Ni mesti mau kena kasi hukuman kerja keras ni. Practice lebih lagi lah, oke?
.

Di depan Nia arena... tempat berlangsungnya All England yang ke 99 kalinya!

Dalam ni tak bleh amik gambar, tapi kami amik juga... Malaysia Boleh!
.
Pun begitu tak sia sia lah kami berteriak sakan dan mengibar2kan bendera Malaysia pada time tu sehinggakan Chong Wei mencatatkan kemenangan mudah mengalahkan si Taufik Hidayat yang dah macam hilang sengat. Bila dia menang straight set, huh, rasa kejap sangat lah pulak. Tak syiok lah sistem pemarkahan 21 yg baru ni... permainan terasa begitu pantas dan tidak banyak skil dan seni badminton yang dapat di pamerkan. Pemain pun nampak macam tak berpeluh dan penyokong punya debaran pun tidak teruji sehingga tahap maksima yang boleh menyebabkan kocakan dada dan serangan jantung bertubi tubi! Kalau kat tv dulu, serangan jantung ini dapat dilegakan dengan seteguk air ketika iklan, tapi kembali bergolak bila mendengar ulasan Hasbulah Awang yang bersungguh2 walaupun bahasanya ada sedikit bunga bunga, hahahaaa... Kami sendiri pun tak sempat nak merasa geram atau gerun sampai ke tahap tergenggam2 penumbuk, terketip2 bibir dan tergigit2 lidah. Apa pun tahniah diucapkan atas kemenangan itu.
.

Gelap siot... tak bley pakai flash. Kami chiow lepas Lin Dan main taktik kotor! Haaa, your conspiracy theory ~ kata satu makcik mat salleh ni, hahahahaaa....

Busuk punya taktik! Time Chong Wei main belum dtg keberanian nak tangkap gambar, ahak... so gambar Lin Dan ja yg ada.
.
Malangnya ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan datang menyerang, ku sangka bertemu harimau yang garang rupanya mak minah datang melenggang! Tu dia... hahahaa... itu peribahasa masa time bahas antara MRSM dulu, lawak lawakkk... nampaknya tanpa kehadiran jejaka malaya, ternyata memberikan impak maksima sehingga Chong Wei tumpas lagi di tangan Li Dan pada pertarungan akhir. Takpa, janji persembahan kali ini lebih mantap dan taraf permainan tidak menghampakan berbanding time Olimpik dulu... gagal bermaruah kata orang. Cuba lagi di hari dan waktu yang berlainan ya... all the bess.
.
.

Birthday Celebration & New born Baby

TERIMA kasih atas jemputan sempena hari jadi adik Farhah Widad. Kami tiba agak lewat kerena sebelum itu kami pi melawat member x-mrsm aku, Jai, yang baru tiba di sini beberapa bulan yang lalu. Dah tu wife dia pula baru selamat melahirkan baby. Tahniah atas kelahiran Aliff semoga kehadirannya akan menceriakan lagi kamu sekeluarga. Malangnya kami berkejar ke program yang lain sampai terlupa nak ambik gambar, huhuhuu...
.

Birthday girl bagi adik belon... tengkiu.
.
Setibanya di Prince of Wales, lokasi majlis hari jadi adik Farhah Widad, kakak dan adik memula malu malu pastu lepas dah dapat belon suka lah diorang. Birthday girl pula sungguh comel dan sporting dengan tetamu yang hadir. Kerana kelewatan kami terlepas majlis memotong kek. Kepada birthday girl, kami doakan semoga adik Farhah Widad menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Macam macam juadah yang di sediakan dan lazat lazat belaka. Acara begini walau pun sekadar suka suka dapat merapatkan lagi silaturrahim dan membawa perkenalan yang baru.
.
Husna dan Nabila di Birthday party Farhah Widad...

The Mummies pun nak bergambar kenangan juga...
.
Selepas tu kami bergegas pula ke rumah Zofri. Kakak dan adik sungguh bebas sekali di sini. Kakak bukan main lagi syok berlari sakan dengan sheera. Masuk masuk ja rumah Zofri terus berani pergi bermain dengan geng. Dah tak de lagi memerap di riba daddy ni. Mungkin ini lah perkembangan baik kesan dari kemasukan kakak ke nursery.
.

Kakak dan Sheera main apa tatau... siap peluk2 lagi sebelum balik, ahak.

Birthday mom yg dok sebelah mummy...
.
Pun begitu, mintak maaflah tak dapat berlama disitu sebelum sessi karaoke bermula. Kalau tak, nak jugak aku 'sumbang' kan satu dua lagu sampai pagi! hahahaaa.... Happy Birthday to Dayang dan sekali lagi terima kasih atas dua jemputan ini. Zasssssssssss!

.
To all, have a nice weekend...
.
***** *** *****
.

Wednesday, 4 March 2009

Sabtu Yang Elok

ENGLISH weather is so unpredictable, kata dema. Memang pon, kadang2 hujan renyai2 kadang2 matahari naik tapi sejuk. Kadang2 angin bertiup membuatkan telinga jadi beku dan dengarnya snow nak turun lagi. Cuma hari Sabtu lepas cuaca dia oke lah sikit walau awan kat dada langit masih berkepul2. Suhu dia tak extreme dah, so dengan sukahatinya kami membawa kakak dan adik bermain di Hyde Park.
.

Menuju ke playground, siap bawak tikar ingat nak melepak...
.
: Kakak, lets go to the garden... maybe we can find a play ground...
: Not garden, park oke!
.
Tu dia membetulkan aku. Semenjak masuk nursery ni adalah satu dua benda baru yg kakak dapat. Cumanya minggu lepas she was a little sulky whenever we mention nursery. Ntah napa. I dont want to go to school katanya berulang2. Sampai kena pujuk2 dan janji untuk bawak ke playground baru dia nak pegi. Itu pun menangis bila mummy tinggalkan, padahal minggu sebelumnya dah oke. Satu lagi tak habis habis dia mengomel: Daddy, i dont have picture in the nursery... kat nursery tu semua budak ada gambar lekat kat dinding, cuma gambar kakak belum ada. Aku dah develop gambarnya dan mummy pun dah serah pada cikgu, katanya minggu ni baru nak di tampal. Hmm... harap sebab tu je lah dia sedikit upset tamau pi nursery minggu lepas.
.

Sibuk mencari squirrel...
Pokok2 di Hyde Park masih togel, tapi dah ada satu dua yang dah start berbunga pink...
.
So bila Sabtu tu daddy bagi tau kakak nak pi ke playground kakak sangat excited. Adik cam biasa ngikut saja. At the same time pagi Sabtu tu aku ada kerja sikit, so balik rumah jap2 bila ada tertinggal barang. Setiap kali balik kakak excited ingat dah ready nak pi play ground. Not now kakak, kita pegi petang sikit lah!
.

Adik, jangan turun, pagar dia boleh celuih lah! Bahayaaa...

Mummy & kakak posing di water fountain di Hyde Park. Langit kelam.

Posing ngan adik pula bersama scooternya... broommm brommm!
.
Skrg ni dah ramai orang kat Hyde Park berjogging. Siap ada yang berbaring2. Ada yang main baling2 kayu dan bola dengan anjing yang macam2 saiz dan rupa. Memanglah anjing ni najis mughallazah, tapi anjing2 kat sini cantik2 lah pulak. Yang macam serigala besar nak mampos pun ada. Yang berbulu lebat macam biri2 pun ada. Yang kecik cinonet pun ada. Macam2. Sampaikan satu hari tu kakak bagi tau aku: Daddy, i want a dog... Uik!
.

Adik sejak dua menjak ni selsema saja...
.
Jalan punya jalan, tetiba ternampak lah pulak satu couple melayu ni, isk isk... macam ku kenal tapi di mana ya? Laaa... rupanya si Harris ngan Emi daaaa.... anak anak dah meluncur laju ke depan dengan scooter memasing, patut la romantik ja jalan berdua... ahak. So kami pun join & berborak2 sambil sesekali kami attend to anak anak yang sedang sakan bermain kat play ground.
.
Mummy berborak dengan Emi... bincang pasal nak pi tengok teater ke?
Swing satu kemestian...
Papan gelongsor pun sama....
.
Aku perhatikan kakak ni kalau dgn org yg tak kenal berani pulak. Masa dia main kat playground tu saja aku tengok dr jauh. Dia panjat tangga, masuk gelung pastu turun guna pole kat situ. Ada satu masa, time dia nak turun tu ada anak mat salleh dok tercegat depan pole tu... Kakak dengan kuatnya cakap: Excuse me, boy! hmmm... impressed jugak aku. Tapi apa la pasal kalau ada orang yg aku kenal, mula la dia jadi begitu reserve sekali.
.
Adik panjat tangga slide sendiri...

Excuse me boy, kata kakak pada budak lelaki tu sebelum menggelonsor turun...
.
Kalau cuaca begini selalu kan bess? Aku pun dah mula berjalan kaki ke opis semula seperti summer tahun lepas bila saja cuaca mengizinkan. Time pegi oke, sebab selalu matahari naik tinggi, tapi time balik tu telinga aku rasa beku & pedih sikit sebab angin agak kuat juga menampar muka dan batu jemala, tu dia... bahasa istana!
.
Sebelum balik jom pekena kopi secawan...
.
Kalau cuaca cantik hujung minggu ni, dah cakap kat kakak dan adik, boleh kita ulang Hyde Park lagi. Kakak & adik mesti suka...

.
Chiowww...
.

*Siti Khuzaimah: Thanks 4 the gift, appreciate it. Gift yang posmen hantar sampai depan pintu rumah tak dak ka? hahahaaa.....
.

***** *** *****
.

Monday, 2 March 2009

Lawak & Butter Prawn

AKU ni kan jarang2 nak masak memasak ni, tapi hari ni meh aku nak ajar korang camna nak menyediakan Butter Prawn! Boleh caya tak? ahak. Awas, butter prawn ini sangatlah tinggi kolestrol nya itu, hahahaa... ya la... benda benda yg sedap ni memang selalu kolestrolnya melampau2. Tapi sebelum tu aku nak cerita kan satu kisah yang aku rasa agak lawak.
.
Bersama adik yang comot sekali, huh!
.
Bebaru ni aku tonton tv ada satu rancangan tu title dia 20 most stupid (ke dumbest tak ingat) celebrity... camtu lah lebih kurang. Celebrity tu termasuklah ahlil politik, ahlil musik, ahlil nujum, pelakon penyanyi dan semua lah yg rasa dirinya glamor... Tup tup adalah satu couple ini baru kawin. Aku tak kenal lah diorang ni siapa, but aku reckon they must be an actor/actress berlakon dlm crita eastenders/hollyoak dan seangkatan dgnnya yg tak lah penah tergerak hati aku nak menengoknya. So to cut the story short, one day they decided to cook at home and i bet it must have been the husband who cooked the food. Takde lah diorang ni makan romantic with candle lite or proper table setting but instead they each had a plate of food for themselves. The wife sat with stretch legs across the sofa, the husband sat at the other corner ~ on the same sofa. Both enjoying their food when suddenly the wife asked:
.
:What is this? * referring to the food on her plate.
: Its tuna.
.
Jawab husbandnya selamba sambil terus tengok tv. Pastu tau apa wife dia cakap? Part ni yg buat aku tersedak gelak! hahahaaa....Wife dia bleh cakap...
.
:I know its tuna... but is it fish or chicken?
.
Hahahahaa.... Apa kebodohnya tak tahu tuna tu fish ke chicken??? hahahahahaaa.... husband dia terus pandang muka dia. Dia tenung lama... muka berkerut, tak cakap apa, kompius. Agaknya dalam hati: oh ooh... i married the dumbest girl on earth!...hahahaaa... dia buat muka pelik pastu dia geleng2, muka tension terus toleh kepala tengok tv. The wife got irritated with the way the husband reacted... terus bengang dan dengan kereknya cakap apa tau?
.
WhaaAAAT??? Do you think im stupid???
.
Hahahahaaaa..... lagi mau tanya? memang stupid pon! hahahaaa... Lawak betoi... tak pasal pasal dah keluar kat tv. Sampai habis husband dia tak jawab... muka tension ja. Lawak, lawak! Tu lah dia nya... memang ramai wanita bekerjaya hatta suri rumah la ni yg tak kenal jenis2 ikan, biasalah tu but not knowing to differentiate between fish and chicken? Thats damn rediculous lah kan? hahahaa... lawak!
.
Oke oke.. next cerita pulak. Sedang ramai kawan kawan yg lain bercuti2an dan ber-gallivanting ke German-Praque la, ke Rome-Venice-Florence la, Switzerland la, Isketambola la dan sebagainya, kami pun tak mau kalah, terus book tiket tak kasi can... pegi mana kali ni? Haaa... kami book tiket bas, pi Church Street market, beli ikan dan udang, hahahaaa... jadi ler!
.
So ini ler nak masak butter prawn ni... a mixture of malay indian and chinese dish. Tu dia, sungguh muhibbah sekali. Dalam kegawatan ekonomi bawak bawak le masak sendiri, jimat sikit. Ahak. Jom tengok jadi ke tak ya. Sabo... sabo... apa ni, belum apa apa air liur dah meleleh? Ish... nah amik tisu ni, lap! hahahaa.... Senang ja cara nak masak dia.
.

Bahan2 nya...
.
Udang tu deep fry-kan dulu. Pastu masuk butter, masuk bawang putih, masuk cili api, masuk daun kari, gaul gaul gaul gaul... Pastu masuk udang tadik. Gaul gaul gaul gaul lagi sampai sebati. Masuk soy sauce 1 sudu kecik, masuk gula 1 sudu kecik, garam secukup rasa, gaul gaul gaul gaul.... Angkat put aside. Guna kuali yg sama tambah butter dan masuk telur mengguna acuan buat roti jala tu dan gaul gaul gaul gaul laju2 sampai dia jadi kaler perang macam kuih karai. Letak atas udang dan hidang. Siap. Mudah kan?
.
Dan inilah hasilnya...

Mmmm... terrer la daddy ni! ahak....
.
Kalau tengok gambo, not bad uh? Tapi bagaimana pula dengan rasanya masakan aku ni? Yang tu, syyyyy... tak bleh bagi tahu, rahsia!
.

Hahahaaaa......

.
.

***** *** *****
.

Thursday, 19 February 2009

Kakak Masuk Sekolah

BEBERAPA hari lalu kami dah mula menghantar kakak ke sekolah atau lebih tepat lagi nursery. Bila kakak dah masuk sekolah, secara otomatik ingatan aku akan kembali kepada seorang budak yang cukup liat nak ke tadika. Wajahnya cukup aku ingat. Kalau maknya tak masuk kelas dia tak masuk juga. Kalau maknya tak duduk di sebelah dia pun tak mahu duduk juga. Sebab emaknya yakin pelajaran itu penting untuk masa depan anaknya maka emaknya akur. Duduk di situ, didalam kelas betul betul belakang sikit dari kerusi budak itu bagi memastikan anaknya mendapat ilmu. Begitulah emaknya menunggu berhari hari sehingga setahun lamanya... oooh, i love you mom!
.

Ni mesti kakak yg tangkap gambar adik ni....
.
Bila teringatkan itu aku pun agak gusar juga dengan apa yang akan kakak alami bila di masukkan dalam nursery. Mahukan dia? Maklumlah, kakak begitu attach dengan kami. Kerana aku harus bekerja, Mummy lah yg menghantar kakak bersama adik pada hari pertama. Risau kerana kebanyakkan masanya kakak agak reserve/shy. Adakalanya aku kesian bila tengok kakak yang kekok untuk bercampur atau bermain dengan budak2 lain. Kalau pergi rumah orang atau org datang rumah kami, dia akan duduk sahaja kat riba aku sedang adik bebas berlari dan bermain dengan budak lain. Ada masanya, dengan air mata yang ditahan bertakung dikelopak mata dan dgn suara yang seakan menahan sebak kakak akan mula memanggil: adiiikkk... adikkkk.... seolah olah dia rasa kehilangan. Macam dia rasa adiknya meminggirkan dia. Sesekali bila orang semua dah tak ada, kakak pula mengadu: Daddy, kakak feel sad... Why? why are u sad? tanya aku. I am sad because i got no friend, katanya. Alahai kakak...
.

Saya pun nak pegi sekolah juga... boleh laaa... boleh laa....
.
So bagi meningkatkan self esteem kakak kami mengambil keputusan untuk memasukkan kakak dalam nursery walaupun sebenarnya mummy boleh saja menjaga 2 beradik ini di rumah sepanjang masa. Nursery di sini cuma 3 kali seminggu dan 3 jam setiap sessi. Bagaimana kakak di nursery? Untuk 3 hari yang pertama cikgu benarkan mummy menunggu di situ. Kata mummy kakak boleh sahaja pergi bermain dengan budak yang lain walaupun ada masa masanya dia akan mendapatkan mummy memerap sekejap. Bila dah oke, dia akan pergi bermain semula. Adik pula yang menurut mummy terlebih enjoy. Sampai cikgu di situ syorkan agar kami menghantar adik sekali. Ongkosnya mana sik??? Tak apa lah, adik nanti dulu ya. Buat masa ni adik temankan lah mummy time kakak ke sekolah ya? So petangnya bila aku balik, terus la aku interview kakak.
.
: Did you go to school today?
:Yes
: Do you like it?
:Yeaaaaees!!!
: What did you play?
: I dont know...
: How come you dont know?
: I played many things! *sambil describe mainan yg aku pun tak paham apa dia.
: So how many friends do you have at school?
: Many.
: and what are their names?
: I dont know.
.

Tengah buat apa tatau...
Bermain bersama rakan sebaya...
.
Walaupun jawapannya pendek2 sahaja tapi dari riak wajahnya dia nampak excited. Kata mummy bila sampai sekolah ja terus dia jerit: Mummy, I like it!!! Pastu ada satu masa tu time cikgu tanya: do you want milk or water?, kakak dengan suara yg kuat menjawab: I want milk! Bravo. Bagus kakak! Tapi ada suatu hari tu dia menangis di sekolah. Kes bergaduh rebut mainan lah agaknya ni. Pastu bila balik kakak mengadu.
.

Yang ni bilik darjah lah kot....
.
: Daddy that boy pushed kakak. Then kakak cry.
: Really? Next time you should tell him ~ please dont push me. I dont like it. Okey?
: Okey, kakak will say - dont push me. I dont like it.
: If he keeps on pushing then you should tell your teacher okey?
: Okey.
: But if he pushes you so hard, then you should just push him back!
.
Tu dia, ngajar anak kasar! huhuhuuu... aku terlepas cakap daaaaa... Tapi fikir2 balik kadang kadang kena juga bagi tahu anak yg diorang should defend themselve. Risau pula kalau too mellow tak pasal pasal jadi mangsa buli. Sebenarnya aku ni risau saja bila mengenangkan kakak di sekolah. Rasa macam too protective la pulak. Tapi aku yakin kakak akan oke di nursery itu. Lagi pulak syarat bukak nursery kat sini 1 cikgu hanya boleh attend 5-6 budak sahaja. Nursery yg ini ada 6 cikgu semuanya. Harapnya budak budak pun sentiasa lah dalam pengawasan.
.

Kakak majuk lepas nangis. Tamau join bebudak lain sambut birthday Yusof.

Bila dah oke, baru kakak join... haaa cam tu la, kan dapat makan kek!
.
Aku perhatikan budak budak di sini cukup suka pergi sekolah. Kalau cuti sekolah saja mula lah mereka bertanya bila sekolah nak buka semula, siap ada yang cakap dah rindu dengan teacher. School holiday boring katanya! Lagi satu aku perhatikan bebudak sini pergi sekolah beg nya kempis giler. Macam tak bawak apa apa. Primary school dia lebih banyak menekankan tentang self esteem, sebab tu la anak mat salleh kita tengok cukup extrovert sekali, kelihatan berani, senang participate dalam aktiviti, banyak bertanya dan ingin tahu. Pun begitu tak semuanya elok tentang system pelajaran di sini. Adakalanya mereka terlebih2 sehingga bila dewasa menjadi kurang ajar. Namun kita ada kelebihan sebab kita boleh menerapkan sempadan agama dan juga nilai2 murni masyarakat timur.
.
Adik yg dah manjat meja pulak dah la ni...
.
Semalam dan hari ini kakak dah boleh tinggal sendiri di nursery. Bila tanya bab sekolah dia nampak begitu suka... dah ada kawan gamaknya. Syabas kakak! Sebenarnya masih terlalu awal untuk melihat progress kakak. Tapi seperti ibu bapa yang lain kami mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anak anak. Kakak Boleh!
.
.
Insya-Allah.
.
.
***** *** *****
.