Monday 22 June 2009

Holland Park, Bowling & Trolley Carboot

*entry ni dah lama terperam, sikit lagi jadi tempoyak!

MASA tengah syok nak smash di gelanggang badminton, terdengar ada sms masuk ~ ada paip bocor! Cis... kenalah buat appointment dengan plumber pada hari sabtu, emergency, so kena paksa dia datang jugak lah. Rosak ruin berkecai berderai program hari Sabtu. Kesian pulak kat Kakak & Adik yang asyik terperap dok rumah. Nak buat camno ni ya... oke, buat appointment pukul 3, bleh lah bawak dua beradik ni ke playground di Holland Park nu sekejap. Mummy pun suka ja....
.

Holland Park... tugu pak Holland lah ni...


Pintu gerbang kat Holland Park...
Skid skid skid... habis hati, kakak!
.
Dah lama kakak nak bawa scooter dia ni keluar. Tapi asyik tak jadi sebab tempat yg kami nak pi tu kadang2 tak sesuai untuk benda ni. So kali ni memang dia suka dan aku quite surprise jugak bila tengok kakak boleh handle benda tu very well. Actually aku tengok bebudak sini bawak jenih scooter yang ada 2 roda di depan yang memudahkan utk balancing. Mahe la pulak, huhuhuu... yg ni pun jadi lah, kakak pun dah expert dah kan...
.

Air teghojun kat Kyoto Garden dalam Holland Park... nyaman...
Dok tengok ikan di kolam Kyoto Garden, ikan kap pelbagai kaler... Adik tunjuk burung yg tersesat, agaknya terlepas dr Zoo London ni...
.
Hari Sabtu cuaca panas terang. Orang ramai pun amik peluang untuk berjemur di padang. Ada yg melangkup ada telentang, ada berbaring ada telanjang, ops... separa-separa sahaja, topless, hahaha... ada yg baca buku & macam2 lah aktiviti biasa bila panas begini. Kami tak punya masa untuk join melepak begitu, so cepat2 dan kejap2 saja singgahnya. Bunga2 yg naik cantik sebulan dulu dah layu dan la ni tengah proses untuk di tanam semula. So apa yg ada hanyakan batas hijau dan didalamnya gonjeng. Gonjeng pun cantik juga sebab dah macam maze pulak bentuknya dan sesuai untuk adik dan kakak berlari2 keliling.
.
Adik dah berlari2 ke mana... tamau amik gambar.
March, march, march!!!
.
Kakak dan adik meluru bila nampak playground. Memang itu lah yg diorang nantikan, terus main slide sendiri tak payah nak di supervisekan lagi. Seronok sakan... bila dah sampai playground ni payah nak ajak balik. Ralit sangat. Kalau takde appointment ngan plumber memang tak kisah nak berlama. Dah dekat2 pukul 3 kami pun chioww. Hari esoknya nak bangun pagi sebab nak pi main bowling jam 6.30 am!
.
Lawak tengok adik turun slide yg ini, hahahaa... adik suka ja.

Jongkang jongket ber spring...
.
Apa ke he nya nak pegi main bowling pepagi ni??? Hehehe... la ni subuh habih jam 5.30 pagi, so boleh bayangkan lah betapa terangnya bila pukul 6 pagi tu. Kat sini kalu nak main bowling mahe jugak, mau dekat £4-6 sorang satu game. Tak berbaloi! Tapi kalau pi Airport Bowl, dia bagi 1 game £1 dari jam dia bukak sampai jam 10 pagi. Kena la pi awal kalau dak sah lane penuh dan tak merasalah £1 satu game tu. La dah jadi routine pagi Ahad kami, selalu bila sampai tempat tu pun tak bukak lagi. Tak sangka walaupun belum bukak, ramai dah beratur depan pintu. Fuh, sanggup jugak mat salleh ni sacrificekan diorang punya Sunday morning semata2 untuk main bowling ya? Hairan bin ajaib!
.

Kakak membuat balingan mantap... 3 kali kakak strike! caya lah...
Dok pilih pilih... mana satu yg sesuai???
.
Alang2 dah mughah kami amik la 3 game sorang. Termasuklah kakak & adik pun main sekali. Tapi dah separuh game, dah daddy sorang je yg baling utk semua orang sampai naik lenguh tangan dan rasa nak cramp jari jemari, huhuhuu... kitorang main berlengah2 saja dan dekat pukul 10 jugak baru habis.
.
Org sibuk main bowling, adik kusyuk main keta ni...
.
Lepas bowling kami pi carboot sales kat Taplow pula yg dah tak jauh dari Airport Bowl ni. Dia buka setiap Ahad & letaknya di M4 exit junction 7, jumpa round about masuk kiri, jumpa lagi roundabout amik pukul 12. Jumpa lah... malangnya dia tutup lah pulak sebab dia nak bukak time bank holiday monday. Cissss, bedebah betoi! So terpalitlah rasa duka nestapa di hati ini dan kami pun terus patah balik, tetapi mentol dalam kepala hotak aku ni pulak menyala nyala memberi idea untuk menyinggah ke carboot lain di Chiswick. Hahahaa... yesss... bila sampai dah tentu lah org yg juai pun dah nak balik. Tak kira, masuk juga lah. Yg jaga gate carboot tu pun dah berambusss... so kami masuk free, yabeda beduuu... ni lah namanya rahmat di sebalik duka.
.
Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa satu barang yg dah lama kami cari iaitu trolley. Trolley ni penah kami bid kat ebay tapi asyik tak dapat, mesti ada orang bid lebih lagi. Nak beli yg baru, ratus ratus pulak reganya. Kalau mahe camtu memang kami tak mahu lah kan... baik labur ke lain. Tup tup jumpa kat sini... trolley 2 tingkat, tembaga pulak dia punya handle dan part part yg lain. Alamak, dah berkarat la... Oke tak oke? Nak ke tanak? Tawar2 dapat £8 ja, maklumlah dah buruk beno ropenya ~ akhirnya kami amik juga. Jenuh lah kami mengangkat. Balik rumah satu hal pulak aku nak membrasso kan benda ni, huhuhuuu... takde kerja cari kerja betoi lah! Nasib parts dia boleh di-dismantle-kan... berhari hari aku menggilap macam nak tunggu jin keluar dari teko aladin tu... kalau betoi ada jin boleh gak mintak trolley baru bersama sirap limau satu, heheheee...
.
Tiang trolley, satu dah kilat, satu berkarat. Dapatkah anda bezakan?
.
Tonyoh tonyoh, tenyeh tenyeh, berhari-hari, siang ganti malam, malam ganti siang, gosok jangan tak gosok, sampai nampak wajahmu! Gosok gosok lagi sampai terbawak ke mimpi, hahaha... begitu persevere sekali. Berkat kesabaran dan setelah jari jariku kebas semua dapat jugaklah aku mengilatkan kebanyakan bahagian yang karat tapi.... sampai hari ni dah sebulan lebih dah, masih tak habis membrasonya lagi, huhuhuuu...
.
Itu lah sebahagian aktiviti takde kerja cari kerja yg kami alami. Akhir kata, jaga diri, brasso kan hati, kasi bersih berkilat biar memancar2 lebih dari trolley kami....
.

Assalamualaikum...

.

***** *** *****
.