Tuesday 2 June 2009

AFDZAL HAZIQ Dah Besar

ADIK genggam beberapa biji anggur dan datang dekat aku. Daddy, grape! katanya. Aku angguk angguk, kemudiannya adik hulurkan grape tu ke mulut aku. Daddy, eat! katanya pula Aku pun makan lah anggur tu. Tak sampai seminit adik datang lagi dengan anggur yg lain yg diambilnya dari bekas di tangan kakak. Daddy, grape! Daddy, eat! Katanya setiap kali dia dtg dengan sebutir anggur dan dia ulang-ulang perlakuan yang sama.
.

Adik, turunnn!!!!
.
Bila dah tak ada anggur lagi yg nak di bawanya, adik datang juga dengan tangan kosong. Daddy, open mouth! katanya kali ini. Aku ngikut... saja nak tengok apa pula perangainya. Adik terus memeriksa mulut aku seperti seorang doktor gigi lagaknya, kemudian adik panggil dengan suara nya yg mendayu dayu : Graaaaappeeee, graaaaaape.... dan aku tergelak tiba tiba! hahahahaaa... mana nak ada, daddy dah ngap semuanya lah! hahahaa... Lawak lah adik ni.
.

Adik belakang sikit, rosak mata!!!

Ini lah yg ditengoknya hari hari...
.
Dan hari ini 2.6.2009 genap umur adik 2 tahun. Pagi tadi time breakfast aku bagi tahu kakak yang hari ini hari jadi adik. Kakak pula dengan spontan terus tanya kepada adik: Adik, where is your present? huhuhuu... daddy dan mummy tak beli apa apa present pun untuk adik lah. Ada masa nanti kita cari lah ya... bila bagi tahu kakak yang adik takde present dengan cepat kakak menjawab: Adik got his bob-the-builder bicycle present. Adik go take your present! hahaaa... Bob the builder bicycle tu kita dah beli lama lah kakak, we bought it together with your Dora scooter, remember? Lawak...
.

Adik, this is my gift for you, a Birthday Kiss...
.
Pagi tadi sebelum aku pegi kerja kakak hantar aku sampai ke pintu. Adik kusyuk tengok tv. Dia tak paham dan takde perasaan pun bila kita cakap hari ni birthday dia. Selamba deeeekkk ja dia. Sebelum aku melangkah keluar, panjang lebar pula pesanan kakak kat aku hari ini:
.
Daddy, you must buy adik's cake oke? Buy 2 balloons. One pink balloon and one orange balloon. Candle also. You must buy 2 candles because adik is 2 years old. Oke, daddy? Bye!
.
Terus pintu di tutup! Dan aku tersenyum sepanjang jalan ke opis pagi tadi. Yang nak tergelak tu siap pesan 2 belon, sebijik untuk dia lah tu, yg kaler pink tu, hahahaaa... So masa balik tu aku pun belilah barang2 yang di pesan kakak tadik kecuali kek yg dah dibeli malam sebelumnya. Sampai rumah adik tido la pulak, so kakak yg terlebih excited bila nampak ada belon pink dia. So macamana ni kakak? How to celebrate, adik is sleeping? aku tanya kakak. Mmmm... i got an idea! Everybody hide, when adik wakes up we all say SURPRISEEEE!!! hahahaaa... begitu pula jawab kakak. Maka nya tanpa majlis, tanpa kenduri kami celebrate anak beranak sahaja.
.
Kakak excitedly helped adik to blow the candles...

Kek Tesco ja... jadilah adik ya...
.
Dah besar dah adik. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun adik di London ini! Daddy & mummy sentiasa mendoakan adik akan membesar dengan sihat, penuh yakin, bijak dan taqwa. Jadilah insan beriman. Semoga berjaya di dunia dan akhirat serta berbakti lah kepada agama keluarga bangsa dan negara.
.
Selamat Hari Jadi Afdzal Haziq... khas dari Daddy, Mummy & Kakak...
.
We love you...

.
.
***** *** *****
.