Sunday 7 June 2009

Berbasikal & Kunjungan Member

SEINGAT aku lah, aku tak penah ada basikal sendiri. Sedang bebudak dulu bergaya dan berbangga dengan basikal BMX, aku pula tak pernah terpikir atau teringin pun nak dapat sebijik. Yg ada cuma basikal tua arwah ayah dan sebijik basikal chopper mak. Selalunya kami akan lenjan basikal tua arwah ayah yg ada palang tinggi. Sebab ada palang tu badan pun senget sebelah sebab satu kaki kena masuk di celah palang bila mengayuh. Korang boleh imagine ka? Tapi jangan memain, laju wooo bila kayuh basikal tu keliling quaters Perak Hydro! Hahahaaa... memang lawak kalau di ingat2 balik.
.

Ni bukan basikal ya, ahak, ni capsul Apolo 10. Dalam capsul ni la astronut Tom Stafford, John Young & Gene Carnan mengelilingi bulan pada tahun 1969. Boleh tengok benda ni kat British Science Museum.

Depan Science Museum, masuk free beb....
.
Cuma bebaru ni kami ada belikan kakak sebijik basikal, basikal secondhand. Beli kat carboot sale sahaja, tapi kakak punya senyum, lebar betul aku tengok. Happy betul dia dapat basikal tu sampai dia buat satu remark: Daddy, this is my best present ever! katanya... berulang kali. Tak sabar sabar dia nak naik basikal tu. Bila balik rumah dia kayuh lah dalam rumah, apa nak buat, mana ada ruang kalau dah dok flat cam kami ni kan?
.

Di Serpentine, kami suka pemandangan ni. Lady Diana Memorial Fountain sepelaung ja dr sini...

Elok-elok kakak turun bukit, sekali gedebukkkk... tergolek daaaaaa...

Dah dapat spot, kakak dan adik terus berbasikal...
.
So pada satu hari kami pun bawak kakak ke Kensington Garden untuk dia cuba try test basikal dia tu. During summer ni kat situ ada dia bukak satu tent untuk Peter Pan musical theater. So kami pilih lokasi depan tent tu dan sambil sambil kakak & adik bebas bermain mummy pun buka lah bekal yg di bawa. Aku biarkan saja kakak dan adik bebas di situ. Walau pun basikal kakak ni bertayar 4 tapi 2-3 kali juga jatuhnya especially masa nak turun bukit. Nasib kawasan berumput so tak ada luka apa. Adik pulak bila dah sudah main bola, tak habis habis suh kita push basikal dia sebab dia tak reti nak kayuh. Letih bermain, aku tengok berselera pulak 2 beradik ni makan sambil di temani dengan musik2 yang boleh didengari dari khemah Peter Pan tadi.
.

Berselera haaa....

Kusyuk menjamah spagetti kosong...
.
Ingat nak lebih berlama di sini tapi tetiba ja aku rasa ada rintik2 hujan. So kami pun terpaksalah bergerak sebabnya keta park agak jauh jugak dari tempak kami lepak ni. Sian kakak dan adik sbb baru nak familiar ngan basikal tu dah kena cha alif but. Len kali lah kakak & adik kita pi lagi ya...
.

Wah... laju kakak meninggalkan mummy ngan adik di belakang...

Suka no kakak membawa dolly berjalan2 di Kensington Garden ini...
.
--------------------------------------------------
.
BEBARU ni member lama aku time buat A-level mai ke Londong ni... Wah bessnya apa tah lagi dia bawakan tochu & keropok untuk kami. Lepas ni mummy, kita makan tochu ikan temenung lah ya, slurrrp sedap nyierrrr. Terliuq! Malam Waque sampai tu aku bawak dia dinner kat Marhba Cafe. Bila berjumpa Waque ni teringatlah kembali group low profile kami semasa buat A-level dulu. Apa lah ceritanya dengan Madillah bot, Paquelat, Samsyer, Ameer, Bear leley & Buzzer ya??? Aku juga tertanya2 mana menghilangnya A-ie, Shah rapper, Jarvis, Dikki, Arif & Farizantart. Cuma si Esma-Manis-Masa-Bercinta ja yang aku tengok rajin beno ber facebook hari hari, hahahaaa... so dapat lah juga keep in touch dgn perkembangan dia. Bila dah lama tak jumpa macam macam lah cerita, waque pun update kat aku sikit2 pasal budak2 A-level batch aku termasuklah pasal Kumbre yg baru dapat anak hasil perkahwinan dengan primadona Erra Pajira tu, tahniah. Tapi sebenarnya masa A-level dulu bercakap dgn si Kumbre tu pun aku tak penah, hahahaaa...
.
Di Marhba Cafe... dinner merangkap supper...
.
Sebab tak puas berborak, so satu malam tu aku ajak pulak dinner di rumah kami. Waque pun bawaklah dia punya whole family. Maka 2 family pun berkenal-kenalan sebab ni lah 1st time kami jumpa lepas aku kawin. Masing-masing dah ada 2 anak dan yang bongsu tu sebaya pulak cuma beza 2 hari saja tarikh lahirnya. Pelbagai topik keluar. Punyalah asyik, sedar tak sedar pukul 1 pagi baru aku hantar Waque balik ke hotel mereka. Anak anak pun masa ni dah nyenyak giler.
.
Thanks for the big giant lollypop, suka dua beradik ni...
As usual, setiap tetamu dipaksa bergambar kenangan... ahak.
.
Harapnya percutian korang ke mari memuaskan, dan insyaAllah panjang umur ada rezeki kita gebang2 lagi! ahak...

.
Chiow!


***** *** *****
.