Sunday 26 July 2009

Summer Fayre & A Seaside Trip

MUMMY awal awal lagi dah bagi tahu yg nursery kakak akan buat Summer Fayre ~ charity event untuk diorang kumpul duit untuk beli toys baru untuk nursery tu. So takde lah nursery tu harapkan duit yuran semata, kiranya macam dia ajak community situ join samalah dalam aktiviti bergumbira sambil menderma ni. Parents pun di minta menyumbangkan makanan untuk di jual pada hari tersebut.
.

Org ramai bawa anak2 sambil beratur nak masuk ke Summer Fayre...
.
Summer Fayre tu dia buat hari Jumaat kul 6 petang ke atas kat nursery tu lah. So tengahari tu sebelum pi semayang Jumaat aku hantar lah kakak. Bukak-bukak pintu nursery tu tengok tengok manager nursery tu, Jeane namanya, dah tercongok menyambut kedatangan budak-budak. Come in Anna katanya pada kakak. Pastu dia pulak peringatkan aku pasal summer Fayre tu: Well daddy we are going to have our summer fayre this evening. You must dress up, wear your traditional costume oke? katanya lagi. Aku pun meng-iyo-kan lah... Takkan aku nak pakai baju melayu pulakkan? So aku decide pakai batik ja. Bila sampai situ petang tu, aku tengok tadak sapa pun pakai costume negara memasing. Siot betoi. Dah aku rasa macam wakil rakyat datang menengok kawasan pulak dah. Menyumpah aku dlm hati, hampeh punya Jeane! hahahaaa.... terkena aku! Nasib baik Jeane tu dress up paling cantik siap set set rambut kata mummy, hehehee....
.

Tu dia wakil rakyat dah mai... ya ada apa masalah?

Mary sedang jual makanan yg di contribute oleh parents. Mummy contribute kek pisang dlm tupperware yg ada bendera Mesia tu... jap je lesap, uish... laku sangat ka???
.
Macam macam aktiviti juga dia sediakan kat summer fayre ni. Kena beli token untuk setiap event. Ada bouncy castle, face painting, lucky dip, auction, singing, hand massage etc... kira pandai jugak lah diorang ni cari duit. Token murah ja, 20p seketoi. Time kuiz around the world tu aku tengok mat salleh siap google jawapan guna iphone memasing tu. Tak aci betoi lah, hahahaa...
.
Jump jump jump...
Jeane yg melaram pakai baju biru tu...
.
Surprisingly kakak nak pulak buat face painting. So bagilah 3 token untuk minah tu lukis muka dia. Daddy I want butterfly... katanya. Oke lah... tapi sebab ni amatur yg lukis kan, aku tengok ntah hapa hapa ja rama rama nya... takde glitter glitter pun yg macam biasa pro buat. Tengok dua kali dah macam mask robin pulak! hahahaaa... Tapi kakak suka, senyum lebo dia dengan butterfly kat muka dia tu... maknanya oke lah tu... Adik baru half hour dah ngantuk nak tido... apatah lagi sebab dia excited sangat nak dok kat kerusi nursery tu sampai akhirnya terjelepok jatuh ke lantai. Siap dapat ice bag lagi cikgu nursery tu bagi suh letak kat muka, padahal sikit ja... :) baguih la depa concern.
.
Kakak sedang di conteng muka...
Seronok main bubble yg dia dapat dari lucky dip...
.
Bila dah kena dengan kerenah kanak kanak maka standard lah bila program pun terlajak2. Time auction dia bermula tu dah pukul 8 lebih nak dekat 9 malam dah. So ini lah time tido kakak dan adik. Bila dah nak time tido apa lagi, mula lah nak meragam. Bila dah meragam, kami pun decide chabut saja lah. Token pun masih ada dalam kocek, tak habis pakai pun. Hmmm... tak apa lah. Sedekah! ahak.
.
Adik dah nak tido daaaa....
.
Pada hari yang lainnya nursery kakak buat trip ke seaside pula kat Broadstairs. Kali ni aktiviti terbuka untuk seisi keluarga, so ramai lah juga yang attend bawa anak memasing. Bebudak pegi free & siap di sediakan snack pergi balik dalam train dan lunch pack masa kat pantai. Cuma parents/guardians saja yang kena bayar. Memandangkan cuti aku banyak lagi so aku dengan sukahatinya mengikutlah rombongan nursery kakak kali ni. Kul 9 pagi semua berkumpul kat Victoria Train station. Jean, Bina, Lucy dan sesapa yg incharge kat nursery tu sibuk lah make sure semua orang ada sebelum bertolak. Adik pun excited sama, sedari malam lagi asyik cakap: adik wants to go on a choo choo train. Kakak apatah lagi siap dia make sure baju mandinya tu dah masuk dalam beg. Bila daddy cakap dah masuk, can i see it please, pulak mintanya.
.

Tak mau diam dlm train... mak anak mat salleh tu tolong supervise kan...

Dah sampai singgah beli alat buat sand castle dulu...
.
Pantai ni jauh jugak dan memang sesuai untuk yg ada family kecik. Sebabnya dia ada buat trail dari papan menyusur sepanjang pantai jadi boleh lah kita tolak stroller, kalau tak, sah mamposs nak menolok stroller atas pasir pantai. Bahagian pantainya pun tak besar mana, mungkin sebab ini pihak nursery pilih tempat ni. Senang diorang nak make sure semua ada berkumpul disitu.
.

Try bawak adik... tak mau dia main air laut...

Mummy di gigi air... kakak tang tu ja la paling dekat ngan air laut...

Makan time... fish, scampi, vege burger, fries...
.
Kesian pulak kat adik ngan kakak yang macam tak penah turun mandi air laut. Bila nampak laut bukan main excited, bila kena air laut dan dengar ombak yg menderu tu terus takut pulak, hahahaa... Hari tu masa balik mesia tu ada hajat nak ke laut, tapi tak kesampaian sebab jadual kami macam pack lah pula. Jadinya bila ada trip ni kami tak teragak2 untuk ikut tapi 2 beradik ni yg mula nya excited tak basah2 pun. Sepanjang time kat situ aku tengok adik kusyuk main pasir saja. Kakak pula selain main pasir tu nak juga naik trampolin dan juga bouncy castle kat situ.Kiranya well organised jugak lah trip nursery kakak ni. Makanan semua diorang hantar kan. Dah tu murah giler pulak tambang yg di kenakan. hampir 1/3 sahaja dari tambang biasa kalau nak pi sendiri. Pantai ni tak le se-crowded macam pantai di Brighton atau Bournemouth atau Southend On Sea, hatta tak terlawan crowdednya dengan pantai kita di PD atau Lumut. Oke la... just nice untuk nursery trip camni.
.

Kakak Farah & Fahmi ~ kanak kanak riang di atas trampoline...

Adik kusyuk bermain pasir bersama best fren nya Fasha.

Bersama adik yg sungguh la comotnya... ayo adik!
.
Dah lama giler tak pegi rombongan begini. Sesekali seronok pulak. Dalam train ada lah juga berborak dengan Jeane, manager nursery kakak tu. Katanya bulan February tahun depan nak datang melawat mesia... So apa lagi.. cuba la pi sun bathing kat pantai Mesia... tengok, ada kesan dak? hehehee...Itu je lah ceritanya.
.
Kenangan di Broadstairs Beach sebelum balik...

Bye bye..........

.
***** *** *****

.