Wednesday 29 July 2009

Fruit Picking & BBQ

TIME summer ni memang 2 perkara ini menjadi pilihan kebanyakan orang, tak kira lah dia tu mat salleh ka mat tak salleh ka... memang syiok bila berkumpul reramai ni.
.
.

Fruit Picking
.
Kali ni kami berkonvoi 5 family pergi ke mana lagi kalau bukan ke Garsons fruit farm. Family Harris, family Mozak, family Ustaz Erfino & family Fizan... Anak anak lah yg paling seronok, ada tak de buah bukan diorang kira. Tempat ni dah banyak kali tulis, so nak letak gambar sajalah.
.
Kakak mencari strawberi yg dah tinggal saki baki saja...

Adik & Elis di celah rimbunan pokok labu air...
Mummy pujuk strong boy yg nangis lepas kaki terperosok celah kerusi sebelah kedai souvenir...
.
Malangnya trip yang ni memang tak berapa nak menguntungkan sebab nya buah buah pun dah hujung hujung sahaja. Strawberry pun cinonet. Black berri pulak masam. Cherry dah tadak. Jagung belum matang lagi. Courgette ada tapi mummy plak tatau nak masak apa. Apple dah berbuah tapi belum boleh di petik. Plum bulan 8 nanti baru ready. Brokoli kami amik 3 ketui. Kobis dah habis. Bunga matahari pun dah tinggal tongkol nya saja. Tapi oke lah bila melihat anak anak seronok berkumpul dan berlari sana sini.
.
Makan time. Apa la yg menggelikan hati tu???
Dah selesai makan.. bergambar pula...
.
Tengkiulah pada semua especially kaum ibu yang bersusah payah membawa macam2 bekal untuk kita soroo secara berjemaah! Tu dia... hahahaaa. Cuma kali ni pekerja Garsons Farm ni agak suspicious pulak dengan pengunjungnya. Masa org ramai tengah makan kat picnic area dia tu, ada pekerja dia datang cek boot kereta dan resit. Dia takut kita petik petik, bawak ke picnic area, ngap pastu terus blah tak bayar... isk. Apa pun it was a nice family outing.
.
.

BBQ
.
Ini the wives la yg punya plan. Tapi plan ini sangatlah bagusnya memandangkan rumah flat kami memang tiada ruang untuk ber-bbq ini. So bila Asaraf & Zetty meng-offer rumah mereka sekali gus menjadi host, ramai lah yang bergumbira. So semua orang pun berpakat-pakat & share-share membawa makanan tapi sebelum cerita lebih lanjut credit mesti bagi kat tuan rumah dulu... Terima kasih.
.
Ini lah barisan exco BBQ kali ni, bravo... ahak.
.
Kami sampai lewat sebab awal pagi tu memang sudah ada plan yang bukan tak boleh, tapi sukar nak di elakkan lagi. Makanya by the time kami sampai... wah dah macam macam terhidang atas meja. Ayam kambing sausage ikan udang sotong jagung air asam... slurpp... kan main lagi menggiurkan. Tu belum lagi dengan kek, nasi lemak roti jala ,sate dan beberapa lagi yg tak tahu aku apa namanya. Memang syiok sungguh lah...
.
Mereka ini lah yg berusaha membakar...
.
Budak budak bukan ingat nak makan pun. Diorang lagi suka main kat laman belakang rumah tu. Selebihnya turun naik tangga rumah yang bertingkat2. Ada yang melompat ada yg bergelak sakan, ada yg menangis. Yang menangis tu siapa lagi kalau bukan kakak... ratu air mata... hahahaaa... tapi sejak dah masuk nursery ni dah banyak improve dah. Im very proud of you lah kakak...
.
Dolphins in the river, when they grow up we can transfer them to the zoo... kata bebudak ni... :D

Apalah yg ditenung oleh mereka ini???
.
Lama gak lah berkumpul bersembang tentang cerita yang baru tahu atau pun sekadar mengulang kisah yang sama yang rupa rupanya dulu dah tertinggal ajinomoto penambah perisa, hahahaaa... ada gak ilmu yg dapat dari sembang2 petang itu, sebab sembang bukan sembang kosong, sembang berisi. Perut lah tu... hahahaa... yang seronok tu dapat berkumpul reramai, menjalin eratkan lagi silaturrahim. Memang bagus ada aktiviti begini at least kita boleh keep abreast dan bertanya khabar dengan komuniti orang mesia kita yang nak kata besar tu sebenarnya tak lah sebesar mana.
.
Meriah suasana...
.
Thanks again lah pada tuan rumah yang dah bersusah payah host kan benda ni. Harapnya batu batu yang bebudak dok amik dan ubah tu tak berkurang lah ya, hahahaa... dan ranting-ranting pokok yang diorang patah-patahkan tu tak menjadi satu masalah di kemudian hari. Ahak. Dan lain kali kalau ada rezeki boleh lah kita ulang lagi... kali ini kita cari park, out door pula. Dengarnya Frimley Lodge Park kat surrey ada ruang untuk buat open air BBQ... mmm... apa lagi???? Pegi marinate daging sekarang juga! :D
.


Chiow...

.

***** *** *****