Thursday, 3 September 2009

Ramadhan 1430H


Oooo tak puasa ya??? hahahaa...

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah yang meminjamkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Dan tahun ini kami masih lagi menunaikan ibadah puasa di perantauan. So untuk memeriahkan Ramadhan di sini, maka pihak MSD telah mengatur pelbagai program yg boleh komuniti di sini ikuti. Salah satu darinya adalah program yg di beri nama Happy Hours yang di wujudkan sebelum dan selepas berbuka sehingga masuk waktu isya'. Program happy hours kat sini macam kita karaoke lah. Cumanya karaoke kami ni lebih kepada choir sebab kitorang melagukan beramai2. Minus one nya tadak, tapi lirik lagunya tetap melantunkan seribu makna yang mendalam kalau kita faham. Dan lirik lagu itu tak lain tak bukan adalah kalam Allah yang tertera dalam kitab al-Quran-nul- karim.

Adik jom makan ice cream...


Saya tak posa, saya kecik lagi...

Kami akan baca ayat-ayat Allah secara beramai2 dengan diterajui oleh Ustaz Erfino. Kalau baca sorang sorang... huhuhuuu... sah, teruk aku! Jadi cara ustaz handle happy hours ini aku rasa memberi lebih ruang untuk yg masih merangkak-rangkak macam aku ini untuk turut sama bertadarus. Selang 2 atau 3 muka surat kami akan berhenti dan ustaz akan membuka ruang untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dengan di bantu Ustazah Anis dan Ustaz Din, kami diberitahu tentang cara sebutan yang betul untuk beberapa perkataan serta hukum2 tajwid supaya lantunan suara kami untuk bacaan yg seterusnya tak lah ke laut lagi! hahahaaa.... Selain itu ada kalanya ustaz akan memilih potongan ayat untuk diberikan tafsiran. Senang cakap ianya di buat secara informal sambil kekadang diselang selikan dengan gelak tawa. Memang bess, bila dah join ni aku rasa... mengapalah aku tak join sedari tahun tahun sebelum ni lagi!??? Rugi... rugi...

Kepada sesapa yang dok dekat2 sini, meh la.. sempat lagi. Lagi pun sessi happy hours i.e tadarus ni terbuka, tak kiralah kalau nak ikut hari hari atau hanya pada masa masa kelapangan. Syok... ilmu diberi free, tadak sebarang caj, mana nak dapat? Tak mau?

Satu masa tu kami pi ladang stawberi. Hat ni yg tergantung punya, tadak la sakit pinggang nak ngutip.

Lebat jugak buahnya... tapi takde lah besar besar mana...

Masa memula aku join tu memang malu sebab masa tu la baru terhegeh hegeh nak mengingat balik apa itu izhar, apa huruf ihfa, idgham dsbnya... tu belum lagi bila di sebut hukum2 tajwid yang panjang2 yg ada sesetengah macam tak penah aku dengar namanya.. lagi lah! Tapi aku rasa sebelum2 ni aku silap sebab bila mai bab agama aku selalu rasa malu nak join apatah lagi bila satu satu hal tu aku tak tau.. tapi kalau tak join sampai bila pun tak akan tahu. So untuk peringatan pada diri aku sendiri, boleh lah aku katakan untuk mendalami ilmu Allah ini tidak ada had umur yang boleh dikategorikan sudah terlambat. Selagi ada kemahuan selagi itu belum terlewat.

On the way balik kami singgah kat the Amazing Maize Maze...

Kami tak jumpa jalan keluar bila masuk dalam maize maze ni... so kami patah balik... ahak.

Selain itu pada suatu hari Sabtu telah di anjurkan kursus menguruskan jenazah. Bayaran untuk mengikuti kursus ini hanyalah beberapa jam masa emas kita. Habis beberapa jam masa emas kita tu, dia ganti pula dengan ilmu yg lebih bess dari segunung intan dan berlian. Tu dia... lagi sekali, tamau ka? Ayo, huhuhuu... malangnya kursus mengerjakan haji dan umrah yang di jadualkan minggu ini telah ditunda atas sebab2 yg tak dapat nak di elakkan.

Dalam Amazing Maize Maze tu ada juga tempat duduk2 dan lepak lepak...

Juga bouncy castle dan beberapa lagi permainan yg simple2 yg boleh bebudak enjoy...

Kat surau MSD juga di sediakan jamuan berbuka dan moreh selepas terawikh. Banyak org persendirian dan organisasi yang tampil memberi sumbangan. So apa lagi, moh kita menghidupkan bulan Ramadhan kali ini supaya lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Bila aku ikuti program2 kali ini terasa macam cepat betul Ramadhan berlalu. Ada sekali tu kami sekeluarga berbuka puasa di MSD. Seronok berbuka beramai2.

Selain itu program pot luck para isteri masih berterusan macam tahun2 sebelum ini. Dan para suami memang lah errrrkkkk alhamdulillah apabila the wives semua memberikan yg terbaik untuk di hidangkan sebaik azan maghrib berkumandang. Bravo.

Dah tu kakak dan adik syok manjat jerami yg di buat bertingkat...

Bila masuk bulan Ramadhan ni tentu ramai yg terkenang2 peristiwa zaman kanak2. Aku pula bila dah dok jauh ni memanglah teringatkan keluarga especially mak dan arwah ayah. Dulu Mak aku berjual kuih bahulu. Jadi rumah kami, di atas kerusi rotan, atas katil, kat depan, kat dapur semua penuh dengan kuih bahulu. Beribu-ribu jumlahnya. Sampai adik beradik aku pun dah tak termakan kuih bahulu. Namun arwah ayah tak penah jemu-jemu dengan kuih yang mak buat tu. Teringat macamana sukanya arwah ayah memakan kuih bahulu itu dicicah dengan kopi! :D... Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga tempatnya sentiasa terang, luas, tenang dan aman di sana. Amin.


Petangnya kami pi pula ke Birthday Party adik Irfan Daniel...

Dan bila aku balik cuti time MRSM dulu, kebetulan pulak time tu bulan puasa, aku akan dok lepak kat rumah sambil menemani mak membuat kuih bahulu di luar bahagian dapur. Masa tu mana ada oven lagi. Mak masih menggunakan tin biskut yang besar tu yang di potong separuh dan di isikan pasir dalamnya sebelum di letakkan helaian kertas surat khabar dan acuan. Di atas nya pula diletakkan bara api bersama dengan sabut kelapa. Asap dia berkepul2 menyebabkan atap zink akan berjelaga. Sesekali bila mak perlu berhenti untuk menunaikan solat, aku lah yang akan ganti kan. Percaya tak? Terrer oooo.... ahak!... :D

Masih ingat lagi... 600 gram gula di pukul dengan 10 biji telur gred A! tu dia... hahahaaa... pastu campurkan tepung secukupnya, gaul sebati sebelum di ceduk dengan sudu dan di transfer ke acuan yg dah sedia panas dalam tin biskut tadi. Dan suatu masa tu ada anak jiran aku dok melangut tengok aku buat kuih bahulu tu dari tepi pagar. Budak lagi... so aku tanya dia:
Puasa tak hari ni? Kalau tak, nah amik kuih ni...

So apalagi, cepat ja budak tu datang. Kenapa tak puasa? aku tanya lagi... nak tahu apa jawab budak tu? katanya: Abah saya pun tak puasa... hahahahaaa.... lawak. Kantoi. Pecah rahsia betoi la budak tu... tak terkata aku, kih kih kih.

Pada suatu ketika yg lain, Harris & Raja Badrul sefamily berkunjung di rumah kami...

Dulu masa time aku dok kuarters perak hydro, rumah kami kecik sangat dengan 8 beradik dalamnya. Ruang tamu, ruang makan dan ruang tido adalah tempat yg sama. Bila time berbuka, kuih pun dah dibahagi-bahagikan sama rata. Kadang2 rasa sayang pulak nak habiskan, hahahaaa... lawak. Tapi arwah ayah bila nampak begitu akan hulurkan sebahagian portion dia kat pinggan aku atau pun pinggan adik aku. :D

Pasal bab terawikh pula aku tak banyak kenangan. Sebetulnya masa kecik2 dulu aku cuma penah berterawikh sekali dua sahaja. Kuarters kami tu jauh dengan surau. So arwah ayah cuma akan bawa mak sahaja naik motor kapcainya. Kalau ada hari hari tertentu yang special sikit kami akan berjalan kaki dalam setengah jam juga nak sampai ke surau tu.

Sekarang banyak bezanya. Kiri kanan selangkah dua dah ada surau masjid. So apa pula alasan kita untuk tidak menghidupkan Ramadhan dengan berjemaah. Kadang2 malu juga dengan pakcik2 tua yang dah longlai pun mampu melangkah ke masjid, tapi aku... adoooi, letih dan bercintanya nak habiskan 8 rakaat terawikh tu, huhuhuuu... Lagi pulak, aku ni kalau dok rumah alamat terawikh tu atas katil sahaja lah, so tu lah aku cuba try gagah kan juga agar dapat bersolat bersama. Harapnya Allah memberikan kekuatan itu pada aku.

Hmmm, itu ja lah nak kongsi sikit dengan korang yg sudi menjengah di sini. Selamat meneruskan ibadah puasa. Tak lama lagi dah nak raya. Berbelanja tu jangan berlebih2 sangat. Ikut kemampuan diri sendiri ya... jangan lepas raya kad kredit datang melayang2, hahahaa... Oke lah. Sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku chiow dulu...

Salam...

*Salam Merdeka... Merdeka kah jiwa kita? Tepuk dada sendiri...

***** *** *****

Monday, 17 August 2009

Congratulations...

TAHNIAH tahniah tahniah.... Anak sedara aku yg paling sulong dari 33 orang semuanya sudah pun menerima Ijazah. Cik Ajam sekeluarga turut berasa bangga dengan kejayaan kak Cho. Cepat betoi masa berlalu... teringat ringat lagi masa kak cho kecik2 dulu. Macam baru semalam ja cik ajam dukung dan lambung lambung! hahaaa.... Semoga kejayaan ini turut dapat membakar semangat semua sepupu kak Cho yg ramai itu.... dan kami doakan semoga Allah membuka ruang seluas-luasnya untuk kak Cho memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di masa depan... insyaAllah...
.
Tahniah Kak Cho...
Gambar Family... The Girls semua dah ke rumah kami, yg lelaki bila pula???
.
Yang lelain... main, main juga, study jangan langsung lupa... jom strive for success!
.
Salam.

***** *** *****

Wednesday, 5 August 2009

Kawan Lama & Windsor

..
Kawan Lama
.
IT has been more than 13 years since i left MSM and since then i haven't got a chance to be in contact with Ahmad Riza. For some, 13 years is just a blink of an eye but for me... that is considerably and significantly long and i am very delighted to have been reunited with him. Upon learning that he is visiting UK for his almost 10 days vacation, i took the liberty to embrace the old time memories and i grabbed the opportunity to invite him for dinner. He accepted whole heartedly and arrived at our place with his wife, Junidza, who by the way was actually our junior, his friend - Cempaka who was our batch and to my surprise has been here for nearly 13 years, and with his 3 adorable children Irfan, Aqila and Alia.
.
We met, we hugged and the first word that he uttered was: lainnya ko!... hahahaa... yes i have changed - a lot. I was very much smaller and skinny back then in msm and now i have bloated by how many folds, only god knows, hahahaa... Infact his wife had wrinkles on her face just to remember which one was me but, of course - with much difficulty, finally the old timorous me came flickling into her mind... ahak. :D
.


Cempaka is the one in the middle, so i'm sure u guys can figure out the rest... :D
.
Ahmad Riza - he is still as chirpy as ever and yes, to answer his wife question, i will definitely recognize him should i bump into him on the street. He still look the same, the only different is his hair which i reckon has started to grow scarcely, hahahaa... Since the 4 of us, me Riza his wife and Cempaka all came from the same college, we have a lot of common things to chat about. Mummy had also enjoyed our old time stories and sure she can relate it since, by now, mummy has known most of my friends.
.
We joke, we laughed, we updated each other about ourselves and not to mention our other common friends as well and of course few names spurted from our lips like a river flow. Thus our voices (especially me! hahahaa...) jumbling and dancing in the air, filling up all the gap in the living room that, at certain instances, I thought were almost palpable. I mentioned about Ariff who is happened to be in London for vacation but sadly unable to join us as he was driving up north at the time we gathered. How we wish he could come and our dinner surely would be merrier.
.
Meeting old friends is always something, what more when it reminisces the good old days and how glad i am that most of us have emerged - not only in size, haahahaaa... but career wise even though there are very much more to achieve and to look forward in the future. Riza is attached with Petronas and now pursuing his PhD and i wish him all the best. Should i know that he now resides in Holland, we definitely have sneaked-out to meet him during our last visit to Amsterdam. Tapi apa pun Alhamdulillah, thanks for accepting our invitation and may Allah bless and bestows us an everlasting friendship, insyaAllah. Keep in touch, fb kan ada... :D
.
.
Windsor
.
Tanpa ada sebarang plan kami pergi ke Windsor. Plan asal nak ke Bournemouth tapi bila masuk M3 aku tengok banyak sangat road works sampai drive pun begitu sluggish sekali, terus aku deviate to Windsor. Lagi pulak time tu kami bertolak lambat, dengan jem yg tak di undang tu maka pukul berapa lah pula nak bertolak balik nanti? Windsor was not a bad choice after all.
.

Di Windsor ada ferries wheel juga...
Adik berlari2 di padang lapang di Windsor, ramai org sunbathing....
.
Kat situ la ni ada funfair, tapi kami cuma pergi ke satu bahagian mini funfair sahaja yg kakak begitu enjoy naik corousel. Adik ntah napa sejak 2 menjak ni takut pulak dengan benda benda camni. So kakak conquer la & adik berdiri saja diluar sambil lambai2 kakak. Dah naik tu naik choo choo train pulak, sebab nak temankan budak pun kena token, so mummy saja yg naik. Dapat lah daddy snap snap gambo dari tepi pagar.
.
Habis hati....

One way ticket.... one way ticket...
.
Dah tu kitorang naik big wheel kat situ. Not bad la pemandangan dia and of course this is much much cheaper than London Eye. I think kakak & adik like this the most since it gave us 5 rounds and plus we do not have to share our capsule. Bijak diorang ni tangkap gambar kita sebelum naik dan bila kita turun dia dah buat siap dlm bentuk poskad. £12 pulak tu... walaupun ada banyak keping & di serta sekali dengan CD pemandangan di London/Windsor kami tak beli lah... baik spend that money for ice cream... kan, kan, kan? hahahaa...
.
Kakak dan adik tengok pemandangan Windsor...
Nampak Windsor Castle dari atas Ferries Wheel ini...
Lagi pemandangan Windsor...
Daddy tangkap gambar adik ngan kakak...
Kakak tangkap gambar daddy ngan mummy pula... :D
.
Dah tu ingat nak balik lah tapi bila lalu kawasan trampoline adik mengamok nak naik. Trampoline yg jenis ada tali tu, yg terlambung2 dan aku rasa mesti gayat jugak time dia jatuh ikut gravity. Jadinya aku pun confuse dan berbelah bagi dengan keberanian adik ni, betoi ka berani ni??? Pujuk pujuk tamau jugak. Angkat, dia mengamok dan bila lepas terus dia lari ke trampoline tu lagi. Adik jump, adik jump... katanya berulang2. So sebab dia dah nak sangat aku pun pegi la beli token walau pun dalam hati aku ragu ragu dengan permintaan adik ni... When i lifted adik on the trampoline i saw his face turned slightly pale but still he sidled up to the girl who eventually buckled him up with the safety belt. So apa jadi? Beranikah adik naik trampoline ni? Adegan seterusnya tak payah cerita, kita tengok gambo kat bawah ini lah...
.

Adik di pasangkan dengan safety belt...

Are you okay? tanya minah salleh tu.... Yeaaasssss jawab adik....
Sekali bila minah tu lepas ja, terus adik jerit. Uwaaaaaaaaaaa....
.
Its alright, its not that bad, isnt it? Kata minah tu cuba memujuk... tapi adik nangis juga, tak kasi can, huhuhuuu.... rileks la adik... Daddy pun cuba pujuk dari luar trampoline. Malangnya bagai mencurah air ke daun keladi, tu dia sempat berperibahasa, hahaaa... namun adik tak kira tetap nangis jugaaa... laaa... rugi la token tu adik... £5 tuu... jangan la nangis adik... jangan lah nangis ya. Bila dah pujuk pun tak jalan terpaksalah adik turun.... huhuhuuuu....
.
.... dan akhirnya Daddy jugaaaaaaaak yg ganti. Wooohoooo..... besss oooo... jump! jump! jump! Wooohoooooooo..........
.
Ahak!
Jumpa laaaaaaaaaagi....
.

***** *** *****
.

Friday, 31 July 2009

Whipsnade Zoo & Merdeka Bowling Tournament

.
Whipsnade Zoo
.
MUSIM panas ni banyak pulak lah out door aktiviti nursery kakak ni. Tapi kali ni mummy terlupa register nama kakak untuk trip ke Battersea Zoo. So tinggallah kakak di nursery dengan beberapa budak, sedang majoriti yg lainnya sedang bersuka ria di taman haiwan. Bila aku balik keja asyiklah kakak tanya: Can we go to the zoo, daddy? Bincang bincang ngan mummy last sekali kitorang decide pegi ke Whipsnade Zoo yang lebih besar dari Battersea Zoo tu.. ya lah, dah alang alang kan?
.

Welcome to Whipsnade Zoo...
Gambar tersembunyi.. cari 3 melayu di situ... mmm... mana ya?
.
Excited lah dua beradik ni... kakak kata nak tengok Giraffe... ekslusif dia sorang ja yg buleh tengok zirafah, sampaikan kalau adik cakap nak tengok zirafah dia marah marah mengamok pulak, hahahaaa... lawak. Adik, you want to see elephant, kakak see giraffe, katanya dengan nada marah. Iya lah... adik buat muka selamba pastu tanya pulak dengan nada innocent, adik see elephant? hahahaa... nak tergelak aku dengar conversation dua beradik ni... Lagi tergelak bila kakak tanya, daddy can i have a pet? What pet do you want...? a cat katanya... adik? tanya aku... mmmm... lama adik pikir pastu dia jawab elephant! kah kah kah....
.
Seladang ke lembu jenis apa ke ni... dari Afrika katanya...

Brown panda tengah lunch... sekor ujung sana tengah membuta.
.
Rupanya Whipsnade Zoo ni kita boleh bawa keta masuk ke dalam. So tak perlu lah kita menapak jauh. Tapi bila dah park baru tahu alternative ni... apa boleh buat, menapak sahaja lah. Banyak juga binatang di sini. Dan kawasan nya pun luas juga. Letih lah rasanya kalau betul betul nak tengok ke semua binatang yg ada di sini. Tapi aku tertarik dengan pemandangan di ruang picnic dia. Sebab dia atas bukit so angin sangatlah garang bertiup dan kita boleh nampak kawasan padang yang luas dgn di hujungnya ada rumah rumah kampung. Cantik lah. Baru kami plan nak bukak bekal nasi lemak kat situ, tetiba hujan daaaa... kami pun gerak lah ke tempat lain.
.
Picnic area. Merenung pemandangan yg luas terbentang, saujana mata memandang... oke pusing!
My two Cayangku... Anna Nabila & Afdzal Haziq...
.
Nasib hujan kat UK ni takde la berjam jam... kurang 10 menet dia berenti... yeahhhh.. bagus sekali. Sebab angin kuat awan hitam pun nampaknya cepat berarak ke kawasan lain. Alhamdulillah, syukuuuuurrrr. Sebab kakak nak tengok Giraffe so kami pun terus ke situ dan dok berlama sambil kami soroo nasi lemak tadi kat satu log kayu yg dia dah potong cantik jadi tempat duduk.
.
Zirafah.... kakak punya favourite animal...

Binatang ni lepas bebas dan kakak asyik nak mengejarnya...
Singa pun macam ular sawa, lepas kenyang, tidooo...
.
Sebab kawasan ni luas sangat kami amik keputusan untuk naik ketapi dia sahaja untuk tengok binatang2 yang lain nya. Sebaik keretapi bergerak adik pun lelap. Kakak saja yang berjaga sepenuhnya. So masa lalu kat kawasan elephant tu adik tak dapat lah tengok binatang yg dia nak ambik jadi pet-nya itu sebab dah lena di ulit intan. Nyenyak betoi.
.
Gajah, tengok dr dlm train....
Sekawan badak sumbu tengah meeting pasal global warming!
Org ramai kusyuk tengok sea lion show... bess.
.
Turun dr train kakak terus excited sebab nampak playground. Tunggu lah dia main slide kat situ sorang2. Ajak ke tempat lain tak mau dia. Seronok sangat. Itu pun masih banyak lagi bahagian dlm Zoo ini yang kami tak pi. Macam tempat burung memang tak masuk langsung. Ruang discovery dia pun tak sempat lah. Show burung hantu dan burung helang sempat tengok sekejap sahaja pastu terus proceed ke show singa laut. Best jugalah.
.
Mummy tunggu adik yg nyenyak tido while daddy teman kan kakak...
Kakak enjoyed every moment at the playground in Whipsnade Zoo...
Dalam terowong badan gajah....
.
Kiranya puas hati lah dua beradik ni setelah hampir seminggu dok tanya... can we go to the zoo daddy? can we go to the zoo daddy? can we go to the zoo daddy? can we go......? huhuhuuu...


Merdeka Bowling Tournament

Bebaru ni Malaysia High Commission menganjurkan lagi annual event Merdeka Bowling Tournament. Aku seperti tahun tahun sebelumnya menyertai sebagai tanda sokongan dan pegi dengan Riz sebab mummy lebih selesa melayan kerenah kakak dan adik di rumah sahaja. Kali ni penyertaan was encouraging infact i think this was the biggest crowd in 4 years. Every each individual was at their top form since i believe most, if not all, have had several trainings dedicated for this event for many weeks earlier. Here I would like to congratulate the organizer who has done a good job despite of the lack of sponsorship. Well, not the prize that matters but the chance to meet each other over activity like this that counts. Nevertheless, the curry puff and sandwiches were yummy... £10 for 3 games plus free food & drinks? I would say forget about the prize, its a real value for money, of course! Thanks... So here are some pictures that i would like to share... :D.


My Team - Kita tempuh segala rintangan, Kecundang jua menimpa... kita telah mencuba segala, namun tewas akhirnya.... :(

Team corot vs team Juara
L-R: Riz, Me, Mahanum, Halimah, Kak Nani, Azian, Zofri & Dzul

Daddy dapat juga hadiah kategori perseorangan, heheee... Dari Datin Sharina for Men Highest Score... Surprisingly daddy did very well for the 1st game, deteriorated so badly on the 2nd game and failed to redeem on the 3rd game... huhuhu... but that did not stop me from winning some prizes, tu dia RIAK! ya ampun, hahahaaa....

Dari Dato' Rustam - Third place Men Series. Wartawan mana tangkap gambar daddy tu, selak selak lah paper bahagian sukan, kot kot ada... ahak.

Inilah hadiah hadiah yg gue menangi... Jangan Jiyyeaaaaloussss! hahahaaaa....
.
.
Chiow!


***** *** *****

Wednesday, 29 July 2009

Fruit Picking & BBQ

TIME summer ni memang 2 perkara ini menjadi pilihan kebanyakan orang, tak kira lah dia tu mat salleh ka mat tak salleh ka... memang syiok bila berkumpul reramai ni.
.
.

Fruit Picking
.
Kali ni kami berkonvoi 5 family pergi ke mana lagi kalau bukan ke Garsons fruit farm. Family Harris, family Mozak, family Ustaz Erfino & family Fizan... Anak anak lah yg paling seronok, ada tak de buah bukan diorang kira. Tempat ni dah banyak kali tulis, so nak letak gambar sajalah.
.
Kakak mencari strawberi yg dah tinggal saki baki saja...

Adik & Elis di celah rimbunan pokok labu air...
Mummy pujuk strong boy yg nangis lepas kaki terperosok celah kerusi sebelah kedai souvenir...
.
Malangnya trip yang ni memang tak berapa nak menguntungkan sebab nya buah buah pun dah hujung hujung sahaja. Strawberry pun cinonet. Black berri pulak masam. Cherry dah tadak. Jagung belum matang lagi. Courgette ada tapi mummy plak tatau nak masak apa. Apple dah berbuah tapi belum boleh di petik. Plum bulan 8 nanti baru ready. Brokoli kami amik 3 ketui. Kobis dah habis. Bunga matahari pun dah tinggal tongkol nya saja. Tapi oke lah bila melihat anak anak seronok berkumpul dan berlari sana sini.
.
Makan time. Apa la yg menggelikan hati tu???
Dah selesai makan.. bergambar pula...
.
Tengkiulah pada semua especially kaum ibu yang bersusah payah membawa macam2 bekal untuk kita soroo secara berjemaah! Tu dia... hahahaaa. Cuma kali ni pekerja Garsons Farm ni agak suspicious pulak dengan pengunjungnya. Masa org ramai tengah makan kat picnic area dia tu, ada pekerja dia datang cek boot kereta dan resit. Dia takut kita petik petik, bawak ke picnic area, ngap pastu terus blah tak bayar... isk. Apa pun it was a nice family outing.
.
.

BBQ
.
Ini the wives la yg punya plan. Tapi plan ini sangatlah bagusnya memandangkan rumah flat kami memang tiada ruang untuk ber-bbq ini. So bila Asaraf & Zetty meng-offer rumah mereka sekali gus menjadi host, ramai lah yang bergumbira. So semua orang pun berpakat-pakat & share-share membawa makanan tapi sebelum cerita lebih lanjut credit mesti bagi kat tuan rumah dulu... Terima kasih.
.
Ini lah barisan exco BBQ kali ni, bravo... ahak.
.
Kami sampai lewat sebab awal pagi tu memang sudah ada plan yang bukan tak boleh, tapi sukar nak di elakkan lagi. Makanya by the time kami sampai... wah dah macam macam terhidang atas meja. Ayam kambing sausage ikan udang sotong jagung air asam... slurpp... kan main lagi menggiurkan. Tu belum lagi dengan kek, nasi lemak roti jala ,sate dan beberapa lagi yg tak tahu aku apa namanya. Memang syiok sungguh lah...
.
Mereka ini lah yg berusaha membakar...
.
Budak budak bukan ingat nak makan pun. Diorang lagi suka main kat laman belakang rumah tu. Selebihnya turun naik tangga rumah yang bertingkat2. Ada yang melompat ada yg bergelak sakan, ada yg menangis. Yang menangis tu siapa lagi kalau bukan kakak... ratu air mata... hahahaaa... tapi sejak dah masuk nursery ni dah banyak improve dah. Im very proud of you lah kakak...
.
Dolphins in the river, when they grow up we can transfer them to the zoo... kata bebudak ni... :D

Apalah yg ditenung oleh mereka ini???
.
Lama gak lah berkumpul bersembang tentang cerita yang baru tahu atau pun sekadar mengulang kisah yang sama yang rupa rupanya dulu dah tertinggal ajinomoto penambah perisa, hahahaaa... ada gak ilmu yg dapat dari sembang2 petang itu, sebab sembang bukan sembang kosong, sembang berisi. Perut lah tu... hahahaa... yang seronok tu dapat berkumpul reramai, menjalin eratkan lagi silaturrahim. Memang bagus ada aktiviti begini at least kita boleh keep abreast dan bertanya khabar dengan komuniti orang mesia kita yang nak kata besar tu sebenarnya tak lah sebesar mana.
.
Meriah suasana...
.
Thanks again lah pada tuan rumah yang dah bersusah payah host kan benda ni. Harapnya batu batu yang bebudak dok amik dan ubah tu tak berkurang lah ya, hahahaa... dan ranting-ranting pokok yang diorang patah-patahkan tu tak menjadi satu masalah di kemudian hari. Ahak. Dan lain kali kalau ada rezeki boleh lah kita ulang lagi... kali ini kita cari park, out door pula. Dengarnya Frimley Lodge Park kat surrey ada ruang untuk buat open air BBQ... mmm... apa lagi???? Pegi marinate daging sekarang juga! :D
.


Chiow...

.

***** *** *****