Thursday 3 September 2009

Ramadhan 1430H


Oooo tak puasa ya??? hahahaa...

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah yang meminjamkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Dan tahun ini kami masih lagi menunaikan ibadah puasa di perantauan. So untuk memeriahkan Ramadhan di sini, maka pihak MSD telah mengatur pelbagai program yg boleh komuniti di sini ikuti. Salah satu darinya adalah program yg di beri nama Happy Hours yang di wujudkan sebelum dan selepas berbuka sehingga masuk waktu isya'. Program happy hours kat sini macam kita karaoke lah. Cumanya karaoke kami ni lebih kepada choir sebab kitorang melagukan beramai2. Minus one nya tadak, tapi lirik lagunya tetap melantunkan seribu makna yang mendalam kalau kita faham. Dan lirik lagu itu tak lain tak bukan adalah kalam Allah yang tertera dalam kitab al-Quran-nul- karim.

Adik jom makan ice cream...


Saya tak posa, saya kecik lagi...

Kami akan baca ayat-ayat Allah secara beramai2 dengan diterajui oleh Ustaz Erfino. Kalau baca sorang sorang... huhuhuuu... sah, teruk aku! Jadi cara ustaz handle happy hours ini aku rasa memberi lebih ruang untuk yg masih merangkak-rangkak macam aku ini untuk turut sama bertadarus. Selang 2 atau 3 muka surat kami akan berhenti dan ustaz akan membuka ruang untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dengan di bantu Ustazah Anis dan Ustaz Din, kami diberitahu tentang cara sebutan yang betul untuk beberapa perkataan serta hukum2 tajwid supaya lantunan suara kami untuk bacaan yg seterusnya tak lah ke laut lagi! hahahaaa.... Selain itu ada kalanya ustaz akan memilih potongan ayat untuk diberikan tafsiran. Senang cakap ianya di buat secara informal sambil kekadang diselang selikan dengan gelak tawa. Memang bess, bila dah join ni aku rasa... mengapalah aku tak join sedari tahun tahun sebelum ni lagi!??? Rugi... rugi...

Kepada sesapa yang dok dekat2 sini, meh la.. sempat lagi. Lagi pun sessi happy hours i.e tadarus ni terbuka, tak kiralah kalau nak ikut hari hari atau hanya pada masa masa kelapangan. Syok... ilmu diberi free, tadak sebarang caj, mana nak dapat? Tak mau?

Satu masa tu kami pi ladang stawberi. Hat ni yg tergantung punya, tadak la sakit pinggang nak ngutip.

Lebat jugak buahnya... tapi takde lah besar besar mana...

Masa memula aku join tu memang malu sebab masa tu la baru terhegeh hegeh nak mengingat balik apa itu izhar, apa huruf ihfa, idgham dsbnya... tu belum lagi bila di sebut hukum2 tajwid yang panjang2 yg ada sesetengah macam tak penah aku dengar namanya.. lagi lah! Tapi aku rasa sebelum2 ni aku silap sebab bila mai bab agama aku selalu rasa malu nak join apatah lagi bila satu satu hal tu aku tak tau.. tapi kalau tak join sampai bila pun tak akan tahu. So untuk peringatan pada diri aku sendiri, boleh lah aku katakan untuk mendalami ilmu Allah ini tidak ada had umur yang boleh dikategorikan sudah terlambat. Selagi ada kemahuan selagi itu belum terlewat.

On the way balik kami singgah kat the Amazing Maize Maze...

Kami tak jumpa jalan keluar bila masuk dalam maize maze ni... so kami patah balik... ahak.

Selain itu pada suatu hari Sabtu telah di anjurkan kursus menguruskan jenazah. Bayaran untuk mengikuti kursus ini hanyalah beberapa jam masa emas kita. Habis beberapa jam masa emas kita tu, dia ganti pula dengan ilmu yg lebih bess dari segunung intan dan berlian. Tu dia... lagi sekali, tamau ka? Ayo, huhuhuu... malangnya kursus mengerjakan haji dan umrah yang di jadualkan minggu ini telah ditunda atas sebab2 yg tak dapat nak di elakkan.

Dalam Amazing Maize Maze tu ada juga tempat duduk2 dan lepak lepak...

Juga bouncy castle dan beberapa lagi permainan yg simple2 yg boleh bebudak enjoy...

Kat surau MSD juga di sediakan jamuan berbuka dan moreh selepas terawikh. Banyak org persendirian dan organisasi yang tampil memberi sumbangan. So apa lagi, moh kita menghidupkan bulan Ramadhan kali ini supaya lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Bila aku ikuti program2 kali ini terasa macam cepat betul Ramadhan berlalu. Ada sekali tu kami sekeluarga berbuka puasa di MSD. Seronok berbuka beramai2.

Selain itu program pot luck para isteri masih berterusan macam tahun2 sebelum ini. Dan para suami memang lah errrrkkkk alhamdulillah apabila the wives semua memberikan yg terbaik untuk di hidangkan sebaik azan maghrib berkumandang. Bravo.

Dah tu kakak dan adik syok manjat jerami yg di buat bertingkat...

Bila masuk bulan Ramadhan ni tentu ramai yg terkenang2 peristiwa zaman kanak2. Aku pula bila dah dok jauh ni memanglah teringatkan keluarga especially mak dan arwah ayah. Dulu Mak aku berjual kuih bahulu. Jadi rumah kami, di atas kerusi rotan, atas katil, kat depan, kat dapur semua penuh dengan kuih bahulu. Beribu-ribu jumlahnya. Sampai adik beradik aku pun dah tak termakan kuih bahulu. Namun arwah ayah tak penah jemu-jemu dengan kuih yang mak buat tu. Teringat macamana sukanya arwah ayah memakan kuih bahulu itu dicicah dengan kopi! :D... Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga tempatnya sentiasa terang, luas, tenang dan aman di sana. Amin.


Petangnya kami pi pula ke Birthday Party adik Irfan Daniel...

Dan bila aku balik cuti time MRSM dulu, kebetulan pulak time tu bulan puasa, aku akan dok lepak kat rumah sambil menemani mak membuat kuih bahulu di luar bahagian dapur. Masa tu mana ada oven lagi. Mak masih menggunakan tin biskut yang besar tu yang di potong separuh dan di isikan pasir dalamnya sebelum di letakkan helaian kertas surat khabar dan acuan. Di atas nya pula diletakkan bara api bersama dengan sabut kelapa. Asap dia berkepul2 menyebabkan atap zink akan berjelaga. Sesekali bila mak perlu berhenti untuk menunaikan solat, aku lah yang akan ganti kan. Percaya tak? Terrer oooo.... ahak!... :D

Masih ingat lagi... 600 gram gula di pukul dengan 10 biji telur gred A! tu dia... hahahaaa... pastu campurkan tepung secukupnya, gaul sebati sebelum di ceduk dengan sudu dan di transfer ke acuan yg dah sedia panas dalam tin biskut tadi. Dan suatu masa tu ada anak jiran aku dok melangut tengok aku buat kuih bahulu tu dari tepi pagar. Budak lagi... so aku tanya dia:
Puasa tak hari ni? Kalau tak, nah amik kuih ni...

So apalagi, cepat ja budak tu datang. Kenapa tak puasa? aku tanya lagi... nak tahu apa jawab budak tu? katanya: Abah saya pun tak puasa... hahahahaaa.... lawak. Kantoi. Pecah rahsia betoi la budak tu... tak terkata aku, kih kih kih.

Pada suatu ketika yg lain, Harris & Raja Badrul sefamily berkunjung di rumah kami...

Dulu masa time aku dok kuarters perak hydro, rumah kami kecik sangat dengan 8 beradik dalamnya. Ruang tamu, ruang makan dan ruang tido adalah tempat yg sama. Bila time berbuka, kuih pun dah dibahagi-bahagikan sama rata. Kadang2 rasa sayang pulak nak habiskan, hahahaaa... lawak. Tapi arwah ayah bila nampak begitu akan hulurkan sebahagian portion dia kat pinggan aku atau pun pinggan adik aku. :D

Pasal bab terawikh pula aku tak banyak kenangan. Sebetulnya masa kecik2 dulu aku cuma penah berterawikh sekali dua sahaja. Kuarters kami tu jauh dengan surau. So arwah ayah cuma akan bawa mak sahaja naik motor kapcainya. Kalau ada hari hari tertentu yang special sikit kami akan berjalan kaki dalam setengah jam juga nak sampai ke surau tu.

Sekarang banyak bezanya. Kiri kanan selangkah dua dah ada surau masjid. So apa pula alasan kita untuk tidak menghidupkan Ramadhan dengan berjemaah. Kadang2 malu juga dengan pakcik2 tua yang dah longlai pun mampu melangkah ke masjid, tapi aku... adoooi, letih dan bercintanya nak habiskan 8 rakaat terawikh tu, huhuhuuu... Lagi pulak, aku ni kalau dok rumah alamat terawikh tu atas katil sahaja lah, so tu lah aku cuba try gagah kan juga agar dapat bersolat bersama. Harapnya Allah memberikan kekuatan itu pada aku.

Hmmm, itu ja lah nak kongsi sikit dengan korang yg sudi menjengah di sini. Selamat meneruskan ibadah puasa. Tak lama lagi dah nak raya. Berbelanja tu jangan berlebih2 sangat. Ikut kemampuan diri sendiri ya... jangan lepas raya kad kredit datang melayang2, hahahaa... Oke lah. Sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku chiow dulu...

Salam...

*Salam Merdeka... Merdeka kah jiwa kita? Tepuk dada sendiri...

***** *** *****