Sunday, 26 July 2009

Summer Fayre & A Seaside Trip

MUMMY awal awal lagi dah bagi tahu yg nursery kakak akan buat Summer Fayre ~ charity event untuk diorang kumpul duit untuk beli toys baru untuk nursery tu. So takde lah nursery tu harapkan duit yuran semata, kiranya macam dia ajak community situ join samalah dalam aktiviti bergumbira sambil menderma ni. Parents pun di minta menyumbangkan makanan untuk di jual pada hari tersebut.
.

Org ramai bawa anak2 sambil beratur nak masuk ke Summer Fayre...
.
Summer Fayre tu dia buat hari Jumaat kul 6 petang ke atas kat nursery tu lah. So tengahari tu sebelum pi semayang Jumaat aku hantar lah kakak. Bukak-bukak pintu nursery tu tengok tengok manager nursery tu, Jeane namanya, dah tercongok menyambut kedatangan budak-budak. Come in Anna katanya pada kakak. Pastu dia pulak peringatkan aku pasal summer Fayre tu: Well daddy we are going to have our summer fayre this evening. You must dress up, wear your traditional costume oke? katanya lagi. Aku pun meng-iyo-kan lah... Takkan aku nak pakai baju melayu pulakkan? So aku decide pakai batik ja. Bila sampai situ petang tu, aku tengok tadak sapa pun pakai costume negara memasing. Siot betoi. Dah aku rasa macam wakil rakyat datang menengok kawasan pulak dah. Menyumpah aku dlm hati, hampeh punya Jeane! hahahaaa.... terkena aku! Nasib baik Jeane tu dress up paling cantik siap set set rambut kata mummy, hehehee....
.

Tu dia wakil rakyat dah mai... ya ada apa masalah?

Mary sedang jual makanan yg di contribute oleh parents. Mummy contribute kek pisang dlm tupperware yg ada bendera Mesia tu... jap je lesap, uish... laku sangat ka???
.
Macam macam aktiviti juga dia sediakan kat summer fayre ni. Kena beli token untuk setiap event. Ada bouncy castle, face painting, lucky dip, auction, singing, hand massage etc... kira pandai jugak lah diorang ni cari duit. Token murah ja, 20p seketoi. Time kuiz around the world tu aku tengok mat salleh siap google jawapan guna iphone memasing tu. Tak aci betoi lah, hahahaa...
.
Jump jump jump...
Jeane yg melaram pakai baju biru tu...
.
Surprisingly kakak nak pulak buat face painting. So bagilah 3 token untuk minah tu lukis muka dia. Daddy I want butterfly... katanya. Oke lah... tapi sebab ni amatur yg lukis kan, aku tengok ntah hapa hapa ja rama rama nya... takde glitter glitter pun yg macam biasa pro buat. Tengok dua kali dah macam mask robin pulak! hahahaaa... Tapi kakak suka, senyum lebo dia dengan butterfly kat muka dia tu... maknanya oke lah tu... Adik baru half hour dah ngantuk nak tido... apatah lagi sebab dia excited sangat nak dok kat kerusi nursery tu sampai akhirnya terjelepok jatuh ke lantai. Siap dapat ice bag lagi cikgu nursery tu bagi suh letak kat muka, padahal sikit ja... :) baguih la depa concern.
.
Kakak sedang di conteng muka...
Seronok main bubble yg dia dapat dari lucky dip...
.
Bila dah kena dengan kerenah kanak kanak maka standard lah bila program pun terlajak2. Time auction dia bermula tu dah pukul 8 lebih nak dekat 9 malam dah. So ini lah time tido kakak dan adik. Bila dah nak time tido apa lagi, mula lah nak meragam. Bila dah meragam, kami pun decide chabut saja lah. Token pun masih ada dalam kocek, tak habis pakai pun. Hmmm... tak apa lah. Sedekah! ahak.
.
Adik dah nak tido daaaa....
.
Pada hari yang lainnya nursery kakak buat trip ke seaside pula kat Broadstairs. Kali ni aktiviti terbuka untuk seisi keluarga, so ramai lah juga yang attend bawa anak memasing. Bebudak pegi free & siap di sediakan snack pergi balik dalam train dan lunch pack masa kat pantai. Cuma parents/guardians saja yang kena bayar. Memandangkan cuti aku banyak lagi so aku dengan sukahatinya mengikutlah rombongan nursery kakak kali ni. Kul 9 pagi semua berkumpul kat Victoria Train station. Jean, Bina, Lucy dan sesapa yg incharge kat nursery tu sibuk lah make sure semua orang ada sebelum bertolak. Adik pun excited sama, sedari malam lagi asyik cakap: adik wants to go on a choo choo train. Kakak apatah lagi siap dia make sure baju mandinya tu dah masuk dalam beg. Bila daddy cakap dah masuk, can i see it please, pulak mintanya.
.

Tak mau diam dlm train... mak anak mat salleh tu tolong supervise kan...

Dah sampai singgah beli alat buat sand castle dulu...
.
Pantai ni jauh jugak dan memang sesuai untuk yg ada family kecik. Sebabnya dia ada buat trail dari papan menyusur sepanjang pantai jadi boleh lah kita tolak stroller, kalau tak, sah mamposs nak menolok stroller atas pasir pantai. Bahagian pantainya pun tak besar mana, mungkin sebab ini pihak nursery pilih tempat ni. Senang diorang nak make sure semua ada berkumpul disitu.
.

Try bawak adik... tak mau dia main air laut...

Mummy di gigi air... kakak tang tu ja la paling dekat ngan air laut...

Makan time... fish, scampi, vege burger, fries...
.
Kesian pulak kat adik ngan kakak yang macam tak penah turun mandi air laut. Bila nampak laut bukan main excited, bila kena air laut dan dengar ombak yg menderu tu terus takut pulak, hahahaa... Hari tu masa balik mesia tu ada hajat nak ke laut, tapi tak kesampaian sebab jadual kami macam pack lah pula. Jadinya bila ada trip ni kami tak teragak2 untuk ikut tapi 2 beradik ni yg mula nya excited tak basah2 pun. Sepanjang time kat situ aku tengok adik kusyuk main pasir saja. Kakak pula selain main pasir tu nak juga naik trampolin dan juga bouncy castle kat situ.Kiranya well organised jugak lah trip nursery kakak ni. Makanan semua diorang hantar kan. Dah tu murah giler pulak tambang yg di kenakan. hampir 1/3 sahaja dari tambang biasa kalau nak pi sendiri. Pantai ni tak le se-crowded macam pantai di Brighton atau Bournemouth atau Southend On Sea, hatta tak terlawan crowdednya dengan pantai kita di PD atau Lumut. Oke la... just nice untuk nursery trip camni.
.

Kakak Farah & Fahmi ~ kanak kanak riang di atas trampoline...

Adik kusyuk bermain pasir bersama best fren nya Fasha.

Bersama adik yg sungguh la comotnya... ayo adik!
.
Dah lama giler tak pegi rombongan begini. Sesekali seronok pulak. Dalam train ada lah juga berborak dengan Jeane, manager nursery kakak tu. Katanya bulan February tahun depan nak datang melawat mesia... So apa lagi.. cuba la pi sun bathing kat pantai Mesia... tengok, ada kesan dak? hehehee...Itu je lah ceritanya.
.
Kenangan di Broadstairs Beach sebelum balik...

Bye bye..........

.
***** *** *****

.

Thursday, 16 July 2009

Bekonscot Village & London Eye

DEDUA tempat ni dah penah pegi. Dedua tempat pun dah lebih 3 kali pegi. Cuma hat London Eye tu adik sorang ja yg tak penah naik lagi, so bila ada kelapangan ini boleh lah bawa adik ke situ. Kakak pun excited sama apatah lagi sedari awal minggu lagi sudah berjanji nak bawa naik big giant ferries wheel. Sebab dah janji seawal minggu makanya hari hari lah dia bertanya pasal benda yg sama.
.

Adik mencari choo choo train...
Tu dia choo choo train...
.
Sebenarnya pada pagi Sabtu tu lepas sahaja rutin badminton aku, kami berbelah bagi samada nak pegi ke zoo atau Bekonscot Model Village ini? Tapi memandangkan tetiba mummy teringin pulak nak pegi carboot dulu, so the best option would be the village since the carboot sale is just along the way. Cepat2 mandi dan siap siap kami pun bertolak lah.
.

Cantik kawasan ni... bess spot. Aku suka!
.
Baru je jejalan kat carboot sale hujan mula turun, Lucky it was only drizzling, kalau lebat macam kat tempat kita tatau la where shall we scurry? Carboot ni as you all know, di buat di padang yang luas terbuka, there was no marquee or what so ever, in fact i dont even see any big trees should we need to get a respite from the rain. Tadak benda pun yg nak di cari di sini. Sebab dah kerap sangat datang dah tak tahu nak beli apa, as usual we end up buying toys for kakak & adik. Bila masuk balik ke motorway M40, magiknya terus hujan berenti, serta merta. Canteeek sangat lah kan. The last time we visited this place was when Mak and Uncle Dwen came here for vacation, adik was merely 1 year old masa tu. This time around adik dah besar dan lagi lah dia appreciate benda2 dlm tu especially the few choo choo trains that tracking here and there in the model village compound. Kakak pulak spend almost half of the visit sleeping on the push chair, sampaikan time kami lunch pun dia masih nyenyak sakan.
.
Kakak dah jaga dah....

Kejap bertopi kejap berpayung... hot hot hot... komplen nya... huhuhuhuu....
.
Bekonscot Model Village ni telah di bina pada tahun 1929 oleh seorang lelaki bernama Rolland Callingham, yg asalnya hanyalah sebuah hobi saja. So tahun ni diorang akan celebrate their 80th anniversary, so sesapa nak join pi lah dalam bulan Ogos ni kalau tak silap. Tentu banyak acara yg diorang akan buat. Katanya ini lah the oldest model village in the World. Kalau bawa bebudak seronok tengok gelagat diorang. Kalau yg dewasa pun bess jugak. Cuma nya kalau dah banyak kali pi excitement dia tu takde sebess the 1st time datang, biasalah tu...
.

Tangkap dari atas... nampak hampir keseluruhan kawasan Bekonscot Model Village ini...
.
Esoknya bawa kakak ngan adik naik London Eye. Ticket beli awal thru internet ada diskaun sikit. Excited lah 2 beradik ni bila tengok Big Giant Ferries Wheel depan mata. Sementara nak tunggu giliran kami lepak lepak kat playground area dan aku cam biasa snap snap gambo...
.
Mummy nak posing juga....
Adik ngan kakak tengah kusyuk main meniti tali di mini playground bawah London Eye ni...
.
London Eye ni tadak apa yg nak diceritakan sebab nya dah penah pun tulis pasal ni tak silap dulu. Cuma lepas tu lepak2 tengok street artis yang very creative with all sorts of talent which i dont think i could see (at least not yet) in our place back home. Ada yg berdiri tegak exactly like a statue, their body, faces & costumes were all painted with colours like gold, white, blue etc and they pose rigidly, never move not even a bit until someone drop a coin(s) in the mug or hat they placed infront of them. As token of appreciation they will act, sing, dance etc and allow you to take photo as well.
.
Satu capsule share reramai...
2 beradik yang excited dapat naik London Eye...
Lawak lah rambut adik masa ni... :D
Pemandangan Kota London dari puncak London Eye...
.
Menarik lah... but adik and kakak were scared apatah lagi when they abruptly move when u place the coin. Mengejutkan jugak lah bagi sesetengah budak jadi kami tak 'derma' apa pun... cuma adik was excited when he saw mickey mouse and was even more elated when i took his picture with the mickey mouse tiruan tu. Kakak pulak, malu malu.. siap hiding behind daddy ni bila nampak Mickey Mouse. Since they have been watching the mickey mouse club house tu almost every day, somehow those characters in that disney channel seem very much closer to their heart. And kakak really thought the mickey mouse knows her and that explains her immediate respond hiding behind daddy ni, hahahaa...
.

Mickey Mouse tiruan...
Lawa plak grafiti diorang ni... sini tempat bebudak main skate board.
.
We spend almost half a day at that area, pekena ais krim bawah pokok sambil pekena karipap yg Sue ada bagi. Tengok org buat free show - dance, sing, main skate board etc. Org punya lah ramai and where these people come from pun tatau lah and i bet they must have asked the very same questions themselves, agaknya lah... ahak. Oke, so itu je lah update kali ni.
.
Candid. Lepak bawah pokok pekena aiskrim... yummy.
.
La rasa malas betoi nak update, ntah napa, sibuk sangat dengar lagu micheal jackson, hahahaa... If you wanna make the World a better place, take a look at yourself and then make a change katanya dalam lagu Man In the Mirror. Nak sedekah alfatehah pun serba salah... Islam ke dia?
.
Chiow...

***** *** ****

Friday, 3 July 2009

Polyglot

.
DADDY
, I dont know how to read. Can you read this book for me please...

.
Minta kakak sambil membawa buku cerita a little mermaid kat tangan dia. Aku pun bacakan buku cerita yang ringkas itu berulang-ulang.
.
I think you should start to learn how to read, later you can read all your books by yourself...
.
Kakak angguk. Dia suka. Sekarang ni medium pelajaran bermacam-macam. Apatah lagi dengan adanya komputer, Klik aja semua ada. Samada nak ngan tak nak, rajin dengan malas sahaja. Itu lah 2 garis yang memisahkan. Entry kali ni aku nak share kenangan aku tentang bahasa inggeris, hakikatnya pada hari ini pun bahasa inggeris aku tidak sebagus mana, boleh lah setakat kalau nak berkomunikasi saja. Suffice to say that i still refer to my dictionary almost everyday.
.

Dalam M.U souvenir shop, bawak member ke sini bebaru ni...

Dalam stadium... padang bolanya takde tobek langsung, amazingly in winter time they will provide artificial 'sun' to keep the grass grow.
.
Masa aku kecik dulu, aku cukup malas membaca. Serious! Kalau bahasa inggeris tu lagi lah. Inilah kesilapan pertama aku yg cukup besar aku rasa. Masuk darjah lima aku pindah dari sekolah Kampar ke Ipoh. Bila masuk sekolah kat situ lebih ramai pelajar yang mahir berbahsa Inggeris berbanding dengan sekolah dulu. Aku merangkak-rangkak dan pelajaran bahasa Inggeris adalah subjek yang paling menggerunkan.
.
Nak tahu betapa teruknya penguasaan bahasa inggeris aku? Ya... masa darjah 5, cikgu Inggeris aku penah menanda dalam buku latihan aku dengan perkataan "poor". Aku pulak tak tahu apa itu "poor", so aku rujuk dalam dictionary dan yang aku jumpa adalah perkataan "miskin". Makanya aku tak ambil pusing dengan perkataan poor yg ditanda jelas dengan pen merah itu memandangkan aku sedar yang aku sememangnya tidak datang dari keluarga yang berada. Pasrah aje ler. Ada ke poor itu aku maksudkan miskin??? Huhuhuuu... tapi sebenarnya hidup kami sederhana ya, bukan miskin oke!? hahaaa...
.

Bersama Alumni Fosfa 09 di dalam changing room pemain Man U. Sukri, Hamzah, Hassan & Dino.

Bersama Dino semasa mengikuti Man U stadium tour...
.
Pengalaman kedua: Satu hari tu aku rasa macam nak demam. So time rehat aku tak mahu keluar dari kelas. Aku nak duduk berehat di kerusi aku sahaja sambil kepala tunduk ke meja dengan tangan bersilang dibawahnya. Sedangkan time tu cuma 2 orang sahaja yg boleh tinggal waktu rehat, sorang kena susun meja sorang lagi kena bersihkan lantai & papan hitam. Sebab aku tak mahu keluar maka ada 3 org lah dalam kelas aku masa tu.
.
Tetiba datang prefect dan bila dia tengok kami bertiga terus dia tegur dengan nada yg garang: Why are there so many fellows in this class??? Yg lelain terdiam. Aku pun sama, tak tahu apa kejadahnya makna fellow tu... tapi disebabkan aku tengah pening dan di tegur pulak dengan perkataan fellow yg aku tak paham tu, aku pun tanpa was was terus cergasss lantang menjawab: You la buffalo!!! Cakap orang! hahahaaaa.... and so the prefect was stunted plus terpinga pinga plus terkesima. All in one! Percaya tak? Tu masa bila tau? Masa tu aku darjah 6 kau. Haa, ambik! Fellow = buffalo pulak peginya. hahahaaaa... lawak, lawak. Padan muka!
.

Adik bermain scooternya di corridor rumah sambil memakai baju souvenir dari Stadium Man U.

Dari M.U kami pecut pula ke Stadium Leeds United... Dino was once a big fan of LUFC, and probably still is eventhough the club's performance has deteriorated so badly, uhuk uhuk...
.
Tapi bila aku masuk MRSM, aku dapat cikgu bahasa Inggeris yg sungguh baik dan cantik. Namanya cik Mazlina, masa tu cik lagi, la ni dah jadi puan dah, hehehee... Semua murid memang looking forward dengan kelas dia. Dia sentiasa tersenyum dan graduated dari salah satu uni di US. Hubungan dia dengan kami sungguh mesra seperti adik dan kakak (walau pun ada yg tak sedar diri berangan nak tackle dia yg hitam manis ala Ziana Zain tu, heheheee) menyebabkan pembelajaran bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yg menakutkan lagi.
.
Kami berbicara dalam bahasa Inggeris dgn lebih terbuka, walau pun masa itu grammar bertabur2. Sesiapa menggunakan bahasa malaysia akan didenda sebanyak 5 sen setiap perkataan. duit tu masuk tabung. Tapi memang itu lah masanya kami suka sangat dengan subjek ini, tiada rasa malu untuk memperbaiki diri. Cara cik Mazlina yg spontan dan mesra membuatkan semua kami selesa dengannya. Sehinggakan kalau ada masalah peribadi pun ada yg pi jumpa cik Mazlina walaupun semua ada cikgu homeroom masing-masing, hampeh!
.

Dah sampai Leeds, amik peluanglah singgah di alma-mater aku...

On da way balik lalu kat ladang lembu ni, baeekkk punya dia posing untuk aku...
.
Ada satu masa tu dia tanya aku... Azam, what do you call the person who repairs watches??? aku ingat lagi soklan ni sebab masa tu aku bagi satu jawapan yang tersangatlah bodohnya dan satu kelas ketawa... nak tahu apa jawapannya??? aku cakap plumber! hahahaaaa.... padahal masa tu aku cuma penah dengar perkataan plumber tapi tak tahu pun apa dia, so aku taram aja lah! hahahaaa... Masa aku cakap ja plumber tu, dia terus tergelak sampai terpercik sedikit air liur dia aku nampak, hilang sekejap keayuan cik mazlina masa tu, hahahaaa... tapi cepat cepat dia tutup mulut dengan telapak tangannya.
.
Walau pun di tertawakan tapi esoknya kami berbicara lagi. Bila time kelas cik mazlina, memang riuh kami berdebat. Semua nak melontarkan pandangan dalam bahasa Inggeris walaupun kebanyakan masanya dihabiskan dengan pembetulan2 grammar yg ketara. Maka nya interaksi baik antara guru dan murid pasti dapat membangkitkan mood untuk menguasai sesuatu subjek itu. Pelajaran kami lebih menekankan nilai komunikasi. Teks book hanya guide line sahaja dan aku dapat membina lebih banyak selfesteem dengan cara ini. Of course kami juga di paksa membaca buku cerita dan membuat ulasan tentang nya, tetapi sebab kelas itu memang syiok, so kami pun rela "dipergunakan seadanya"... hahahaa...


Pada hari yg lainnya aku bawa pula ke stadium Emirates...

Dah alang alang bawak orang, aku pun amik peluang posing kat sini...
.
Kepada adik adik & anak anak (terasa tuo pulak, huhuhuuu...), Iqra'... membacalah. Read... this is the most effective way to enrich your vocabulary. Jangan takut untuk meminjam buku bahasa Inggeris di library hanya kerana tidak memahami kebanyakan perkataannya. Tipnya begini, you do not have to refer every single word that you do not understand. Remember this, the main point of reading the book is to know what the story is all about. So at certain occasion you can actually infer the meaning if you read carefully the whole sentence(s). Hence you do not have to use your dictionary so frequently and it will make your reading more interesting. Letih lah kalau asyik nak rujuk kamus ja kan? Another important point is at all time you must choose the right book, not any books, but the one that has your interest in it, the one that will make your nose stick to it. Ingat ya. Selamat maju jaya.
.

Kau ada berani, beli jersy print nama sendiri pastu straight away pakai dan tangkap gambar depan stadium itu sendiri?? Ada berani??? Hamzah, kalau ko terjumpa blog ni, sori lah aku publish gambo ko kat sini, hahahaaa....
.
Kenapa aku imbas semua ini? Sebabnya aku kasihan kepada anak bangsa aku especially yg latar belakangnya seperti aku... datang dari family yg kurang berada, dari luar bandar, yang aksesnya kepada medium pelajaran itu terhad. Yang persekitarannya itu tidak memungkinkan dia berinteraksi dalam bahasa inggeris hari hari. Yg bila ke sekolah akan kekecutan bila datangnya subjek bahasa Inggeris kerana hampir pasti guru yang garang akan siap sedia memiat telinga atau memintal kulit tebal di perut boroinya. Yg akan sentiasa berasa malu dan rendah diri setiap kali disuruh berdiri di atas kerusi kerana tidak dapat menyiapkan tugasan kerana tidak tahu kepada siapa harus di rujukkan. Aku betul betul simpati dengan mereka ini kerana aku sudah pun melalui fasa tersebut. Cuma aku bernasib baik di beri peluang menyambung pelajaran dan di pertemukan dengan cikgu mazlina yang cantik lagi baik, fiewiit... and of course i am very thankful for that, ineffably.
.

Saja aku rakamkan pemandangan kampung semasa on da way pulang, ni kat R&R dekat area Sheffield.
.
Atas kesedaran ini aku pentingkan agar kakak dan adik dapat menguasai bahasa. InsyaAllah. Sememang nya aku kagum dengan mereka yang fasih pelbagai bahasa. Kat negara kita sendiri ramai ahli bahasa tapi yang paling popular dah tentulah Mahadzir Lokman kan? Dengan menguasai bahasa kita boleh menguasai banyak ilmu. Bahan bacaan kita lebih pelbagai. Kita lebih mudah bergaul, pantas memahami budaya dan sensitiviti masyarakat lain. Peluang terbentang lebih luas buat kita. Malah ada kajian mengatakan mereka yang boleh menguasai banyak bahasa mempunyai minda yang lebih cerdas dan cepat dalam membuat keputusan. Kadang2 aku terpikir juga, alangkah baiknya kalau aku tahu berbahasa Arab, pastinya bahasa itu akan aku jadikan harta pusaka untuk diturunkan kepada anak anak.
.

Gambar lama. A photo with our very own famous polyglot... Mahadzir Lokman.
.
Perjalanan kakak dan adik masih jauh, alhamdulillah adik & kakak sudah mengenal ABC, sudah dapat menghafal Alif Ba Ta, sudah kenal one two three. Selain bahasa malaysia & inggeris ini aku harap kakak & adik dapat menguasai beberapa bahasa lagi bila usia mereka menginjak nanti. Satu hakikat yang perlu kita tahu, duduk di UK ini did not guarantee you to master your English. I know many of our malaysians who leave/study/work here in the UK, who do not have even a competent level of English communication (sambil merenung ke dalam diri, huhuhuuu...). Melentur buluh biar dari rebungnya... jom kita mulakan!
.
Insya ALLAH.
.
***** *** *****