Friday 8 May 2009

Bertemu Queen di Birmingham

DULU masa kami memula datang sini, masa tu masih berdua, kami pernah dapat jemputan menghadiri Queen Elizabeth Garden Tea Party di dalam Buckingham Palace. Setiap tahun menjelang summer mesti dia buat. Siap pergi pakai baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok, Mummy pulak masa tu berbaju kurung kuning, ada bunga rose pink sikit2 dengan line-line benang emas. Malangnya kami tak dapat salam Queen masa dia datang di tengah garden tu, cuma dpt tengok dari bawah pokok tempat mummy rehat sebab masa tu Queen lambat beno nak muncul dan mummy tak larat nak berdiri lama kerana mengandungkan Nabila. Lepas party tu kami pergi jalan2 ke Harrods tanpa tukar baju, terserempak dengan satu mak Arab yg tak semena mena tengok kami dan dengan kuatnya dia cakap:
.
MasyaAllah... new bride... new bride! hhahahaaa... lawak. Ingat tak lagi mummy?
.
Dua beradik kusyuk makan aiskrim sambil tonton Disney Clubhouse...
.
Lepas dari itu memang tak pegi dah ke party itu lagi. Cuma bebaru ni, kami mendapat panggilan untuk bertemu Queen di Birmingham pulak. Bukan kami saja, Mozak dan Harris satu family pun mendapat seru! Tapi yang paling semangat sekali Mozak lah sebab mendapat 1st session bertemu Queen. So diorang bertolak lebih awal seawal subuh shapi-ie, kami second session dan Harris third session. Bila kami sampai Mozak dah pun selesai mengadap. Tiba giliran, kami pun tanpa segan silu masuk lah ke dalam, kali ni bukan setakat salam, boleh pegang, belek, angkat dan boleh bawak balik pulak lagi... Queen yang kami jumpa kali ni ialah Queen Anne... barang2 set dining silverware, sudu garfu, bekas kuih, talam dan sebagainya, hahahaaa... factory outlet dia daaa...
.

Main amik ja tak cek, balik balik bukak bukak satu kaca sudah retak daaaa....

Mau??? Ada berani???
.
Dah sudah tu kami berpakat dengan Harris untuk mengulang semula ke Cadbury World yg kami dah pi dulu. Kali ni bess sikit sebab kakak pun dah paham itu ini dan boleh appreciate benda2 dalam tu. Bila masuk kawasan pameran yg gelap kakak pun tak takut lagi. Adik all the time excited dok belakang daddy. Bila masuk ke theatre yg suram adik terus lelap!
.

Kat Cadbury Playground... sini free...

Kanak kanak riang...

Kat entrance nak masuk main exhibition dia, sini kena bayo...

Tgh Q....
.
Kali ni tak perlulah aku ceritakan apa yg ada dalam Cadbury World ni sebab dulu dah cerita dah kan?Itu sajalah... Babai semua.
.
Take care.
.
*apsal la sejak 2 menjak ni rasa cam tak dak idea & malasss nak conteng2 kat sini?... huhuhuuuu...
.
.
***** *** *****
.