Friday 11 December 2009

Dekorasi Belon Tanpa Helium

ENTRY sekarang ni pendek-pendek saja. Penyakit malasss nak update masih ada, tatau lah bila nak sembuh, huhuhuuu...
.
Kali ni aku nak ngajar korang cara-cara dekorasi belon yang ada class tapi menjimatkan. Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kadang-kadang kita bess tengok orang buat birthday party anak-anak dengan menggunakan gas helium. Terasa grand pulakkan? Tapi nak beli gas helium tu adakalanya mahal lah pulak. Tambah pulak zaman ekonomi melecet ni... sebolehnya serba serbi nak cut cost kan? So camna cara nya korang boleh nak buat dekorasi ala-ala belon helium tapi menggunakan gas dari dalam perut korang yg boyot tu??? hehehee... ini lah cara nya, meh aku ajar meh...
.

Mula-mula tiup lah belon macam biasa - gambar hiasan.


Pastu suruhlah anak-anak anda menggosokkan belon2 itu kat rambut memasing. Diorang mesti suka sebab rasa macam satu permainan pulak.


Semua belon mesti kena gosok, tujuannya agar belon-belon tu ada caj statik.


Lepas tu korang letakkan bahagian yang bergosok tadi tu kat syiling rumah... dan dengan magiknya belon itu akan melekat dengan sendiri nya... waaaaaahhhh, kagum tak??


Haaa... kan nampak macam guna helium gas tu? Baru lah Grand kan?? Lepas tu boleh lah korang mula kan party, yeahhh kita ronggeng kiri kanan... yeaaaahhh... ronggeng sampai pagi!!!! hahahaaaa... :D
.
Cuba lah!
*Sila abaikan keadaan rumah yg mcm tongkang pecah!
.
***** *** *****