Tuesday, 6 October 2009

Raya 1430H di Rumah Kami

LEPAS dah puas beraya rumah orang, kali ni kami menyambut tetamu di rumah kami pulak. Seperti biasa semua masakan mummy sediakan dan proses menyediakannya mengambil masa beberapa hari jugak lah... Barang-barang semua dah di beli awal2, pun begitu kena juga aku ke ASDA mencari satu dua barang yg tertinggal di tengah2 malam... hahahaa... Menu dah dibincangkan tapi asyik aja bertukar2 ideanya, ahak... Bila hari yg dinantikan, maka di waktu siangnya bertungkus lumus, bertaici dan berkungfu lah mummy di dapur...
.
Nasib ada 2 beradik ni membantu... yeah...
.
Tahun ni macam tahun2 lepas juga, dah jadi trend org dtg beraya dengan jemputan. Alahai... tak bess lah macam tu kan? Dah takde main sergah sergah... org segan kot? Sebab org lain segan2, kami pun dah terikut2 sama... malu nak pegi kalau tak di undang. Takut menyusahkan tuan rumah... Alah, di rumah kami ni datang ja lah. Lagi pun kat sini bukan ada kena kasi duit raya, tak risau lah! hahahaaa... Tu dia kedekut! Bukan kedekut... bebudak tak elok di kasi main2 duit ni! ahahaaa...
.

Kakak & adik bersama home made raya cake special...
.
So untuk jamuan raya kami ini, kami pun menjemput mana yg kami jumpa dan bertembung saja. Juga ada yg melalui text msg ada yg melalui mulut. Ada juga melalui pesan dari kawan2 di sini... lagi ramai lagi seronok, tak risau makanan tak cukup. InsyaAllah cukup tuu... Actually mana mana tuan rumah pun akan seronok kalau makanan yg di hidangkan habis licin. Puas hati... betoi dak???
.

Antara tetamu awal kami...

Sian sebahagian student yg terpaksa bersila di lantai.. maklumlah rumah BESO sangat!
.
Menu kali ni simple sahaja, mummy buat nasi minyak dengan rendang ayam, daging masak itam dan jelatah. Ada nasi impit dengan kuah kacang dan serunding. Kuih2 raya tu biasalah kan. Kacang-kacang dan fruit salad. Ala kadar sekadar termampu. Tujuan utama nak jumpa rakan2 dan komuniti di sini untuk dapat bersalaman berkenalan dan bermaafan di hari lebaran. Moga ukhwah terjalin erat hendaknya.
.

Special mix ni... ada pengarah MSD, ada Ustaz & Ustazah, ada kak Puteri, ada students & ada pegawai maybank yg tak asing lagi... hehehee...

Bersama family Zaki & Tengku Zarina...
.
Boleh tahan juga ramai tetamu yg hadir, kesiannya rumah kami yg tak punya sistem ventilation yg baik tu mungkin menyajikan sedikit ketidak selesaan. Mintak maaf lah ya. Tempat duduk pun kena pepandai cari sendiri. Dan bila dah ramai-ramai mcm tu aku pun tak dapat nak beri layanan eksklusif. Dapat beborak sikit2 ja. Kejap ngan org ni kejap ngan org tu. Tak kisah lah ya... kata org the more the merrier kan?
.

Jai ni dah 15 tahun lebih tak jumpa, di UK ni bertemu kembali...

Bergambar bersama family Zofri, Badrul, Zahar & Asaraf... with Nurul Natasha being our youngest guest, 28 days old.. :D
.
Di sebab kan itu akhirnya kami decide buat lagi sekali pada hari yang lain pulak. Student2 yang baru pulang ke sini selepas sempat berhari raya satu dua hari di Malaysia, pun ada. Teringat pulak zaman aku student dulu. Rumah2 postgrad yg dah kawin lah jadi tempat serangan kami bila tiba raya. Kat situ lah nak makan byk masakan malaysia kan.? hehehehe....

Kak Rosnah & Shah... selamat menjamu selera...

Kusyuk & tawaduk... tambah lagi jgn memalu...

Ada perbincangan ceria...

Ada perbincangan serious...
.
Kali ini mummy menukar menu kepada nasi hujan panas dengan ayam masak merah bersama dengan pajeri nenas. Mee hailam juga ada. Thanks juga pada tetamu yg datang bawa buah tangan. Ada yg bawa bunga, coklat, kek, puding untuk di nikmati bersama. Erk, Alhamdulillah... aku selaku tuan rumah turut kekenyangan dan seronok melihat wajah ceria tetamu yg mengunjungi jamuan raya kami.
.

Fahmi 'mencedok - king' the fruit salad... hahaaa..

Mummy menambah juadah untuk tetamu...
.
Raya sebulan kan? Rumah kami sentiasa terbuka, datang lah sahaja ya... tak perlu tunggu official undangan... itu tak penting. Apa yg penting? KERJASAMA!! Apa yg penting?? KERJASAMA!!! heheheee... Ops, itu kartun kegemaran kakak versi bahasa mesia, kartun wonderpets. Kalau kat sini dia tanya... whats gonna work? TeeeEAMWORK! hhahaaaa... Aku pun dah jadi bebudak ni, hahaaa... Oke, lagi sekali, apa yg penting??? Yaaaa... yg penting kita dapat menjalinkan ukhuwah, bermaafan dan melupakan sengketa kalau ada. Tepiskan ego yg tidak membawa kita ke mana. Jom buka lembaran baru...
.

Antara students yg dtg memeriahkan...

Some of our guests... dtg beruncit-runcit.

The loving & caring mummies...

The wonderful bachelors... :D
.
Berat naik mendadak lepas puasa ni kan? Kuih kuih raya tu bukannya elok sangat, semuanya manis manis belaka. So makan tu biar berpada ya... hehehee.... Puasa nam dah mula? Sunat ja, tak buat pun tak pa... tapi sangatlah di galakkan. Katanya kalau dibuat umpama kita berpuasa sepanjang tahun... ada kekuatan buat lah. Aku pun baru ja mula ni... nanti kita beraya lagi ya?

Chiow dulu....

***** *** *****
.

Sunday, 27 September 2009

Sambutan Raya 1430H

AMACAM raya? Sakan? Mulanya ingat nak tulis pasal majlis khatam Quran, tapi memandangkan la ni mood raya masih berkobar2, aku conteng je lah bab raya ni dulu. Tahun ni kami takde baju raya, sob sob sob, recycle sahaja dari yang beberapa tahun sudah punya. Tapi tak kisah lah, bukannya baju yg utama, tapi hati yg suci tetap mengucap syukur kepada Allah tuhan yang maha Esa. Tu dia!!! hahahaaa...
.

Macam penah di pakai baju ni, tapi taun bila ya? hahahaa...

Orang ramai kat mana ni? Tungguuuuu.....
.
Sehari sebelum raya baru terhegeh2 kami mencari baju raya adik dan kakak. Mummy dan Daddy takde baju raya takpe, biarlah kakak dan adik tak lepas dari merasa baju baru kan? So berkejar-kejar lah kami dari Westfield sampai ke Highstreet Kensington mencari baju & seluar bebudak ni. Susah betoi nak jumpa yg bekenan, bukan macam kat mesia, melambak2 choicesnya bila menjelang lebaran kan? Kakak pulak la ni dah pandai memilih: i dont like this, i dont like that... huhuhuuu... adik jugak yg senang, sarung ja!
.

Orang dah ramai.... ni pulak tang mana??

Eh! En. Mozak pun ada? Weii.. Rayaaaa daaa!!!!
.
Walaupun raya di perantauan, mummy buat juga rendang, nasi impit, kuah kacang untuk di santap di pagi raya. Semayang raya tahun ni pula kat pejabat Kedutaan Malaysia, bukan lagi kat MSD seperti tahun2 sebelumnya. So aku pi lah dengan Nazim naik keta berdua, mummy dok rumah menyiapkan adik & kakak. Ramai jugak yg attend, katanya dekat 5-600 orang juga lah. Dulu kalau kat MSD aku pi jalan kaki ja dan lepas semayang adalah juga yang akan menyinggah beraya di rumah, tapi bila dah tukar lokasi yg jauh sikit ni, kami decided tutup saja rumah di raya pertama dan jommm kita serbu ke rumah terbuka yang ada. Ahak.
.

Datang awal dpt la dok dalam.. datang lewat dok la tepi tangga! heheh...

Bersama bendera mesia di balkoni pejabat kedutaan Mesia ke United Kingdom.

Bersama geng badminton pulak...
.
Balik rumah lepas semayang raya tu kami posing satu family bergambar. Susah betoi nak adjust bebudak ni, ada ja yang nak bergerak ke kamera sebelum di snap. Ada yang tunduk lah. Ada yg mendongaklah, ternganga lah, sampai adik tu kena di pegang, hahahaa... lawak. So inilah hasilnya. Selamat Hari Raya semua...
.

Kami di Aidilfitri 1430H kali ini...

Sembah salam ayah dan bonda ampun kan lah dosa...
.
Bila perut mula berkeroncong & dah dekat kul 12 tgh, kami bertolaklah ke rumah mozak. Yummylicous semua juadah yg disediakan. Memang kena dengan konsep breakfast di pagi raya siap ada nasi lemak tu... tapi, lemang dalam daun pisang juga yg menjadi pilihan aku bersama dengan rendang! Siap bertambah tu, baru lah terasa raya kan... ah lupakan saja dengan diet maiyet, masalahnya sebelum2 ni tak penah pun diet. Baru sebulan tak makan siang, tapi time berbuka melantak sakan, ada hati nak diet ya? Piiiirah, podah!
.


Bersama Mozak & family... gambar makan2 lupa amik la...
.
Dah tu kami serang pula rumah Azman, bos bank negara, juadahnya tetap bermacam ada soto pulak lagi. Sate pun ada. Yaaa... ini lah dia ubat untuk perut yang sudah kempis selepas dah sebulan berpuasa lebih 12 jam sehari! hehehee... Adik nyenyak tido time ni.
.

Azman & family... yummy yummy, makan sate di pagi raya!
.
Seterusnya kami berkunjung pula rumah terbuka Duta Malaysia, TYT Datuk Abd Aziz Mohammed dan isteri Datin Munah Abd. Razak. Rumah ni wajib lah pegi kan, lagi pun semua Malaysians akan cuba untuk tidak melepas peluang beraya di sini. By the time kami sampai tu mmg org dah ramai dah. Khemah besar di sediakan seperti biasa dan disini paling mudah nak jumpa rakan2 sebab semua akan berkumpul dalam waktu yg agak sama. Kami jamah sikit2 ja, ya la perut pun dah mintak ampun tak bleh nak sumbat dah, huhuhuu...
.

Di depan kediaman Duta Malaysia...


Posing raya bersama Datin Munah...

Three gorgeous mummies... Fieeeuuuwittt!!
.
Seronok tengok semua wajah berseri seri bersama dengan pakaian berwarna warni. Kakak time ni pulak yang nyenyak tido, so adik sorang ja lah bebas ke situ sini mengambil biskut raya yg suka plak dia mengunyahnya. Kami tak bleh lama kat sini sebab masih ada lagi jemputan yang harus di tunaikan. So cepat2 kami mintak diri dan pecut ke rumah Fizan & Wan pulak.
.

Bersama Razaidi & family plak...

Dengan TYT Datuk Abd Aziz Mohammed.. baju tersama kaler pulak, heheh!

Dengan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Rustam Yahya

Amal & family pulak mengambil giliran...
.
Bila dah sampai rumah Wan ni memang dan expect ada roti jala. So pulun yg tu dulu lah. Kakak pulak enjoy makan nasi impit sambil bercerita sampai melayang nasi impitnya! huhuhuu... Letih dah mengunyah rasanya. Rahang pun dah lenguh macam makan chewing gum yang dah habis manisnya dan tinggal yg keras kematu tu saja lagaknya. Perut pun dah tepu sendat tapi kalau mengeliat keliat boleh lagi cari some space untuk di selit2, hahahaa... Sedar tak sedar masa ni pun dah petang dah.
.

Ngan Fizan & family... isk asyik gambar posing, len kali aku amik gambar makan2 plak!
.
Lokasi seterusnya kami lari ke rumah Raja Badrul pulak. Makan lagi. By this time langit pun dah gelap hitam. Dah malam daaaa... Burung pun dah balik ke sarang, kami masih lagi beraya sakan. Itu pun rasa bersalah sebab tak dapat nak memenuhi jemputan yang lain. Ikut hati nak jugak pegi tapi kakak dan adik dah mula monyok, dah nak tido. Kakak pun dah tanya berkali-kali: can we go home now? Dia dah tak larat la tu...
.

Lagi posing raya... Bersama Raja Badrul & family plak...
.
Haaaa... tengok, raya di perantauan ni macam2 ada... walaupun rindu pada keluarga dan sanak saudara yg jauh di mata, tapi semuanya terubat dengan adanya rakan2 dan komuniti yang nasibnya sama. Ada masanya lagi meriah pulak dari di tanah air yg kebanyakan nya sekarang ni asyik dok depan tv mengadap rancangan2 Aidilfitri. Betoi dak?

Pada raya keduanya pula, kami beraya lagi. Rumah Pengarah MSD, En. Nazri dan rumah bos CIMB, Asaraf menjadi lokasi. So memang sakan jugalah beraya di sini. Juadah pelbagai-bagai. Kuih raya apa yg tadak kat sini? Cakap? Semua ada. Semua cuba menjadikan raya di rantauan ini semegah di tanah air. Meriah...
.

Adik & kakak di raya ke-2...

Sate di rumah Uncle Asaraf memang bess...

Seperti biasa bergambar wajib bersama tuan rumah...
..
Harapnya korang di sana pun sama... pi la angkat m*ntot tu jenguk jiran tetangga. Jangan la dok terperap kat rumah ja... bawak bawak lah bersosial sikit. Berkenal-kenalan, mintak ampun maaf, ni kan raya ni... heheheee...


Wokeh lah... len entry aku mengarut lagi.

Chiow.

***** *** *****

Wednesday, 16 September 2009

Selamat Hari Raya 1430H

Saat Syawal kian menjelang.
Kami tahan agar pilu tidak bertandang.
Walau ada sendu mengetuk pintu hati.
Yakin kami akan ketentuan Ilahi.
Ditakdirkan kita masih tidak bersama.
Menyambut Syawal kali ini.

Dalam sepi kepekatan malam.
Kami layangkan salam kasih.
Pada ayah bonda yang dicintai.
Pada sanak saudara yang jauh di mata.
Pada rakan taulan di mana berada.
Pada kedamaian desa tercinta.

Rindu itu pasti datang.
Pada panas titisan airmata mencium pipi bonda.
Pada keampunan segala salah dan dosa.
Pada riuh gurau senda keluarga.
Pada kunjungan di pusara ayahanda.
Pada ziarah sanak saudara.
Juga rakan taulan yang tak dilupa.

Kami mohon ke hadrat Ilahi.
Memberikan kekuatan dalam diri.
Agar menjelang hari mulia.
Tiada sendu menjengah jiwa.

Kami tahu.
Kasih itu tidak terpisah dek jarak berbatu.
Pada setiap kelipan mata.
Pada setiap gerak nadi.
Pada darah.
Yang melingkar di segenap urat saraf.
Kami senantiasa merasai...

Telah kami pasakkan yakin di dalam diri.
Dengan izin dari-Nya.
Kita kan bersua jua.
Pada suatu detik ketika.
Atas restu redha yang Esa.
Menghilangkan rindu yang sarat di dada.
Insya Allah...

Terima KASIH Ayah Bonda.
Terima KASIH semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Kami pohon dari hujung rambut.
Ke hujung kaki.
Halalkan makan minum.
Ampunkan segala kesilapan.

Sesungguhnya kami tak mampu menipu.
Walau sudah kami tahan kesyahduan ini.
Hakikatnya kami benar-benar rindu.
Untuk menyambut raya seperti dahulu.
Jangan dilupa kami di sini.
Tika menjelang Aidilfitri.

Salam kasih sayang yang tidak terbilang.
Dari kami sekeluarga yang jauh di mata.

Azam. Lina. Nabila. Haziq.




***** *** *****

Thursday, 10 September 2009

Seketika di Hatfield House

PAGI Ahad lepas ada Qiamullail. Seronok. Walaupun masa nak bangun jam 2 pagi tu sungguh sungguhlah menyiksakan. Jam 1.30 pagi mummy kejut aku: Bangun, bangun... kata nak pegi Qiamullail? Kata mummy yg baru selesai buat kuih raya. Aku celikkan mata pastu bebuat tak dengar... ahhh... tak larat, tidor balik ja lah! hehehee...


Tahniah kepada Asaraf & Zetty dengan kelahiran baby Nurul Natasha di dalam berkatnya bulan Ramadhan...

Tetapi Allah tu maha perkasa, Dia pandai mengaturkan segala. Nak dekat dekat kul 2 pagi hp aku berbunyi... Bangun lah... i kat bawah ni! uik... Riz dah datang siap nak fetch aku lagi. Terlupa plak yg aku dah berjanji... so dengan langkah yg malas2 dan mata yang payah giler nak buka, aku pegi juga. Alhamdulillah, sampai ja surau mengantok pun hilang, cuma masa buat sembahyang tasbih time rukuk tu rasa nak tumbang ja, kot songkok aku berat tatau la pulak!? Tapi pakcik2 yg lebih berumur dari aku, aku tengok steady ja! Ya la tak biasa kan rukuk lelama sambil bertasbih, tu la tak stabil tu, nasib tak tersungkur. Kalau dak, habislah jemaah depan aku kena sondol, hahahaaa.... mampossss, buat malu ja! Tapi cakap betoi, pengalaman ini menambah maniskan Ramadhan aku kali ini. Syukurrrrrr... Ahad ni ada lagi, jom arrr....


Adik di celahan lalang...

Mmm... what am i doing? Donno! Why am I here? Donno!... huhuhuuu...

Selesai Qiamullail, bersahur dan subuh jemaah aku pun balik lah. Booom, tido... tapi jam 8 pagi camtu dah adik ngan kakak bangun pulak dah. Tak boleh nak tido lah maknanya... huhuhuu... memula ingat tamau ke mana-mana, tapi boring lah pulak dok rumah tadak buat apa. Last2 aku decide jom kita pegi ke Hatfield House walau pun kakak dok kata: Daddy, i want to go to a castle... because i am a princess! hahahaaa... I-yo lah.... :D


Ni la entrance Hatfield House, kalau tengok dari bahagian dalam lagi gah nampak rumah ni. Malangnya dia tak bukak tempat tu kpd public lah!

Oke, meh aku boringkan korang dengan cerita sejarah sikit. Hatfield House ni telah dibina 100 tahun selepas Melaka di serang Portugis. Haaa, cuba teka tahun berapa? Sudah! Tatau le tu? Tu la... time cikgu ngaja ko tido, tak tido ko berangan! hahahaaa.... tahun 1611 lah! Dan orang yg bina rumah gedabak punya beso ni namanya ialah Robert Cecil dan dia merupakan Earl of Salisbury yang pertama. Setelah rumah itu dibina, ia telah menjadi kediaman keluarga Cecil ini turun temurun. Keluarga Cecil ini pula adalah salah sebuah keluarga yang terkenal dalam sejarah politik di England ini. Rumah itu sampai la ni masih dihuni & sekarang ia didiami oleh Marquess of Salisbury yg ke 7.


Ni pagar luar Hatfield House... kakak tamau dekat, takut kat spider web di lobang2 pagar batu ni, hehehee....

Dalam rumah ini terdapat painting yang sangatlah banyak dan cantik-cantik dengan frame nya penuh berukiran emas. Mungkin zaman dulu dulu paintings ni adalah sebahagian benda mewah kot. Sebab, pi la mana-mana castle atau mansion yang camni, ruang display diorang mesti penuh dengan lukisan. Semua barang barang pameran dalam rumah tu adalah kepunyaan keluarga Cecil yang telah di kumpulkan over the centuries.


Ni di depan kedai souvenir dia... Apa la sembang 2 beradik ni...?

Ruang pameran hanya di buka sebahagian sahaja dan yang tak bessnya tidak di benarkan mengambil gambar. Rasa rugi sikit lah sebab tak bleh nak snap-snap tapi adik dan kakak excited saja explore ruang yang luas itu. Big giant clock! kata adik sebaik dia nampak jam di dinding. Kuat betoi suaranya. Katil dia yg style victorian dengan tiang dan kelambu kayu nampak masih gagah dan menarik berwarna kuning. Kalau lah kakak dan adik dapat naik, sah diorang convert jadi bouncy castle! ahak.


Hmmm dapat tangga, suka la manjat turun naik!

Adik do not take it out from its plastic, kata kakak pada adik yg melengas tangan sebab sweet tu! huhuhuuu...

Kami lebih banyak mengabiskan masa dekat West Garden dia. Kat sini ada satu rumah lama yg katanya di bina dalam tahun 1485 dengan pagar kayu yg agak usang. Rumah ni betoi2 jadi pameran sahaja. Kawasan laman yang seakan-akan mini taman dia pun hanya boleh di lihat dari luar pagar. Apa specialnya rumah ini? Rumah ini sebenarnya ialah Great Hall yang terselamat dari kemusnahan. Dan Great Hall ini pula adalah sebahgian dari Royal Palace of Hatfield. Dan di sini lah tempatnya Queen Elizaberth I menghabiskan kebanyakan zaman kanak-kanaknya. Kot dia main teng teng pun kat kawasan ni lah kot! hahahaa...


Mummy posing tepi pagar di taman mini yg membentuk maze depan Great Hall...

Banyak patung2 yg sebegini... penat nak berjalan kita lepak sambil ambik gambar anak beranak...

Taman di West Garden ini tidaklah besar mana tetapi ruang luarnya di buat macam kawasan pejalan kaki yang beratapkan daun daun pokok yang menjalar. Jadi suka lah adik dan kakak berlari2 bebas sebab diorang ingat itu tunnel.


Ni lah dia tunnel tu...

Taman ni mula mula sekali di bina semasa Robert Cecil tu meminta satu mamat ni nama dia John Tradescant mencari sebanyak mungkin tumbuh2an untuk koleksi dia. So mamat tu boleh pegi merata satu Europe dan bawak balik banyak benih bunga-bungaan dan tanaman yg sebelum itu jaghang-jaghang dan kaddang-kaddang saja dijumpai di England ni. Tu la pasal taman ni special.


Adik yg tak mau dok diam.. susah nak suh dia bergambar...

Sini banyak pokok yg ada buah ni... buah apa tatau? Bleh makan ke dak pun tatau?

Tapi yg aku paling suka sekali ialah kawasan water fountain dia. Cantik apatah lagi hari tu awan biru dan berlatar belakangkan Hatfield House ia menawankan. Simple sahaja design dia sebenarnya tapi tetap sejuk mata memandang. Ada juga dia sediakan kerusi untuk sesapa nak bersantai. Taman dia ni, dia buat section by section. Kalau tengok dari helicopter mungkin nampak macam sebuah maze. Dicelah celah section section dia tu ada dia letakkan beberapa mini water fountain yang kakak dan adik sungguh suka dan teruja.


Ini lah dia punya main water fountain di West Garden... Suka dak?

My macho boy pose seluk kocek!

Seronok dua beradik ni main air...

Kami tidak lah berlama lama di sini. Banyak duduk duduk sahaja, maklumlah puasa kan. Adik dan kakak pun cuma soroo sweets dan biskut yang di beli kat kedai souvenir dia. Walau pun ruang Hatfield House ini tak lah sebesar ruang castle atau palace yg lain, kami tetap syorkan a day trip pada sesapa yg nak mai sini agar boleh rileks sambil explore semua tanpa terkejar2.


Rileks melepas lelah...

Dah letih, jom kita balik... pintu keluar kawasan taman...

Oke itu je lah aktiviti kami minggu lepas di bulan posa ni... Kat sana sini ramai bercerita pasal makan sahaja, so elok sangat lah kalau aku ucapkan selamat berbuka puasa. Juadah tu bila menjamah biar berpada... jangan ikut nafsu semata, kelak nak terawikh berat di mata, imam dah bangun kau sujud juga. Naya! kih kih kih... Itu kalau korang pi terawikh la... kalau tak tu... sendiri mau ingat la ya...


Adik, sebelum kami chiow...

Wokeh... banyakkan amal malam malam terakhir Ramadhan ni, mana la tau kot ada rezeki dapatlah kita bertemu Laila... Bukan Laila dalam lagu Yasin x-Brothers atau pun dalam lagu Search tu ya. Apatah lagi Laila Majnun, yg tu dah mati, nak jumpa buat pa? Ni Laila-tul-qadar lah, laila mana pulak lagi? hahahaa.... Sebelum aku mengundur diri & minta permisi, ni aku nak test korang sikit dengan ejaan jawi ni... Cha alif di atas cha, ba tanda depan bertemu dengan wau mati dan ta yang bersabdu... haaa... camna nak sebut murid murid? pepandai korang lah!

Hahahahaaa....

***** *** *****