Saturday 14 November 2009

CERPEN

SUDAH terlalu lama rasanya aku meninggalkan bidang penulisan cerpen. Teringat kawan kawan lama seperti Esma, Paque dan Razman. Seronok rasanya zaman itu. Bila ada semester break kami akan menghabiskan masa menulis beberapa buah cerpen. Bila dah siap, cerpen itu akan diposkan antara satu sama lain untuk dibaca dan dikomen. Ya lah, zaman dulu mana ada emel kan? So bila dah dapat panggilan talipon yg mengatakan dah pos, hari hari lah dok menunggu posmen, mcm tunggu surat chenta lagaknya.... susah hati kalau x nampak kelibat posmen, hahahaa... berdebar2 dan tak sabar nak baca cerpen member. Lama... lama sungguh lah aku tak menjadi cerpenis!

Paling seronok bila cerpen yang kita tulis tu di publish.. ayo... bangga tak terkata, walaupon bayaran yg di terima cumalah RM50-60 sahaja. Padahal kalau la ni aku baca balik cerpen-cerpen tu, nak tergelak pon ada... ntah hapa hapa. Ada juga aku cuba-cuba nak menulis balik tapi asyik sekerat jalan. Kalau dulu dalam masa 3 hari pun boleh siap satu cerpen la ni 3 hari tu belum tentu boleh siap satu muka. Semua ayat asyik tak kena.
.

Tahun lepas bulan 10 ada salji... taun ni tadak pon.... :(

Namun beberapa bulan lepas aku mendapat senaskah cerpen dari member lama aku ini. Cerpennya sering mendapat tempat kalau ada pertandingan. Cerpen baru katanya. Seronok pulak aku membaca lantas terdetik nak cuba-cuba menulis kembali walau pun dah berkali kali gagal. Kira macam ada motivasi la ni. Dengan penuh kesusahan... dan dengan ayat yang tonggang langgang... akhirnya aku dapat juga siapkan seketoi cerpen yang tak sepertinya yg pada mulanya tak tahu apa nak aku tajukkan. Namun selepas mendapat komen dan berdiskusi ngan mummy, aku pun letak tajuk KEMBALI. Nak paste sebagai entry baru tersangat lah panjang nya pulak, plus maluuuuu... hahahaaaa. So kalau sesapa terasa sudi nak baca aku alu alukan untuk klik sini.... jangan gelak kalau cerita ni ntah hapa hapa dan jgn salahkan aku kalau korang menguap 10 kali walau baru baca hanya satu perenggan, huhuuuu....

Sila lah ya...

*Watak dan jalan cerita semuanya rekaan sahaja, kalau ada persamaan, jgn perasan, itu kebetulan! hahaaa... :D

***** *** *****