MASA kecik-kecik dulu biasalah sering di marahi emak atau ayah kalau suka sangat bermain hujan lama lama. Dah tu, masuk! ...nanti demam!!! gitu la lebih kurang... tapi aku sehingga hari ini masih belum berkesempatan nak memarahi anak atas sebab musabab yang sama, hehehee... sebab hujan di sini jarang2, dan kalau ada pun memang adik dan kakak akan terperap di rumah.
.Kakak suka sangat penutup telinga tu... its pink, its my favourite colour, i think we should buy this daddy, katanya masa kat kedai... :D
Adik pula berbeza, tamau pakai snow cap, hat baju sejuk tu pun cukup payah nak suh dia pakai! .
Dulu masa dok kat kuarters perak hydro dulu, kat bumbung ada pancur yang membawa air hujan ke tepi. Bila dia turun dah jadi macam air terjun. Deras sungguh. Fuhhh memang besss betoi lah mandi bawah pancur dari bumbung tu. Sejuk dan nyaman rasanya bila air tu menghempas ke ubun2 kepala kemudian melencunkan seluruh badan. Kat bahagian belakang rumah ada ruang terbuka, boleh juga mandi air hujan disitu atas lantai bersemen yang membolehkan aku sekali sekala sliding dengan begitu profesional sekali, hehehee.
.
Tmpt pejalan kaki awal-awal lagi sudah ditabur garam untuk mencairkan snow... kalau dak ramai la yg tergolek licin...
Kakak suka no tarik mafla adik... pastu dia kata: Daddy, adik is like a puppy! huhuhuuu... isk.
.
Sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Terasa kita semakin fragile kepada perubahan cuaca. La ni payah sikit, mungkin climate change telah menyebabkan air hujan semakin berasid. Baru di siram hujan renyai, kepala dah pusing-pusing rasanya, pening. Atau mungkin antibodi dah tak sekuat dulu. Tahu dak negara maju adalah penyebab utama berlakunya climate change ni tetapi yang mendapat kesan paling teruk adalah penduduk dunia di negara-negara membangun seperti di Asia dan Afrika! Tak adil kan?
.Mummy posing... belakang tu sungai yang dah membeku...
Lagi sekali... take two, action!
.Kat London la seperti yang dah korang tau tengah di landa snow. Itu kawasan outer Londonlah yang lebatnya. Di central ni dapat juga sipi-sipi. Ada jugalah mummy bawa adik ngan kakak bergambar time aku keja. So masa hari sabtu lepas, lepas snow dah habis turun dan hampir cair kami pun pergilah ke Hyde Park di kawasan Serpentine mencari saki baki snow yang masih ada. Adik memula merungut sejuk, kakak oke sahaja. Kami siap-siap bawa biskut sebab tahu dalam cuaca yang sejuk begitu perut cepat bernyanyi! heheee...
.
Nyum nyum...
Football time...
.
Bila dah start main baling2 snowball, baru lah adik excited. Sampai dia pula yang lebihnya. Aku tak bawak glove so jari jemari yg mulus ini tersangatlah pedihnya menggenggam snow buat snowball untuk adik. Seronok tengok kakak dan adik berkejar2 dua beradik di situ sambil sesekali mummy dan daddy pun enterprame tak ingat! hahahaaa... Aku rasa kakak paling excited. Ya lah, sekarang ni kakak dah tak pergi ke nursery dia lagi, tu la dia boring dok rumah. Bila dapat keluar begini tentulah dia gembira.
.
Adik dan kakak on the snowball fight... hahahaa...
Main baseball guna snowball... :D Kakak turn, and adik ready to kick the ball to mummy....
.
Sungai di Serpentine permukaannya beku. Kalau boleh rasa nak jalan sahaja di atasnya. Bila dah beku, aktiviti bersampan pun tak de. Sian burung2 dan itik2 yang sering bercanda dan bermandi manda di sungai itu. Frust mereka menunggu air di Serpentine ni mencair kembali. Peliknya ada juga pakcik tua berjogging dalam sejuk sejuk macam ni dengan hanya memakai seluar short! Fuhhh... power... power.... gila kebal pakcik tu, kena menuntut ni! hehehee...
.
Sungai di Serpentine yang dah beku lapisan atasnya...
Daddy amik seketui nak bawak balik buat Teh O Ais limau.. ahak.
Burung merpati banyak disini sebab ada mat salleh yang bermurah hati kasi makanan...
.
Sebab risau adik dan kakak demam, kitorang pun bergeraklah ke tempat lain pulak. Kakak masa ni dah mula merungut glove dia basah. Mana tak basah, dah pakai glove hat kait tu memang la, huhuhuu... adik ja masih excited lagi.
.
Dan ini gambar keluarga kami... macam tak kenal?? hahahaa.
.
Bila balik rumah dah boring semula. Tapi nasib masa pi kedai sukan haritu terdapat alatan mainan untuk musim summer yang di jual murah. Apa lagi, kami pun sebat lah roller blade untuk adik ngan kakak sorang satu.
.
Aktiviti terkini 2 beradik ni... Kakak cepat dapat... adik susah nak balance!
.
Sapa nak roller blading time sejuk2 ni kan? Ahhh... lantak lah, pepandailah cari tempat nak berroller blading. Last last sekali roller blade dlm rumah saja lah... hehehee... lawak tengok adik dan kakak yang sungguh bersemangat. Sebenarnya dah bertahun2 aku yang nak try roller blading ni, tapi tak penah nak beli2. Kalau reti roller blading ni agaknya mesti boleh ice skating kan? Ye lah kot...
.
Sian adik asyik tergolek, hahahaaa...
Adik punya knee guard satu dia salah kasi, resit pulak dah buang so x bleh nak mintak ganti, huhuuu...
.
Tu lah dia nya. Ini lah aktiviti paling bes 2 beradik ni buat masa ni sementara menunggu cuaca kembali panas atau paling tidak pun suam suam kuku. So itu lah dia nya. Uik, panjang pulak entry-entry kali ni. Mood menulis aku dah mai semula ka? Sebelum melalut lebih lagi, baik aku stop dulu. Simpan sikit untuk lain kali, hahahaa...
.
So kita jumpa lagi....***** *** *****