Friday 19 February 2010

Terima Kasih, semua...

ALHAMDULLILAH masa dinanti sudah tiba. Doakan semuanya dipermudahkan buat kami sekeluarga... Thanks.
.

Adik tersepit...

Bungkus... bungkus...

Dah siap...
.
Buat pengunjung setia, nampaknya kami tidak dapat bertemu anda di kota metropolitan ini pada April yg akan datang... kita jumpa di Malaysia sahaja, jika ada ketentuannya... oke??? :D
.
Kalau ada Country Rose yang indah,
Boleh lah display dalam almari,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
.
Main badminton dalam gelanggang,
Janganlah smash tepat di dahi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi.
.
Terima Kasih atas persahabatan yg terjalin, semoga ianya berkekalan walau sudah tidak terlihat di depan mata. Kami doakan semoga Allah kurniakan yang baik-baik sahaja untuk semua yang mengenali kami, juga kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini... selamat maju jaya.
.
SALAM...
:)
.
***** *** *****