Friday 31 July 2009

Whipsnade Zoo & Merdeka Bowling Tournament

.
Whipsnade Zoo
.
MUSIM panas ni banyak pulak lah out door aktiviti nursery kakak ni. Tapi kali ni mummy terlupa register nama kakak untuk trip ke Battersea Zoo. So tinggallah kakak di nursery dengan beberapa budak, sedang majoriti yg lainnya sedang bersuka ria di taman haiwan. Bila aku balik keja asyiklah kakak tanya: Can we go to the zoo, daddy? Bincang bincang ngan mummy last sekali kitorang decide pegi ke Whipsnade Zoo yang lebih besar dari Battersea Zoo tu.. ya lah, dah alang alang kan?
.

Welcome to Whipsnade Zoo...
Gambar tersembunyi.. cari 3 melayu di situ... mmm... mana ya?
.
Excited lah dua beradik ni... kakak kata nak tengok Giraffe... ekslusif dia sorang ja yg buleh tengok zirafah, sampaikan kalau adik cakap nak tengok zirafah dia marah marah mengamok pulak, hahahaaa... lawak. Adik, you want to see elephant, kakak see giraffe, katanya dengan nada marah. Iya lah... adik buat muka selamba pastu tanya pulak dengan nada innocent, adik see elephant? hahahaa... nak tergelak aku dengar conversation dua beradik ni... Lagi tergelak bila kakak tanya, daddy can i have a pet? What pet do you want...? a cat katanya... adik? tanya aku... mmmm... lama adik pikir pastu dia jawab elephant! kah kah kah....
.
Seladang ke lembu jenis apa ke ni... dari Afrika katanya...

Brown panda tengah lunch... sekor ujung sana tengah membuta.
.
Rupanya Whipsnade Zoo ni kita boleh bawa keta masuk ke dalam. So tak perlu lah kita menapak jauh. Tapi bila dah park baru tahu alternative ni... apa boleh buat, menapak sahaja lah. Banyak juga binatang di sini. Dan kawasan nya pun luas juga. Letih lah rasanya kalau betul betul nak tengok ke semua binatang yg ada di sini. Tapi aku tertarik dengan pemandangan di ruang picnic dia. Sebab dia atas bukit so angin sangatlah garang bertiup dan kita boleh nampak kawasan padang yang luas dgn di hujungnya ada rumah rumah kampung. Cantik lah. Baru kami plan nak bukak bekal nasi lemak kat situ, tetiba hujan daaaa... kami pun gerak lah ke tempat lain.
.
Picnic area. Merenung pemandangan yg luas terbentang, saujana mata memandang... oke pusing!
My two Cayangku... Anna Nabila & Afdzal Haziq...
.
Nasib hujan kat UK ni takde la berjam jam... kurang 10 menet dia berenti... yeahhhh.. bagus sekali. Sebab angin kuat awan hitam pun nampaknya cepat berarak ke kawasan lain. Alhamdulillah, syukuuuuurrrr. Sebab kakak nak tengok Giraffe so kami pun terus ke situ dan dok berlama sambil kami soroo nasi lemak tadi kat satu log kayu yg dia dah potong cantik jadi tempat duduk.
.
Zirafah.... kakak punya favourite animal...

Binatang ni lepas bebas dan kakak asyik nak mengejarnya...
Singa pun macam ular sawa, lepas kenyang, tidooo...
.
Sebab kawasan ni luas sangat kami amik keputusan untuk naik ketapi dia sahaja untuk tengok binatang2 yang lain nya. Sebaik keretapi bergerak adik pun lelap. Kakak saja yang berjaga sepenuhnya. So masa lalu kat kawasan elephant tu adik tak dapat lah tengok binatang yg dia nak ambik jadi pet-nya itu sebab dah lena di ulit intan. Nyenyak betoi.
.
Gajah, tengok dr dlm train....
Sekawan badak sumbu tengah meeting pasal global warming!
Org ramai kusyuk tengok sea lion show... bess.
.
Turun dr train kakak terus excited sebab nampak playground. Tunggu lah dia main slide kat situ sorang2. Ajak ke tempat lain tak mau dia. Seronok sangat. Itu pun masih banyak lagi bahagian dlm Zoo ini yang kami tak pi. Macam tempat burung memang tak masuk langsung. Ruang discovery dia pun tak sempat lah. Show burung hantu dan burung helang sempat tengok sekejap sahaja pastu terus proceed ke show singa laut. Best jugalah.
.
Mummy tunggu adik yg nyenyak tido while daddy teman kan kakak...
Kakak enjoyed every moment at the playground in Whipsnade Zoo...
Dalam terowong badan gajah....
.
Kiranya puas hati lah dua beradik ni setelah hampir seminggu dok tanya... can we go to the zoo daddy? can we go to the zoo daddy? can we go to the zoo daddy? can we go......? huhuhuuu...


Merdeka Bowling Tournament

Bebaru ni Malaysia High Commission menganjurkan lagi annual event Merdeka Bowling Tournament. Aku seperti tahun tahun sebelumnya menyertai sebagai tanda sokongan dan pegi dengan Riz sebab mummy lebih selesa melayan kerenah kakak dan adik di rumah sahaja. Kali ni penyertaan was encouraging infact i think this was the biggest crowd in 4 years. Every each individual was at their top form since i believe most, if not all, have had several trainings dedicated for this event for many weeks earlier. Here I would like to congratulate the organizer who has done a good job despite of the lack of sponsorship. Well, not the prize that matters but the chance to meet each other over activity like this that counts. Nevertheless, the curry puff and sandwiches were yummy... £10 for 3 games plus free food & drinks? I would say forget about the prize, its a real value for money, of course! Thanks... So here are some pictures that i would like to share... :D.


My Team - Kita tempuh segala rintangan, Kecundang jua menimpa... kita telah mencuba segala, namun tewas akhirnya.... :(

Team corot vs team Juara
L-R: Riz, Me, Mahanum, Halimah, Kak Nani, Azian, Zofri & Dzul

Daddy dapat juga hadiah kategori perseorangan, heheee... Dari Datin Sharina for Men Highest Score... Surprisingly daddy did very well for the 1st game, deteriorated so badly on the 2nd game and failed to redeem on the 3rd game... huhuhu... but that did not stop me from winning some prizes, tu dia RIAK! ya ampun, hahahaaa....

Dari Dato' Rustam - Third place Men Series. Wartawan mana tangkap gambar daddy tu, selak selak lah paper bahagian sukan, kot kot ada... ahak.

Inilah hadiah hadiah yg gue menangi... Jangan Jiyyeaaaaloussss! hahahaaaa....
.
.
Chiow!


***** *** *****

Wednesday 29 July 2009

Fruit Picking & BBQ

TIME summer ni memang 2 perkara ini menjadi pilihan kebanyakan orang, tak kira lah dia tu mat salleh ka mat tak salleh ka... memang syiok bila berkumpul reramai ni.
.
.

Fruit Picking
.
Kali ni kami berkonvoi 5 family pergi ke mana lagi kalau bukan ke Garsons fruit farm. Family Harris, family Mozak, family Ustaz Erfino & family Fizan... Anak anak lah yg paling seronok, ada tak de buah bukan diorang kira. Tempat ni dah banyak kali tulis, so nak letak gambar sajalah.
.
Kakak mencari strawberi yg dah tinggal saki baki saja...

Adik & Elis di celah rimbunan pokok labu air...
Mummy pujuk strong boy yg nangis lepas kaki terperosok celah kerusi sebelah kedai souvenir...
.
Malangnya trip yang ni memang tak berapa nak menguntungkan sebab nya buah buah pun dah hujung hujung sahaja. Strawberry pun cinonet. Black berri pulak masam. Cherry dah tadak. Jagung belum matang lagi. Courgette ada tapi mummy plak tatau nak masak apa. Apple dah berbuah tapi belum boleh di petik. Plum bulan 8 nanti baru ready. Brokoli kami amik 3 ketui. Kobis dah habis. Bunga matahari pun dah tinggal tongkol nya saja. Tapi oke lah bila melihat anak anak seronok berkumpul dan berlari sana sini.
.
Makan time. Apa la yg menggelikan hati tu???
Dah selesai makan.. bergambar pula...
.
Tengkiulah pada semua especially kaum ibu yang bersusah payah membawa macam2 bekal untuk kita soroo secara berjemaah! Tu dia... hahahaaa. Cuma kali ni pekerja Garsons Farm ni agak suspicious pulak dengan pengunjungnya. Masa org ramai tengah makan kat picnic area dia tu, ada pekerja dia datang cek boot kereta dan resit. Dia takut kita petik petik, bawak ke picnic area, ngap pastu terus blah tak bayar... isk. Apa pun it was a nice family outing.
.
.

BBQ
.
Ini the wives la yg punya plan. Tapi plan ini sangatlah bagusnya memandangkan rumah flat kami memang tiada ruang untuk ber-bbq ini. So bila Asaraf & Zetty meng-offer rumah mereka sekali gus menjadi host, ramai lah yang bergumbira. So semua orang pun berpakat-pakat & share-share membawa makanan tapi sebelum cerita lebih lanjut credit mesti bagi kat tuan rumah dulu... Terima kasih.
.
Ini lah barisan exco BBQ kali ni, bravo... ahak.
.
Kami sampai lewat sebab awal pagi tu memang sudah ada plan yang bukan tak boleh, tapi sukar nak di elakkan lagi. Makanya by the time kami sampai... wah dah macam macam terhidang atas meja. Ayam kambing sausage ikan udang sotong jagung air asam... slurpp... kan main lagi menggiurkan. Tu belum lagi dengan kek, nasi lemak roti jala ,sate dan beberapa lagi yg tak tahu aku apa namanya. Memang syiok sungguh lah...
.
Mereka ini lah yg berusaha membakar...
.
Budak budak bukan ingat nak makan pun. Diorang lagi suka main kat laman belakang rumah tu. Selebihnya turun naik tangga rumah yang bertingkat2. Ada yang melompat ada yg bergelak sakan, ada yg menangis. Yang menangis tu siapa lagi kalau bukan kakak... ratu air mata... hahahaaa... tapi sejak dah masuk nursery ni dah banyak improve dah. Im very proud of you lah kakak...
.
Dolphins in the river, when they grow up we can transfer them to the zoo... kata bebudak ni... :D

Apalah yg ditenung oleh mereka ini???
.
Lama gak lah berkumpul bersembang tentang cerita yang baru tahu atau pun sekadar mengulang kisah yang sama yang rupa rupanya dulu dah tertinggal ajinomoto penambah perisa, hahahaaa... ada gak ilmu yg dapat dari sembang2 petang itu, sebab sembang bukan sembang kosong, sembang berisi. Perut lah tu... hahahaa... yang seronok tu dapat berkumpul reramai, menjalin eratkan lagi silaturrahim. Memang bagus ada aktiviti begini at least kita boleh keep abreast dan bertanya khabar dengan komuniti orang mesia kita yang nak kata besar tu sebenarnya tak lah sebesar mana.
.
Meriah suasana...
.
Thanks again lah pada tuan rumah yang dah bersusah payah host kan benda ni. Harapnya batu batu yang bebudak dok amik dan ubah tu tak berkurang lah ya, hahahaa... dan ranting-ranting pokok yang diorang patah-patahkan tu tak menjadi satu masalah di kemudian hari. Ahak. Dan lain kali kalau ada rezeki boleh lah kita ulang lagi... kali ini kita cari park, out door pula. Dengarnya Frimley Lodge Park kat surrey ada ruang untuk buat open air BBQ... mmm... apa lagi???? Pegi marinate daging sekarang juga! :D
.


Chiow...

.

***** *** *****

Sunday 26 July 2009

Summer Fayre & A Seaside Trip

MUMMY awal awal lagi dah bagi tahu yg nursery kakak akan buat Summer Fayre ~ charity event untuk diorang kumpul duit untuk beli toys baru untuk nursery tu. So takde lah nursery tu harapkan duit yuran semata, kiranya macam dia ajak community situ join samalah dalam aktiviti bergumbira sambil menderma ni. Parents pun di minta menyumbangkan makanan untuk di jual pada hari tersebut.
.

Org ramai bawa anak2 sambil beratur nak masuk ke Summer Fayre...
.
Summer Fayre tu dia buat hari Jumaat kul 6 petang ke atas kat nursery tu lah. So tengahari tu sebelum pi semayang Jumaat aku hantar lah kakak. Bukak-bukak pintu nursery tu tengok tengok manager nursery tu, Jeane namanya, dah tercongok menyambut kedatangan budak-budak. Come in Anna katanya pada kakak. Pastu dia pulak peringatkan aku pasal summer Fayre tu: Well daddy we are going to have our summer fayre this evening. You must dress up, wear your traditional costume oke? katanya lagi. Aku pun meng-iyo-kan lah... Takkan aku nak pakai baju melayu pulakkan? So aku decide pakai batik ja. Bila sampai situ petang tu, aku tengok tadak sapa pun pakai costume negara memasing. Siot betoi. Dah aku rasa macam wakil rakyat datang menengok kawasan pulak dah. Menyumpah aku dlm hati, hampeh punya Jeane! hahahaaa.... terkena aku! Nasib baik Jeane tu dress up paling cantik siap set set rambut kata mummy, hehehee....
.

Tu dia wakil rakyat dah mai... ya ada apa masalah?

Mary sedang jual makanan yg di contribute oleh parents. Mummy contribute kek pisang dlm tupperware yg ada bendera Mesia tu... jap je lesap, uish... laku sangat ka???
.
Macam macam aktiviti juga dia sediakan kat summer fayre ni. Kena beli token untuk setiap event. Ada bouncy castle, face painting, lucky dip, auction, singing, hand massage etc... kira pandai jugak lah diorang ni cari duit. Token murah ja, 20p seketoi. Time kuiz around the world tu aku tengok mat salleh siap google jawapan guna iphone memasing tu. Tak aci betoi lah, hahahaa...
.
Jump jump jump...
Jeane yg melaram pakai baju biru tu...
.
Surprisingly kakak nak pulak buat face painting. So bagilah 3 token untuk minah tu lukis muka dia. Daddy I want butterfly... katanya. Oke lah... tapi sebab ni amatur yg lukis kan, aku tengok ntah hapa hapa ja rama rama nya... takde glitter glitter pun yg macam biasa pro buat. Tengok dua kali dah macam mask robin pulak! hahahaaa... Tapi kakak suka, senyum lebo dia dengan butterfly kat muka dia tu... maknanya oke lah tu... Adik baru half hour dah ngantuk nak tido... apatah lagi sebab dia excited sangat nak dok kat kerusi nursery tu sampai akhirnya terjelepok jatuh ke lantai. Siap dapat ice bag lagi cikgu nursery tu bagi suh letak kat muka, padahal sikit ja... :) baguih la depa concern.
.
Kakak sedang di conteng muka...
Seronok main bubble yg dia dapat dari lucky dip...
.
Bila dah kena dengan kerenah kanak kanak maka standard lah bila program pun terlajak2. Time auction dia bermula tu dah pukul 8 lebih nak dekat 9 malam dah. So ini lah time tido kakak dan adik. Bila dah nak time tido apa lagi, mula lah nak meragam. Bila dah meragam, kami pun decide chabut saja lah. Token pun masih ada dalam kocek, tak habis pakai pun. Hmmm... tak apa lah. Sedekah! ahak.
.
Adik dah nak tido daaaa....
.
Pada hari yang lainnya nursery kakak buat trip ke seaside pula kat Broadstairs. Kali ni aktiviti terbuka untuk seisi keluarga, so ramai lah juga yang attend bawa anak memasing. Bebudak pegi free & siap di sediakan snack pergi balik dalam train dan lunch pack masa kat pantai. Cuma parents/guardians saja yang kena bayar. Memandangkan cuti aku banyak lagi so aku dengan sukahatinya mengikutlah rombongan nursery kakak kali ni. Kul 9 pagi semua berkumpul kat Victoria Train station. Jean, Bina, Lucy dan sesapa yg incharge kat nursery tu sibuk lah make sure semua orang ada sebelum bertolak. Adik pun excited sama, sedari malam lagi asyik cakap: adik wants to go on a choo choo train. Kakak apatah lagi siap dia make sure baju mandinya tu dah masuk dalam beg. Bila daddy cakap dah masuk, can i see it please, pulak mintanya.
.

Tak mau diam dlm train... mak anak mat salleh tu tolong supervise kan...

Dah sampai singgah beli alat buat sand castle dulu...
.
Pantai ni jauh jugak dan memang sesuai untuk yg ada family kecik. Sebabnya dia ada buat trail dari papan menyusur sepanjang pantai jadi boleh lah kita tolak stroller, kalau tak, sah mamposs nak menolok stroller atas pasir pantai. Bahagian pantainya pun tak besar mana, mungkin sebab ini pihak nursery pilih tempat ni. Senang diorang nak make sure semua ada berkumpul disitu.
.

Try bawak adik... tak mau dia main air laut...

Mummy di gigi air... kakak tang tu ja la paling dekat ngan air laut...

Makan time... fish, scampi, vege burger, fries...
.
Kesian pulak kat adik ngan kakak yang macam tak penah turun mandi air laut. Bila nampak laut bukan main excited, bila kena air laut dan dengar ombak yg menderu tu terus takut pulak, hahahaa... Hari tu masa balik mesia tu ada hajat nak ke laut, tapi tak kesampaian sebab jadual kami macam pack lah pula. Jadinya bila ada trip ni kami tak teragak2 untuk ikut tapi 2 beradik ni yg mula nya excited tak basah2 pun. Sepanjang time kat situ aku tengok adik kusyuk main pasir saja. Kakak pula selain main pasir tu nak juga naik trampolin dan juga bouncy castle kat situ.Kiranya well organised jugak lah trip nursery kakak ni. Makanan semua diorang hantar kan. Dah tu murah giler pulak tambang yg di kenakan. hampir 1/3 sahaja dari tambang biasa kalau nak pi sendiri. Pantai ni tak le se-crowded macam pantai di Brighton atau Bournemouth atau Southend On Sea, hatta tak terlawan crowdednya dengan pantai kita di PD atau Lumut. Oke la... just nice untuk nursery trip camni.
.

Kakak Farah & Fahmi ~ kanak kanak riang di atas trampoline...

Adik kusyuk bermain pasir bersama best fren nya Fasha.

Bersama adik yg sungguh la comotnya... ayo adik!
.
Dah lama giler tak pegi rombongan begini. Sesekali seronok pulak. Dalam train ada lah juga berborak dengan Jeane, manager nursery kakak tu. Katanya bulan February tahun depan nak datang melawat mesia... So apa lagi.. cuba la pi sun bathing kat pantai Mesia... tengok, ada kesan dak? hehehee...Itu je lah ceritanya.
.
Kenangan di Broadstairs Beach sebelum balik...

Bye bye..........

.
***** *** *****

.